Ayub 14:1-22

  • Ayub menjawab lagi (1-22)

    • Hidup manusia singkat dan susah (1)

    • “Ada harapan bagi pokok yang ditebang” (7)

    • ‘Sembunyikanlah aku di Kuburan!’ (13)

    • “Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup semula?” (14)

    • Tuhan ingin membangkitkan orang (15)

14  “Kehidupan manusia singkat+Dan penuh dengan kesusahan.+   Manusia bagaikan bunga yang tumbuh lalu menjadi layu;*+Manusia bagaikan bayang-bayang yang menghilang dengan begitu cepat.+   Engkau telah memperhatikan aku,Dan membawa aku menghadap-Mu untuk dihakimi.+   Dapatkah orang yang berdosa melahirkan orang yang tidak berdosa?+ Sama sekali tidak!   Seandainya umur manusia dapat ditentukan,Seandainya jangka hayat manusia memang singkat,Engkaulah yang mampu menetapkan batas hidup manusia, dan mereka tidak dapat melangkahinya.+   Berpalinglah daripada mereka agar mereka dapat berehat.Biarlah mereka menikmati hidup seperti seorang pekerja yang telah menyelesaikan tugasnya.+   Masih ada harapan bagi pokok yang ditebang; Pokok itu dapat bertumbuh lagi,Dan menghasilkan ranting-ranting.   Meskipun akarnya menjadi tua,Dan tunggulnya menjadi kering di tanah,   Sebaik sahaja mendapat air, pokok itu akan bertumbuh lagi;Seperti pokok yang baru ditanam, pokok itu akan menghasilkan dahan-dahan yang baharu. 10  Tetapi apabila manusia mati, mereka tidak wujud lagi;Setelah manusia meninggal, ke manakah mereka pergi?+ 11  Seperti air laut yang sudah tersejat,Dan seperti sungai yang sudah kering, 12  Demikianlah manusia yang sudah mati; mereka tidak dapat bangkit semula.+ Mereka tidak akan bangun selama langit ada,Dan tidak akan terjaga daripada tidur mereka.+ 13  Alangkah baiknya jika Engkau menyembunyikan aku di dalam Kuburan!*+Biarlah aku disembunyikan sehingga Engkau tidak lagi murka,Dan tentukanlah waktu untuk mengingat aku kembali.+ 14  Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup semula?+ Sepanjang waktu aku diperhamba,* aku akan terus menungguSehingga pembebasanku tiba.+ 15  Engkau akan memanggil aku, dan aku akan menjawab.+ Sesungguhnya, Engkau sangat rindu akan orang yang telah Engkau ciptakan. 16  Namun sekarang, Engkau mengawasi setiap langkahku;Engkau hanya memperhatikan dosa-dosaku. 17  Engkau enggan melupakan dosa-dosaku;Engkau menyimpan dosaku di dalam sebuah kantung. 18  Seperti gunung-gunung yang terhakis dan runtuh,Seperti batu besar yang digulingkan dari tempatnya, 19  Seperti tanah yang dihanyutkan oleh hujan lebat,Dan seperti batu yang dihakis oleh air,Demikianlah Engkau menghancurkan harapan manusia fana. 20  Engkau mengalahkan manusia sehingga mereka binasa;+Engkau mengubah wajah mereka, dan mereka pun mati. 21  Anak-anak mereka dimuliakan, tetapi mereka tidak mengetahuinya;Anak-anak mereka direndahkan, tetapi mereka tidak menyedarinya.+ 22  Manusia hanya menderita ketika masih bernafas;Mereka hanya merana ketika masih hidup.”

Nota Kaki

Atau mungkin, “lalu dipotong.”
Lihat Kamus.
Secara kiasan, merujuk kepada perhambaan oleh maut.