Amsal 8:1-36
8 Bukankah kebijaksanaan sedang memanggil?
Bukankah pengertian sedang berseru?+
2 Kebijaksanaan berada di tempat-tempat tinggi,+Di tepi jalan, dan di simpang jalan.
3 Di pintu masuk kotaDan di pintu-pintu gerbang,Kebijaksanaan terus berseru dengan kuat:+
4 “Hai umat manusia, aku sedang memanggil kamu;Aku melantangkan suaraku kepada semua orang.
5 Hai orang yang tidak berpengalaman, dapatkanlah kebijaksanaan;+Hai orang bodoh, perolehlah hati yang berpengertian.
6 Dengarkanlah kata-kataku, kerana apa yang aku katakan itu penting.Semua yang aku ucapkan itu tepat,
7 Kerana mulutku mengatakan kebenaran,Dan aku muak terhadap apa yang jahat.
8 Segala yang aku katakan itu benar;
Tiada satu pun yang berputar belit atau memperdayakan.
9 Semua yang aku katakan mudah difahami oleh orang yang berpengertian,Dan segala yang aku ucapkan benar bagi orang yang berpengetahuan.
10 Terimalah ajaranku* dan bukannya perak;Terimalah pengetahuan dan bukannya emas tulen,+
11 Kerana kebijaksanaan lebih bernilai daripada batu permata;Segala yang kamu idamkan tidak dapat menandinginya.
12 Akulah kebijaksanaan; aku memiliki pengertian.Aku mempunyai pengetahuan dan daya pemikiran.+
13 Takut akan Yehuwa bererti membenci apa yang jahat.+
Aku membenci kesombongan, keangkuhan,+ haluan jahat, dan kata-kata keji.+
14 Aku memberikan hikmat dan nasihat yang baik;+Pemahaman+ dan kuasa+ merupakan milikku.
15 Aku membantu raja-raja memerintah,Dan menolong pegawai tinggi menetapkan hukum yang adil.+
16 Dengan pertolonganku, para penguasa terus memerintah,Dan dengan bantuanku, para pembesar menghakimi dengan saksama.
17 Aku mencintai orang yang mengasihiku;Orang yang mencariku akan menjumpaiku.+
18 Aku mempunyai kekayaan dan kemewahan yang berkekalan;Aku mempunyai kemuliaan dan keadilan.
19 Apa yang aku berikan lebih bernilai daripada emas, bahkan lebih berharga daripada emas tulen;Apa yang kamu terima daripadaku lebih berharga daripada perak murni.+
20 Aku berjalan di haluan yang benarDan di tengah-tengah jalan yang adil;
21 Aku mengurniakan warisan yang berharga kepada orang yang mengasihiku,Dan aku memenuhi gudang-gudang mereka.
22 Yehuwa mencipta aku sebagai permulaan karya-Nya.+Akulah hasil ciptaan-Nya yang pertama sejak dahulukala.+
23 Aku diciptakan sejak zaman purbakala,+Sejak permulaan, sebelum bumi ini dibentuk.+
24 Aku dilahirkan sebelum lautan wujud,+Sebelum air melimpah dari sumber-sumber air.
25 Aku dijadikan sebelum bukit bukau dibentuk,Sebelum gunung-ganang diciptakan,
26 Sebelum Tuhan membentuk bumi dan padang-padangnya,Bahkan sebelum gumpalan tanah yang pertama dijadikan.
27 Aku berada di sisi-Nya semasa Dia membentangkan langit,+Ketika Dia menetapkan batas pada permukaan air,+
28 Semasa Dia membentuk awan di langit,Dan sewaktu Dia memenuhi lautan dengan air.
29 Apabila Dia menetapkan batas bagi lautan,Air tidak boleh melintasi batas itu selaras dengan perintah-Nya.+Ketika Dia mendirikan asas bumi,
30 Aku berada di samping-Nya sebagai jurubina yang mahir.+
Hari demi hari, akulah sumber kebahagiaan-Nya;+Aku sentiasa bergembira di hadirat-Nya;+
31 Aku senang hati apabila melihat bumi yang diciptakan-Nya,Dan yang paling aku sukai ialah manusia.
32 Sekarang, hai anak-anakku, dengarkanlah kata-kataku;Berbahagialah orang yang mengikut haluanku.
33 Dengarkanlah ajaranku*+ dan jadilah bijak;Janganlah abaikan ajaranku.
34 Berbahagialah orang yang mendengarkan ajaranku,Yang datang awal ke pintuku setiap hari,Dan yang menunggu dekat pintu masuk rumahku,
35 Kerana orang yang menjumpaiku akan memperoleh hidup,+Dan dia akan mendapat perkenan Yehuwa.
36 Tetapi orang yang tidak mempedulikan aku, mencelakakan dirinya,Dan orang yang membenciku, mencintai maut.”+