Ayub 15:1-35
15 Elifas+ orang Teman itu berkata,
2 “Adakah orang bijaksana akan bercakap kosong?Adakah orang bijaksana akan terus memikirkan hal yang jahat?
3 Memberi teguran dengan kata-kata sahaja tidak bermakna,Dan sekadar bercakap banyak tidak berguna.
4 Kamu tidak takut terhadap Tuhan,Dan kamu tidak peduli kepada-Nya.
5 Kamu berkata-kata sedemikian kerana kesalahanmu,Dan kamu mengeluarkan kata-kata yang licik.
6 Aku tidak menyalahkan kamu, tetapi mulutmu sendiri yang menyalahkan kamu;Ya, kata-katamu sendiri telah menyatakan kamu bersalah.+
7 Adakah kamu manusia yang pertama dilahirkan?Adakah kamu dilahirkan sebelum bukit-bukit wujud?
8 Adakah kamu turut mendengar semasa Tuhan membincangkan hal-hal yang sulit?Adakah kamu sahaja yang memiliki kebijaksanaan?
9 Apa yang kamu tahu, kami pun tahu.+
Apa yang kamu faham, kami pun faham.
10 Orang yang tua dan beruban ada dalam kalangan kita;+Mereka lebih tua daripada bapamu.
11 Adakah kelegaan hati daripada Tuhan tidak cukup bagimu?Adakah kata-kata kami yang lembut tidak memadai bagimu?
12 Mengapakah kamu terbawa-bawa oleh perasaanmu,Dan mengapakah matamu berapi-api?
13 Mengapakah kamu menjadi begitu marah terhadap Tuhan,Sehingga mengucapkan kata-kata hinaan terhadap-Nya?
14 Dapatkah manusia fana dianggap suci di mata Tuhan?Dapatkah manusia dianggap benar di hadapan Tuhan?+
15 Ketahuilah, Tuhan tidak mempercayai para malaikat-Nya,Bahkan syurga pun tidak suci di mata-Nya.+
16 Apalagi manusia yang jijik dan keji di mata-Nya,+Yang menelan kejahatan seperti air sahaja!
17 Dengarlah apa yang ingin aku katakan kepadamu.
Aku akan menceritakan segala yang telah aku perhatikan.
18 Hal-hal ini tidak dirahsiakan dan telah disampaikan oleh orang bijaksana;Mereka telah menerimanya daripada nenek moyang mereka.+
19 Sejak dahulu lagi, nenek moyang mereka sudah diberi tanah ini,Dan tiada orang asing yang lalu di kawasan mereka.
20 Orang yang jahat ditimpa penderitaan sepanjang hidup,Dan orang yang zalim pasti hidup sengsara sepanjang umur.
21 Mereka selalu mendengar bunyi yang menakutkan,+Dan para perompak menyerang mereka pada masa yang aman.
22 Mereka tidak dapat melepaskan diri daripada maut;*+Mereka pasti akan dibunuh dengan pedang.
23 Mereka mengembara mencari makanan, namun di manakah mereka akan menjumpainya?
Mereka tahu bahawa hari kematian mereka sudah dekat.
24 Mereka dicengkam perasaan cemas dan resah;Perasaan sebegitu menguasai mereka seperti raja yang datang menyerang.
25 Demikianlah keadaan orang yang mencuba menentang Tuhan,Dan yang berani melawan Dia Yang Maha Kuasa.
26 Mereka orang yang sangat degil;Mereka seolah-olah mengangkat perisai yang besar dan melawan Tuhan.
27 Kemakmuran mereka membuat mereka angkuh;Kekayaan mereka menyebabkan mereka suka memberontak.
28 Mereka menetap di kota yang akan menjadi reruntuhan;Mereka mendiami rumah yang akan dikosongkan,Dan yang akan menjadi timbunan puing.
29 Mereka tidak akan tetap hidup mewah, dan kekayaan mereka tidak akan bertambah;Segala milik mereka tidak akan berkekalan.
30 Mereka tidak akan terlepas daripada maut;*Mereka akan menjadi seperti pokok yang rantingnya dibakar api;*Dengan hembusan nafas Tuhan, mereka akan lenyap.+
31 Mereka tidak patut percaya kepada benda yang tidak berguna,Kerana yang akan diterima mereka itu pun tidak berguna.
32 Semua ini akan berlaku kepada mereka tidak lama lagi;Mereka akan menjadi seperti pokok yang dahannya tidak bertumbuh subur lagi.+
33 Mereka akan menjadi seperti pokok anggur yang gugur buahnya,*Dan seperti pokok zaitun yang jatuh bunganya.
34 Segala usaha orang yang jahat* tidak akan berhasil;+Api akan memusnahkan tempat kediaman orang yang makan rasuah.
35 Mereka selalu merancang dan melakukan kejahatan;Hati mereka penuh dengan tipu muslihat.”