Amsal 9:1-18
9 Kebijaksanaan sejati telah membina rumahnya;Dia telah mendirikan tujuh batang tiang bagi rumah itu.
2 Dia telah menyembelih ternakannya,Dia telah mencampurkan wainnya dengan rempah,Dan dia juga telah menyajikan hidangan di atas mejanya.
3 Dia telah mengutus hamba-hamba perempuannyaUntuk berseru di tempat-tempat yang tinggi di kota,+
4 “Hai orang yang kurang pengalaman, datanglah ke mari!”
Kebijaksanaan berkata kepada mereka yang kurang pengertian,*
5 “Marilah dan makanlah rotiku.Minumlah wain yang telah aku sediakan.
6 Jika kamu ingin hidup, janganlah menjadi* orang yang kurang pengertian;*+Ikutlah haluan orang yang mempunyai pemahaman.”+
7 Jika kamu membetulkan orang yang suka menghina, kamu akan mendapat malu;+Jika kamu menegur orang yang jahat, kamu akan mendapat celaka.
8 Jangan menegur orang yang suka mencemuh kerana dia akan membencimu.+
Tetapi jika kamu menegur orang yang bijaksana, dia akan mengasihimu.+
9 Ajarlah orang yang bijaksana, dan dia akan menjadi lebih bijaksana.+
Bimbinglah orang yang baik, dan pengetahuannya akan bertambah.
10 Untuk memperoleh kebijaksanaan, pertama-tama kamu mesti takut dan hormat kepada Yehuwa.+Pengetahuan tentang Tuhan Yang Maha Suci+ memberimu pemahaman.
11 Dengan adanya kebijaksanaan, jangka hayatmu akan bertambah,+Dan kamu akan panjang umur.
12 Jika kamu mempunyai hikmat, kamu sendiri akan mendapat faedah.Tetapi jika kamu suka mengejek orang, kamu sendiri akan menanggung akibatnya.
13 Seorang wanita yang bodoh selalu buat bising;+
Otaknya kosong dan dia tidak tahu apa-apa.
14 Dia duduk di depan pintu rumahnyaYang terletak di tempat yang tinggi di kota.+
15 Dia memanggil orang yang lalu-lalang,Dan berseru kepada mereka yang berjalan di sana,
16 “Hai orang yang kurang pengalaman, masuklah ke sini!”
Dia berkata kepada orang yang kurang pengertian,*+
17 “Minuman yang dicuri manis rasanya,Dan makanan yang dimakan secara sembunyi-sembunyi sedap sekali.”+
18 Tetapi mereka tidak sedar bahawa orang yang masuk ke dalam rumahnya akan mati;Para tetamu yang telah diundangnya berada di dasar Kuburan.*+