Ayub 22:1-30
22 Elifas+ orang Teman itu berkata,
2 “Dapatkah manusia membawa manfaat kepada Tuhan?
Adakah orang yang berpengertian berguna bagi-Nya?+
3 Adakah Tuhan peduli jika kamu berbuat benar?Apakah faedahnya bagi Yang Maha Kuasa jika kamu hidup setia?+
4 Jika kamu takut dan hormat kepada Tuhan,Adakah Dia akan menghakimi dan menghukum kamu?
5 Tetapi kamu asyik berdosa dan melakukan banyak kejahatan.Itulah sebabnya Tuhan berbuat demikian terhadapmu.+
6 Dengan sesuka hati, kamu mengambil barang saudaramu sebagai cagaran;Kamu merampas pakaian orang miskin dan membiarkan mereka telanjang.+
7 Kamu enggan memberikan minuman kepada orang yang lelah,Dan enggan memberikan makanan kepada orang yang lapar.+
8 Kamu telah merampas banyak tanah.Orang takut kepadamu kerana kamu berkuasa dan berpengaruh.+
9 Kamu menindas anak-anak yatim,Dan menyuruh balu pergi dengan tangan kosong.
10 Itulah sebabnya kamu dikelilingi perangkap.+Kamu diancam dan dicengkam ketakutan secara tiba-tiba;
11 Kamu tidak dapat melihat kerana diselubungi kegelapan,Dan kamu dilanda banjir yang dahsyat.
12 Lihatlah! Bintang-bintang berada di langit yang tinggi,
Tetapi Tuhan berada di tempat yang paling tinggi di syurga.
13 Namun kamu berkata, ‘Apakah yang diketahui Tuhan?
Dapatkah Dia menghakimi orang jika diselubungi awan tebal?
14 Ketika Dia berjalan di sempadan langit dan bumi,Kepulan awan menutup pandangan-Nya.’
15 Adakah kamu tetap mengikut haluanYang ditempuh oleh orang jahat pada masa lampau?
16 Mereka mati sebelum masa mereka tiba;Mereka seperti bangunan yang asasnya dihanyutkan banjir.+
17 Mereka telah berkata kepada Tuhan, ‘Jangan ganggu kami!’
Dan, ‘Apakah yang dapat dilakukan oleh Yang Maha Kuasa terhadap kami?’
18 Padahal Tuhanlah yang memberi mereka segala perkara yang baik.
(Aku benar-benar tidak setuju dengan pandangan orang jahat.)
19 Orang baik akan bersukacita semasa melihat orang jahat dimusnahkan;Orang yang tidak bersalah akan mentertawakan mereka sambil berkata,
20 ‘Musuh kita sudah dibinasakan,Dan api akan menghanguskan segala sesuatu yang tertinggal.’
21 Hendaklah kamu menghampiri Tuhan dan berdamai dengan-Nya.Dengan demikian, kamu akan diberkati dengan hal-hal yang baik.
22 Terimalah hukum yang diberikan-Nya,Dan simpanlah firman-Nya dalam hatimu.+
23 Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, maka hidupmu akan menjadi makmur semula;+Singkirkanlah kejahatan dari tempat kediamanmu,
24 Lemparkanlah emasmu ke tanah,Dan buanglah emasmu dari Ofir*+ ke lembah berbatu.
25 Dengan itu, Tuhan Yang Maha Kuasa akan menjadi seperti emasmu,Dan Dia akan menjadi seperti perakmu yang paling bernilai.
26 Tuhan Yang Maha Kuasa akan menjadi sumber kegembiraanmu,Dan kamu akan menghadap-Nya dengan penuh keyakinan.
27 Semasa kamu merayu kepada-Nya, Dia akan menjawab,Dan kamu akan menepati segala janjimu kepada-Nya.
28 Segala usahamu akan berjaya,Dan cahaya akan menyinari jalan hidupmu.
29 Ketahuilah, orang yang angkuh akan direndahkan,Tetapi orang yang rendah hati akan diselamatkan oleh Tuhan.
30 Sesungguhnya, Dia akan menyelamatkan orang yang tidak bersalah.Maka jika kamu hidup tanpa cela, kamu pasti akan diselamatkan.”
Nota Kaki
^ Tempat yang terkenal kerana menghasilkan emas yang paling tinggi mutunya.