Ayub 11:1-20
11 Kemudian, Zofar+ orang Naama itu berkata,
2 “Tiada sesiapakah yang akan menjawab segala kata-kata itu?Dapatkah seseorang dibuktikan benar dengan bercakap banyak?
3 Dapatkah cakap anginmu membungkam mulut orang?
Tiada sesiapakah yang akan menegurmu atas kata-kata cemuhanmu?+
4 Kamu berkata, ‘Ajaranku benar,+Dan aku suci dalam pandangan Tuhan.’+
5 Namun, seandainya Tuhan membuka mulut-NyaUntuk bercakap denganmu,+
6 Dia akan memberitahumu rahsia untuk memperoleh kebijaksanaan,Kerana kebijaksanaan diperlihatkan dalam pelbagai cara.
Dengan itu, kamu akan sedar bahawa hukuman Tuhan terhadapmu lebih ringan daripada yang sepatutnya.
7 Dapatkah kamu memahami perkara-perkara yang dalam tentang Tuhan?Dapatkah kamu menyelidiki segala sesuatu tentang* Dia Yang Maha Kuasa?
8 Kebijaksanaan Tuhan lebih tinggi daripada langit. Dapatkah kamu mencapainya?
Kebijaksanaan Tuhan lebih dalam daripada Kuburan.* Dapatkah kamu menyelaminya?
9 Kebijaksanaan Tuhan lebih luas daripada bumi,Dan lebih lebar daripada samudera.
10 Jika Dia melalui suatu tempat dan menangkap seseorang lalu membawanya ke mahkamah,Siapakah yang dapat menghalang-Nya?
11 Tuhan tahu apabila seseorang berdusta.
Adakah Dia akan menutup mata apabila melihat hal yang jahat?
12 Orang dungu hanya akan mula mendapat pemahamanApabila keldai liar dilahirkan sebagai manusia.
13 Tadahkanlah tanganmu untuk berdoa kepada Tuhan,Dan kembalilah kepada-Nya dengan hati yang ikhlas.
14 Jangan lagi melakukan hal-hal yang salah,Dan jangan biarkan perkara-perkara jahat masuk ke dalam tempat kediamanmu.
15 Dengan demikian, kamu dapat mengangkat kepalamu tanpa rasa malu;Kamu dapat berdiri teguh tanpa rasa takut.
16 Kamu akan melupakan semua kesusahanmu;Kenanganmu tentangnya hanyalah seperti air yang mengalir pergi.
17 Hidupmu akan menjadi lebih terang daripada sinaran mentari pada tengah hari;Bahkah kegelapan akan menjadi seperti sinaran fajar menyingsing.
18 Kamu akan berasa yakin kerana memiliki harapan;Kamu akan berbaring dengan tenteram kerana semuanya aman.
19 Ya, kamu akan berbaring tanpa apa-apa yang membuat kamu gementar.Banyak orang akan datang untuk meminta bantuanmu.
20 Tetapi mata orang jahat akan menjadi kabur;Mereka tidak akan menemui jalan keluar,Dan yang dinanti-nantikan mereka hanyalah kematian.”+