Ayub 28:1-28

  • Ayub membandingkan kebijaksanaan dengan batu-batu permata (1-28)

    • Kegiatan melombong (1-11)

    • Kebijaksanaan lebih berharga daripada mutiara (18)

    • “Takutlah akan Yehuwa, kerana itulah erti kebijaksanaan” (28)

28  “Ada tempat untuk melombong perakDan ada tempat untuk memurnikan emas;+  2  Besi dijumpai di dalam tanah,Dan batu dileburkan untuk mendapatkan tembaga.+  3  Demi mencari batu-batan,Manusia menembusi kegelapan,Dan menerokai tempat yang paling dalam dan suram.  4  Jauh dari tempat yang berpenduduk,Di tempat yang terpencil, yang tidak dilalui orang,Manusia menggali lombong lalu turun sambil bergantung pada tali.  5  Di atas permukaannya, tanah menghasilkan makanan,Tetapi di bawah permukaannya, tanah dibongkar-bangkirkan.*  6  Di bawah tanah, terdapat batu nilam,Dan debu bumi mengandungi emas.  7  Burung pemangsa tidak tahu jalan ke situ;Burung lang hitam tidak pernah melihat tempat itu.  8  Binatang buas tidak pernah melalui tempat itu;Bahkan singa muda tidak pernah merayau-rayau di situ.  9  Manusia menggali dasar gunung,Dan memecahkan batu-batan yang keras sekali. 10  Mereka membuat saluran air+ di gunung batu;Mereka menjumpai bermacam-macam batu permata. 11  Mereka membendung sumber airDan mendedahkan segala yang tersembunyi. 12  Tetapi di manakah kebijaksanaan dapat ditemui?+Di manakah pengertian dapat dijumpai?+ 13  Manusia tidak tahu betapa berharganya kebijaksanaan;+Kebijaksanaan tidak dapat dicari bahkan di seluruh bumi. 14  Air yang dalam berkata, ‘Kebijaksanaan tidak ada padaku!’ Dan lautan luas berseru, ‘Kebijaksanaan tidak ada padaku juga!’+ 15  Kebijaksanaan tidak dapat diganti dengan perak,Dan tidak dapat dibeli dengan emas murni.+ 16  Kebijaksanaan tidak dapat dibeli dengan emas dari Ofir,+Ataupun dengan batu oniks dan batu nilam yang berharga. 17  Kebijaksanaan tidak dapat diganti dengan kaca dan emas;Bahkan bejana emas tulen pun tidak dapat mengimbangi nilainya.+ 18  Batu permata* dan kristal langsung tidak dapat menandinginya,Kerana kebijaksanaan jauh lebih berharga daripada mutiara.+ 19  Batu topaz+ dari Kus tidak dapat menyamainya.Sesungguhnya, kebijaksanaan tidak dapat dibeli walau dengan emas yang paling bermutu. 20  Di manakah sumber kebijaksanaan?Di manakah sumber pemahaman?+ 21  Kebijaksanaan disembunyikan daripada burung-burung di langit.Ya, kebijaksanaan disembunyikan daripada segala makhluk hidup.+ 22  Maut dan kebinasaan berkata,‘Kami hanya mendengar khabar angin tentangnya.’ 23  Namun Tuhan mengetahui jalan untuk mencarinya;Dia sahaja yang mengetahui tempatnya,+ 24  Kerana Dia dapat melihat sampai ke hujung bumi;Dia nampak segala sesuatu yang ada di bawah langit.+ 25  Semasa Dia memberi angin kekuatan,+Ketika Dia menentukan keluasan samudera,+ 26  Semasa Dia menetapkan musim hujan,+Dan ketika Dia menentukan haluan ribut petir,+ 27  Pada masa itulah Dia memperhatikan kebijaksanaan dalam hasil kerja-Nya dan menyatakan kebijaksanaan itu;Dia menetapkannya dan menguji nilainya. 28  Maka Dia berfirman kepada manusia, ‘Takutlah akan Yehuwa, kerana itulah erti kebijaksanaan;+Berpalinglah daripada kejahatan, kerana itulah maksud pengertian.’”+

Nota Kaki

Nampaknya merujuk kepada kegiatan melombong.
Atau “Batu karang.” Lihat Kamus.