Ayub 10:1-22

  • Ayub menjawab lagi (1-22)

    • ‘Mengapa Tuhan melawan aku?’ (2)

    • Tuhan dibandingkan dengan Ayub (4-12)

    • Ayub ingin mendapat kelegaan (20)

10  “Aku membenci hidupku.+ Aku akan meluahkan keresahanku. Aku akan menyatakan kepahitan jiwaku.  2  Aku akan berkata kepada Tuhan, ‘Janganlah menyatakan aku bersalah. Beritahulah aku mengapa Engkau melawan aku.  3  Apakah manfaatnya Engkau menindas aku?Mengapakah Engkau menghina ciptaan-Mu+Dan berkenan kepada rancangan orang jahat?  4  Adakah Engkau mempunyai mata manusia?Adakah pandangan-Mu seperti pandangan manusia fana?  5  Adakah hari-hari kehidupan-Mu seperti hari-hari kehidupan manusia?Adakah tahun-tahun kehidupan-Mu seperti tahun-tahun kehidupan manusia?+  6  Jadi mengapakah Engkau mencari kesalahankuDan terus memperhatikan dosaku?+  7  Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah;+Dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan aku daripada tangan-Mu.+  8  Tangan-Mu sendiri yang telah mencipta dan membentuk aku.+Namun sekarang, Engkau ingin membinasakan aku.  9  Ingatlah bahawa Engkau telah mencipta aku daripada tanah liat.+Tetapi sekarang, Engkau ingin aku kembali menjadi debu.+ 10  Bukankah Engkau telah menempatkan aku di dalam rahim ibuku,Dan membentuk aku di situ?* 11  Engkau menutupi aku dengan daging dan kulit.Engkau melengkapi aku dengan tulang dan otot.+ 12  Engkau telah mengurniai aku nafas kehidupan dan mengasihi aku dengan setia;Engkau telah menjaga dan memelihara nyawaku.+ 13  Tetapi dengan diam-diam, Engkau merancang untuk menimpakan semua ini kepadaku. Aku tahu bahawa semua ini datang daripada-Mu. 14  Jika aku berdosa, Engkau akan mengawasi aku,+Dan Engkau tidak akan mengampunkan kesalahanku. 15  Malanglah aku jika aku bersalah! Meskipun aku tidak bersalah, aku tidak dapat mengangkat kepala,+Kerana aku diselubungi kehinaan dan penderitaan.+ 16  Jika aku mengangkat kepalaku, Engkau akan memburu aku seperti singa,+Dan Engkau akan menentang aku dengan kuasa-Mu. 17  Kemurkaan-Mu terhadapku semakin berkobar;Engkau membawa saksi-saksi baharu untuk menentang aku.Engkau menimpakan penderitaan demi penderitaan kepadaku. 18  Mengapakah Engkau membiarkan aku keluar dari rahim ibuku?+ Aku sepatutnya mati sebelum dilihat sesiapa pun. 19  Dengan demikian aku seolah-olah tidak pernah dilahirkan,Kerana dari rahim ibuku, aku akan terus dibawa ke kuburan.’ 20  Bukankah hari-hariku hampir berakhir?+ Biarlah Tuhan meninggalkan aku keseorangan;Biarlah Dia memalingkan pandangan-Nya daripadaku, agar aku mendapat secebis kelegaan,+ 21  Kerana tidak lama lagi aku akan pergi dan aku tidak akan kembali.+Aku akan pergi ke tempat yang gelap-gelita,*+ 22  Tempat yang dipenuhi kekacauan dan kesuraman,Tempat yang diselubungi kegelapan yang pekat.Di situ, yang terang pun menjadi gelap.”

Nota Kaki

Harfiah, “Bukankah Engkau telah mencurahkan aku seperti susu dan mengentalkan aku seperti keju?”
Atau “yang gelap dan dibayangi maut.”