Ayub 16:1-22

  • Ayub menjawab (1-22)

    • “Kamu semua menyeksa aku sahaja!” (2)

    • Berkata bahawa dia dijadikan sasaran Tuhan (12)

16  Ayub menjawab,  2  “Aku pernah mendengar kata-kata sedemikian; Kamu sepatutnya melegakan hatiku, tetapi kamu semua menyeksa aku sahaja!+  3  Bilakah cakap kosong kamu akan berakhir? Mengapakah kamu terus berkata-kata sebegini?  4  Jika kamu berada dalam keadaanku, Aku juga dapat bercakap seperti itu;Aku dapat menggelengkan kepalakuSambil menghina kamu semua.+  5  Tetapi aku tidak akan berbuat demikian; sebaliknya, aku akan menguatkan kamu,Dan melegakan hati kamu dengan kata-kataku.+  6  Jika aku bercakap, adakah penderitaanku akan hilang?+Jika aku berdiam diri, adakah kesakitanku akan berkurang?  7  Namun Tuhan telah menyebabkan aku tidak bermaya;+Dia telah menghapuskan seluruh rumah tanggaku.  8  Dia telah memerangkap aku, dan orang lain menyaksikannya;Orang menganggap aku sudah berdosa kerana melihat tubuhku yang kurus kering.  9  Kerana marah, Dia menggertakkan gigi-Nya; Seperti musuh, Dia memandang aku dengan penuh kebencian;+ Dia menghancurkan aku dengan kemurkaan-Nya.+ 10  Musuh-musuhku membuka mulut untuk melahap aku;+Mereka menampar mukaku sambil mencaci aku;Mereka berkumpul untuk menentang aku.+ 11  Tuhan membiarkan aku diserang oleh budak-budak lelaki;Dia melemparkan aku ke dalam tangan orang yang jahat.+ 12  Dahulu hidupku aman, tetapi kini Tuhan menghancurkan segala-galanya;+Dia mencengkam leherku dan meremukkan aku;Dia menjadikan aku sasaran-Nya; 13  Tanpa belas kasihan, Dia memanah aku dari semua arah;+Anak panah-Nya menusuk sampai ke ginjalku,+Sehingga isi perutku* terburai. 14  Dia menyerang aku seperti seorang pahlawan;Seperti orang yang ingin merobohkan tembok, Dia tidak henti-henti menyerang aku. 15  Aku memakai kain guni kerana sedih,+Dan aku menjadi begitu hina sehingga terpaksa duduk di atas debu.+ 16  Aku menangis sehingga mukaku merah,+Dan sehingga kelopak mataku bengkak dan hitam. 17  Sebenarnya aku tidak berlaku ganas,Dan aku berdoa dengan hati yang tulus. 18  Hai bumi, jangan menutupi darahku!+ Jangan diamkan teriakanku. 19  Lihatlah, saksiku berada di syurga!Dia yang dapat membela aku berada di tempat yang tinggi. 20  Sahabat-sahabatku mencaci aku,+Dan aku mencucurkan air mata di hadapan Tuhan.*+ 21  Biarlah seseorang mengadili perkara antara Tuhan dengan aku,Seperti yang dilakukan antara seseorang dengan rakannya.+ 22  Tahun-tahunku tidak banyak lagi;Aku akan pergi dan tidak kembali lagi.+

Nota Kaki

Harfiah, “hempeduku.”
Atau mungkin, “Dan aku tidak tidur. Aku tetap berharap kepada Tuhan.”