Ayub 18:1-21

  • Bildad bercakap buat kali kedua (1-21)

    • Menggambarkan kesudahan orang berdosa (5-20)

    • Berkata bahawa Ayub tidak mengenal Tuhan (21)

18  Kemudian, Bildad+ orang Suah itu berkata,  2  “Sampai bilakah kamu akan bercakap demikian? Tunjukkanlah bahawa kamu berpengertian dan biarlah kami bercakap.  3  Mengapakah kamu memandang kami seperti binatang,+Dan menganggap kami semua dungu?*  4  Meskipun kamu marah dan menyakiti dirimu,Adakah bumi akan kehilangan penduduknya,Atau adakah batu besar akan beralih dari tempatnya?  5  Orang jahat seperti pelita yang akan dipadamkan;Mereka seperti api yang tidak akan bernyala lagi;+  6  Mereka seperti khemah yang pelitanya sudah malap,Dan seperti lampu yang tidak akan bersinar lagi.  7  Langkah mereka yang mantap kini tidak bermaya,Dan rancangan mereka sendiri membuat mereka tersandung.+  8  Mereka berjalan ke dalam jaring,Dan kaki mereka tersangkut.  9  Tumit mereka terperangkap,Dan mereka tertangkap di dalam jerat.+ 10  Perangkap terpasang pada jalan mereka,Dan tali jerat tersembunyi di tanah. 11  Kengerian terus mengejar mereka,+Dan mengancam mereka dari semua arah. 12  Kekuatan mereka kini menghilang,Dan bencana+ menyebabkan mereka jatuh. 13  Kulit mereka dimakan penyakit yang teruk;Tangan dan kaki mereka reput kerana penyakit itu. 14  Segala yang membuat mereka rasa selamat telah dirampas,Dan mereka akan dibawa menghadap kematian yang mengerikan.+ 15  Kini sesiapa pun boleh tinggal di khemah mereka;Namun tempat tinggal mereka akhirnya akan dimusnahkan oleh api.*+ 16  Mereka akan menjadi seperti pokok yang akarnya kering,Dan yang dahan-dahannya layu. 17  Mereka tidak akan dikenang lagi di bumi,Dan nama mereka akan dilupakan orang. 18  Mereka akan lenyap dari dunia ini,Dan diusir dari cahaya ke dalam kegelapan. 19  Mereka tidak akan mempunyai anak cucu atau keturunan dalam kalangan bangsa mereka,Dan mereka tidak akan mempunyai waris di negeri mereka. 20  Semasa mereka ditimpa malapetaka, penduduk di barat akan terkejut,Dan penduduk di timur akan dicengkam rasa takut. 21  Demikianlah kesudahan orang yang berbuat jahat;Demikianlah keadaan orang yang tidak mengenal Tuhan.”

Nota Kaki

Atau mungkin, “menganggap kami tidak suci?”
Atau “belerang.”