Ayub 13:1-28

  • Ayub menjawab lagi (1-28)

    • “Aku lebih rela berbicara dengan Tuhan” (3)

    • ‘Kamu semua doktor yang tidak berguna’ (4)

    • “Aku tahu bahawa aku tidak bersalah” (18)

    • ‘Mengapa Engkau menganggap aku seperti musuh?’ (24)

13  “Ya, aku sudah melihat semua itu;Aku sudah mendengar dan memahami segalanya.  2  Apa yang kamu tahu, aku pun tahu;Aku tidak lebih rendah daripada kamu.  3  Tetapi aku lebih rela berbicara dengan Tuhan Yang Maha Kuasa;Aku ingin membela perkaraku di hadapan Tuhan.+  4  Kamu berdusta untuk memburuk-burukkan namaku;Kamu semua seperti doktor yang tidak berguna.+  5  Sekiranya kamu bijaksana,Kamu akan berdiam diri.+  6  Dengarlah penjelasanku,Dan perhatikanlah pembelaanku.  7  Jika kamu berucap bagi pihak Tuhan, mengapa kamu memutarbalikkan keadilan?Sekiranya kamu berbicara bagi pihak-Nya, mengapa kamu berdusta?  8  Adakah kamu berpihak kepada Tuhan untuk menentang aku?Adakah kamu mencuba menjadi pembela-Nya?  9  Jika Tuhan memeriksa kamu, adakah kamu akan dinyatakan benar?+ Dapatkah kamu menipu Tuhan sebagaimana kamu menipu manusia? 10  Jika kamu berat sebelah, meskipun secara diam-diam,Dia tentu akan menengking kamu.+ 11  Tidakkah kamu takut akan keagungan-Nya?Tidakkah kamu berasa gentar terhadap-Nya? 12  Seperti abu, kata-kata hikmat kamu tidak berguna;Seperti tanah liat, pembelaan kamu tidak kukuh. 13  Janganlah bercakap lagi agar aku dapat berkata-kata. Selepas itu, aku tidak peduli akan apa yang bakal menimpa aku. 14  Aku bersedia untuk menghadapi sebarang bahaya,Dan aku bersedia untuk mempertaruhkan nyawaku! 15  Walaupun Tuhan akan membunuh aku, aku akan tetap berharap kepada-Nya;+Ya, aku akan tetap mengadukan perkaraku kepada-Nya. 16  Orang jahat* memang tidak dapat menghadap Tuhan.+Tetapi aku tahu bahawa aku pasti akan diselamatkan-Nya.+ 17  Sekarang dengarlah baik-baik penjelasanku,Dan cermatilah pernyataanku. 18  Kini aku bersedia untuk mengemukakan perkaraku;Aku tahu bahawa aku tidak bersalah. 19  Siapakah yang akan berdebat denganku? Aku akan mati jika aku tetap berdiam diri!* 20  Ya Tuhan, hanya dua perkara yang aku mohon daripada-Mu.Dengan itu, aku tidak akan lagi menyembunyikan diri daripada-Mu. 21  Jauhkanlah tangan-Mu daripadaku,Dan janganlah menakutkan aku lagi.+ 22  Berfirmanlah dan aku akan menjawab,Atau, biarlah aku bercakap dan hendaklah Engkau menjawab. 23  Apakah kesalahan dan dosaku? Nyatakanlah kesilapan dan dosaku. 24  Mengapakah Engkau menyembunyikan diri daripadaku?+Mengapakah Engkau menganggap aku seperti musuh-Mu?+ 25  Mengapakah Engkau menakutkan dan mengejar aku,Sedangkan aku hanyalah seperti jerami kering dan daun yang ditiup angin? 26  Engkau terus melontarkan tuduhan terhadapku,Dan Engkau menghukum aku atas dosa yang aku lakukan pada masa muda. 27  Engkau memasung kakiku,Engkau mengawasi setiap langkahku,Dan Engkau meneliti setiap jejakku. 28  Oleh itu, aku menjadi seperti benda yang sudah rapuh dan reput,Dan seperti pakaian yang dimakan gegat.

Nota Kaki

Atau “murtad.”
Atau mungkin, “Jika ada yang dapat berdebat denganku, aku akan tetap berdiam diri dan mati.”