Ayub 25:1-6

  • Bildad bercakap buat kali ketiga (1-6)

    • ‘Dapatkah manusia dibuktikan benar di hadapan Tuhan?’ (4)

    • Berkata bahawa kesetiaan manusia sia-sia sahaja (5, 6)

25  Kemudian, Bildad+ orang Suah itu menjawab,  2  “Kuasa pemerintahan milik Tuhan, dan kekuatan-Nya amat menakjubkan;Dialah yang mendatangkan kedamaian di syurga.  3  Dapatkah sesiapa menghitung bala tentera-Nya di syurga? Adakah tempat yang tidak disinari oleh cahaya-Nya?  4  Dapatkah manusia fana dibuktikan benar di hadapan Tuhan?+Dapatkah manusia dinyatakan tidak bersalah?+  5  Bagi Tuhan, bahkan bulan pun tidak terang,Dan bintang-bintang juga kelihatan suram.  6  Apalagi manusia fana yang hanyalah seperti ulat.Ya, manusia hanyalah seperti cacing dalam pandangan-Nya!”

Nota Kaki