Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Buku Ayub

Bab

Rangka Kandungan

  • 1

    • Kesetiaan dan kekayaan Ayub (1-5)

    • Syaitan mempersoalkan niat Ayub (6-12)

    • Ayub kehilangan anak-anak dan hartanya (13-19)

    • Ayub tidak menyalahkan Tuhan (20-22)

  • 2

    • Syaitan mempersoalkan niat Ayub sekali lagi (1-5)

    • Syaitan dibenarkan untuk mencederakan Ayub (6-8)

    • Isteri Ayub: “Kutuklah Tuhan, dan matilah!” (9, 10)

    • Tiga orang sahabat Ayub tiba (11-13)

  • 3

    • Ayub mengutuk hari kelahirannya (1-26)

      • Ayub bertanya mengapa dia menderita (20, 21)

  • 4

    • Elifas bercakap buat kali pertama (1-21)

      • Meragui kesetiaan Ayub (7, 8)

      • Menceritakan suatu penglihatan (12-17)

      • ‘Tuhan tidak mempercayai hamba-Nya’ (18)

  • 5

    • Elifas bercakap lagi (1-27)

      • ‘Tuhan memerangkap orang bijaksana dengan kelicikan mereka’ (13)

      • Ayub tidak patut menolak disiplin Tuhan (17)

  • 6

    • Ayub menjawab (1-30)

      • Ayub kata dia berhak mengadu (2-6)

      • Sahabatnya tidak dapat dipercayai (15-18)

      • ‘Kata-kata tulus sungguh menyenangkan!’ (25)

  • 7

    • Ayub menjawab lagi (1-21)

      • Hidup manusia seperti kerja paksa (1, 2)

      • “Mengapakah Engkau menjadikan aku sasaran-Mu?” (20)

  • 8

    • Bildad bercakap buat kali pertama (1-22)

      • Berkata bahawa anak-anak Ayub berdosa (4)

      • ‘Jika kamu tulus hati, Tuhan akan melindungimu’ (6)

      • Berkata bahawa Ayub lupa akan Tuhan (13)

  • 9

    • Ayub menjawab (1-35)

      • Manusia tidak dapat melawan Tuhan (2-4)

      • ‘Tuhan melakukan hal-hal yang hebat’ (10)

      • Manusia tidak dapat berdebat dengan Tuhan (32)

  • 10

    • Ayub menjawab lagi (1-22)

      • ‘Mengapa Tuhan melawan aku?’ (2)

      • Tuhan dibandingkan dengan Ayub (4-12)

      • Ayub ingin mendapat kelegaan (20)

  • 11

    • Zofar bercakap buat kali pertama (1-20)

      • Berkata bahawa Ayub bercakap kosong (2, 3)

      • Menasihati Ayub agar berhenti berbuat jahat (14)

  • 12

    • Ayub menjawab (1-25)

      • “Aku tidak lebih rendah daripada kamu” (3)

      • “Aku sudah menjadi bahan ketawa” (4)

      • ‘Tuhan mempunyai kebijaksanaan’ (13)

      • Tuhan lebih tinggi daripada hakim dan raja (17, 18)

  • 13

    • Ayub menjawab lagi (1-28)

      • “Aku lebih rela berbicara dengan Tuhan” (3)

      • ‘Kamu semua doktor yang tidak berguna’ (4)

      • “Aku tahu bahawa aku tidak bersalah” (18)

      • ‘Mengapa Engkau menganggap aku seperti musuh?’ (24)

  • 14

    • Ayub menjawab lagi (1-22)

      • Hidup manusia singkat dan susah (1)

      • “Ada harapan bagi pokok yang ditebang” (7)

      • ‘Sembunyikanlah aku di Kuburan!’ (13)

      • “Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup semula?” (14)

      • Tuhan ingin membangkitkan orang (15)

  • 15

    • Elifas bercakap buat kali kedua (1-35)

      • Berkata bahawa Ayub tidak takut akan Tuhan (4)

      • Berkata bahawa Ayub berlagak pandai (7-9)

      • ‘Tuhan tidak mempercayai malaikat-Nya’ (15)

      • ‘Orang jahat ditimpa penderitaan’ (20-24)

  • 16

    • Ayub menjawab (1-22)

      • “Kamu semua menyeksa aku sahaja!” (2)

      • Berkata bahawa dia dijadikan sasaran Tuhan (12)

  • 17

    • Ayub menjawab lagi (1-16)

      • Orang yang suka mengejek berada di sekelilingku (2)

      • “Tuhan telah menjadikan aku bahan ejekan” (6)

      • “Kuburan akan menjadi rumahku” (13)

  • 18

    • Bildad bercakap buat kali kedua (1-21)

      • Menggambarkan kesudahan orang berdosa (5-20)

      • Berkata bahawa Ayub tidak mengenal Tuhan (21)

  • 19

    • Ayub menjawab (1-29)

      • Menolak teguran sahabat-sahabatnya (1-6)

      • Berkata bahawa dia ditinggalkan (13-19)

      • “Penebusku memang wujud” (25)

  • 20

    • Zofar bercakap buat kali kedua (1-29)

      • Tersinggung oleh kata-kata Ayub (2, 3)

      • Berkata bahawa Ayub ialah orang jahat (5)

      • Berkata bahawa Ayub suka berdosa (12, 13)

  • 21

    • Ayub menjawab (1-34)

      • ‘Mengapa orang jahat hidup makmur?’ (7-13)

      • Mendedahkan niat jahat para sahabatnya (27-34)

  • 22

    • Elifas bercakap buat kali ketiga (1-30)

      • “Dapatkah manusia membawa manfaat kepada Tuhan?” (2, 3)

      • Menuduh bahawa Ayub tamak dan tidak adil (6-9)

      • ‘Kembali kepada Tuhan dan menjadi makmur semula’ (23)

  • 23

    • Ayub menjawab (1-17)

      • Ingin mengadukan perkaranya kepada Tuhan (1-7)

      • Berkata bahawa dia tidak dapat mencari Tuhan (8, 9)

      • ‘Aku mengikut jalan-Nya dengan setia’ (11)

  • 24

    • Ayub menjawab lagi (1-25)

      • ‘Mengapa Tuhan tidak menetapkan hari penghakiman?’ (1)

      • Berkata bahawa Tuhan membiarkan orang menderita (12)

      • Orang jahat suka kegelapan (13-17)

  • 25

    • Bildad bercakap buat kali ketiga (1-6)

      • ‘Dapatkah manusia dibuktikan benar di hadapan Tuhan?’ (4)

      • Berkata bahawa kesetiaan manusia sia-sia sahaja (5, 6)

  • 26

    • Ayub menjawab (1-14)

      • ‘Betapa besarnya bantuan kamu!’ (1-4)

      • ‘Tuhan menempatkan bumi di angkasa hampa’ (7)

      • ‘Hanya sekelumit daripada perbuatan-Nya’ (14)

  • 27

    • Ayub bertekad untuk tetap setia (1-23)

      • “Sampai mati pun aku akan tetap setia” (5)

      • Tiada harapan bagi orang murtad (8)

      • “Mengapa kata-kata kamu langsung tidak bererti?” (12)

      • Orang jahat akhirnya kehilangan segala-galanya (13-23)

  • 28

    • Ayub membandingkan kebijaksanaan dengan batu-batu permata (1-28)

      • Kegiatan melombong (1-11)

      • Kebijaksanaan lebih berharga daripada mutiara (18)

      • “Takutlah akan Yehuwa, kerana itulah erti kebijaksanaan” (28)

  • 29

    • Ayub mengenang masa lampau yang bahagia (1-25)

      • Dihormati orang ramai (7-10)

      • Menceritakan perbuatannya yang baik dan adil (11-17)

      • Semua orang mendengarkan nasihatnya (21-23)

  • 30

    • Ayub menggambarkan keadaannya yang telah berubah (1-31)

      • Dihina oleh orang yang tidak berguna (1-15)

      • Berasa bahawa Tuhan tidak membantu (20, 21)

      • “Kulitku sudah menjadi hitam” (30)

  • 31

    • Ayub menegaskan bahawa dia memang setia (1-40)

      • “Aku sudah membuat perjanjian dengan mataku” (1)

      • “Biarlah Tuhan menimbang aku” (6)

      • Tidak berbuat zina (9-12)

      • Tidak mencintai kekayaan (24, 25)

      • Tidak menyembah matahari dan bulan (26-28)

  • 32

    • Elihu mula berucap (1-22)

      • Marah terhadap Ayub dan para sahabatnya (2, 3)

      • Menunggu dengan sabar sebelum bercakap (6, 7)

      • “Orang yang tua tidak semestinya bijaksana” (9)

      • Elihu ingin berkata-kata (18-20)

  • 33

    • Ayub ditegur kerana asyik membela diri (1-33)

      • “Aku telah mendapat tebusan untuknya” (24)

      • Menjadi kuat seperti pada masa muda (25)

  • 34

    • Elihu menjunjung keadilan Tuhan (1-37)

      • “Tuhan enggan menegakkan keadilan bagiku” (5)

      • Tuhan tidak melakukan hal yang jahat (10)

      • Ayub kurang pengetahuan (35)

  • 35

    • Elihu menunjukkan bahawa fikiran Ayub salah (1-16)

      • “Aku lebih adil daripada Tuhan” (2)

      • Tuhan tidak rugi jika orang berdosa (5, 6)

      • Ayub patut menantikan Tuhan (14)

  • 36

    • Elihu memuji keagungan Tuhan (1-33)

      • Orang yang taat hidup makmur; orang murtad ditolak (11-13)

      • Tiada guru yang sehebat Tuhan (22)

      • Ayub harus memuliakan Tuhan (24)

      • Siapa yang tahu segala-galanya tentang Tuhan? (26)

      • Tuhan dapat mengawal hujan dan kilat (27-33)

  • 37

    • Kuasa alam menyingkapkan kebesaran Tuhan (1-24)

      • Tuhan dapat menghentikan pekerjaan manusia (7)

      • ‘Fikirkanlah segala perbuatan Tuhan’ (14)

      • Kita tidak dapat memahami segala-galanya tentang Tuhan (23)

      • Jangan anggap diri bijaksana (24)

  • 38

    • Manusia sangat kecil di sisi Yehuwa (1-41)

      • ‘Di manakah engkau semasa bumi dicipta?’ (4-6)

      • Semua anak Tuhan bersorak-sorak (7)

      • Soalan-soalan tentang kejadian alam (8-32)

      • “Hukum-hukum di cakerawala” (33)

  • 39

    • Alam binatang menunjukkan bahawa manusia kurang pengertian (1-30)

      • Kambing gunung dan rusa (1-4)

      • Keldai liar (5-8)

      • Lembu liar (9-12)

      • Burung unta (13-18)

      • Kuda (19-25)

      • Burung falkon dan burung helang (26-30)

  • 40

    • Yehuwa terus bertanya (1-24)

      • Ayub tidak dapat menjawab (3-5)

      • ‘Adakah engkau mempersoalkan keadilan-Ku?’ (8)

      • Tuhan menerangkan kekuatan Behemot (15-24)

  • 41

    • Tuhan menyatakan kehebatan Lewiatan (1-34)

  • 42

    • Ayub berkata-kata kepada Yehuwa (1-6)

    • Tiga orang sahabat Ayub dihakimi (7-9)

    • Yehuwa memulihkan keadaan Ayub (10-17)

      • Anak-anak lelaki dan perempuan Ayub (13-15)