Ayub 21:1-34

  • Ayub menjawab (1-34)

    • ‘Mengapa orang jahat hidup makmur?’ (7-13)

    • Mendedahkan niat jahat para sahabatnya (27-34)

21  Kemudian Ayub menjawab,  2  “Dengarlah baik-baik apa yang akan aku katakan;Hanya itu yang aku minta agar hatiku lega.  3  Bersabarlah semasa aku bercakap;Selepas itu, ejeklah aku sesuka hati kamu.+  4  Adakah keluhanku ditujukan kepada manusia? Jika ya, mengapa aku masih tetap bersabar?  5  Pandanglah aku, maka kamu akan tercengang;Kamu akan terkejut sehingga tidak dapat berkata-kata.  6  Apabila aku mengenang masa laluku,Aku menjadi gelisah dan seluruh tubuhku gementar.  7  Mengapa orang jahat panjang umur?+Mengapa mereka menjadi kaya?+  8  Mereka selalu bersama-sama anak mereka,Dan mereka dapat melihat anak cucu mereka hidup makmur.  9  Rumah mereka aman dan selamat, dan mereka tidak berasa takut.+Tuhan tidak mendatangkan hukuman kepada mereka. 10  Lembu mereka beranak tanpa kesulitan;Lembu mereka membiak dan menjadi banyak. 11  Seperti anak bebiri, anak-anak mereka melonjak kerianganDan bermain-main dengan gembira. 12  Mereka menyanyi diiringi tamborin dan kecapi,Mereka meniup seruling dengan penuh sukacita.+ 13  Mereka hidup senang dan bahagia,Dan mereka meninggal dengan tenang.* 14  Orang jahat berkata kepada Tuhan, ‘Jangan ganggu kami! Kami tidak ingin mengetahui kehendak-Mu.+ 15  Siapa Tuhan Yang Maha Kuasa itu sehingga kami harus menyembah-Nya?+ Apa manfaatnya kami berdoa kepada-Nya?’+ 16  Tetapi aku sama sekali tidak setuju dengan pemikiran orang jahat.+ Aku tahu bahawa mereka tidak berkuasa untuk menjamin kemakmuran mereka.+ 17  Berapa kerapkah pelita orang jahat dipadamkan?+ Berapa seringkah mereka ditimpa bencana? Berapa kerapkah Tuhan murka sehingga membinasakan mereka? 18  Pernahkah mereka menjadi seperti jerami yang ditiup angin?Pernahkah mereka menjadi seperti sekam yang diterbangkan ribut? 19  Tuhan pasti akan menghukum orang jahat dan anak-anak mereka juga akan merasai akibatnya. Dengan itu mereka akan sedar bahawa Tuhan sedang menghukum mereka.+ 20  Namun biarlah mereka sendiri minum daripada cawan kemurkaan Tuhan Yang Maha Kuasa.Ya, biarlah mereka sendiri merasai betapa dahsyatnya malapetaka yang menimpa mereka,+ 21  Kerana adakah mereka peduli tentang apa yang terjadi kepada keturunan merekaJika usia mereka dipendekkan?+ 22  Dapatkah sesiapa mengajar Tuhan?+Bukankah Tuhan yang menghakimi semua orang, termasuk para pembesar?+ 23  Ada orang yang menikmati hidup yang senang dan bahagia.+Tetapi mereka mati walaupun masih bertenaga,+ 24  Dan walaupun badan mereka masih sihatDan tulang mereka masih kuat. 25  Ada pula yang hidup dengan penuh keperitan dan kesengsaraan,Lalu mati tanpa mengecap kebahagiaan. 26  Namun mereka semua akan mati dan dikerumuni ulat.+Ya, mereka semua akhirnya akan mati.+ 27  Aku memang tahu apa yang kamu fikirkan;Aku memang tahu rancangan jahat kamu untuk menyalahkan aku.*+ 28  Kamu bertanya, ‘Di manakah rumah orang yang terkemuka?Di manakah tempat kediaman orang yang jahat?’+ 29  Belum pernahkah kamu bertanya kepada para pengembara? Tidakkah kamu meneliti perkara-perkara yang dilaporkan oleh mereka? 30  Orang jahat selalu terselamat semasa bencana melanda;Mereka selalu terlepas daripada kesengsaraan. 31  Siapakah yang akan menegur orang jahat atas haluan hidup mereka?Siapakah yang akan membalas perbuatan mereka? 32  Semasa mereka dibawa ke tanah perkuburan,Ada orang yang akan menjaga makam mereka. 33  Dengan lembut tanah menimbus mayat mereka.+Demikianlah kesudahan semua orang.+Ya, seperti mereka, setiap orang juga akan menemui maut. 34  Maka sia-sia sahaja kamu mencuba melegakan hatiku,+ Kerana kata-kata kamu itu hanyalah bohong belaka!”

Nota Kaki

Iaitu, mereka tidak menderita semasa mereka mati.
Atau mungkin, “untuk berlaku ganas terhadapku.”