Amsal 7:1-27
7 Hai anakku, dengarkanlah kata-kataku,Dan hargailah perintahku sepertimana kamu menghargai harta karun.+
2 Taatilah perintahku agar kamu hidup dengan gembira;+Berhati-hatilah menurut ajaranku* sepertimana kamu berhati-hati menjaga matamu.*
3 Ikatkanlah perintah dan ajaranku pada jarimu,Dan tuliskanlah semua itu pada hatimu.+
4 Katakanlah kepada kebijaksanaan, “Engkaulah kakakku,”
Dan katakanlah kepada pengertian, “Engkaulah saudaraku.”
5 Maka kamu akan dilindungi daripada perempuan yang tidak bermoral,*+Dan daripada perempuan jalang* yang menggoda orang dengan kata-katanya.+
6 Dari kekisi jendela di rumahku,Aku memandang keluar.
7 Aku nampak para pemuda yang tidak berpengalaman;Dalam kalangan mereka, aku mengamati seorang pemuda yang bodoh.+
8 Dia sedang lalu di selekoh berhampiran rumah seorang perempuan,Dan dia menuju ke arah rumah itu.
9 Pada waktu petang ketika matahari mulai terbenam,+Ketika hari semakin gelap,
10 Aku nampak seorang perempuan mendekati pemuda itu;Perempuan yang licik itu berpakaian seperti pelacur.+
11 Dia becok dan tidak tahu malu.+
Dia tidak mahu duduk diam di rumah.
12 Kadangkala dia di luar rumah, dan kadangkala dia di tempat awam;Dia suka menunggu di setiap sudut jalan.+
13 Dia memeluk pemuda itu lalu menciumnya;Tanpa rasa malu, dia berkata,
14 “Aku telah mempersembahkan korban pendamaian hari ini,+
Dan aku sudah menunaikan ikrarku.
15 Itulah sebabnya aku keluar untuk berjumpa denganmu.Aku mencari-carimu dan akhirnya aku menemuimu!
16 Aku sudah memasang cadar yang cantik di katilku.Cadar itu dibuat daripada kain linen yang berwarna-warni dari Mesir.+
17 Aku telah mengharumkan katilku dengan mur, gaharu, dan kayu manis.+
18 Marilah kita memuaskan dahaga cinta kita sehingga pagi;Marilah kita menikmati asmara bersama-sama,
19 Kerana suamiku tiada di rumah;Dia telah pergi ke tempat yang jauh.
20 Dia membawa sekantung wang bersamanya,Dan dia tidak akan pulang sehingga bulan purnama.”
21 Perempuan itu memperdayakan pemuda itu dengan pujukan.+
Dia menggoda pemuda itu dengan kata-kata yang memikat hati.
22 Tanpa berfikir, pemuda itu mengikutnya; pemuda itu bagaikan seekor lembu yang akan disembelih,Dan bagaikan orang* yang tidak dapat terlepas daripada hukuman kerana dibelenggu.+
23 Akhirnya anak panah akan menembusi hati pemuda itu;Dia seperti seekor burung yang masuk ke dalam perangkap; dia tidak tahu bahawa nyawanya terancam.+
24 Sekarang, hai anak-anakku, dengarkanlah nasihatku;Berikanlah perhatian kepada kata-kataku.
25 Janganlah biarkan hatimu terpikat sehingga mengikut haluan perempuan itu,
Dan janganlah menyimpang ke jalannya,+
26 Kerana dia telah menyebabkan banyak nyawa terkorban;+Jumlah orang yang dibunuhnya tidak terkira banyaknya.+
27 Jika kamu pergi ke rumahnya, kamu menuju ke Kuburan.*Ya, jika kamu pergi ke sana, kamu menuju ke tempat orang mati.