Ayub 29:1-25
29 Ayub meneruskan ucapannya,
2 “Seandainya keadaanku seperti pada masa lalu,Pada waktu Tuhan melindungi aku,
3 Ketika Tuhan menyinarkan cahaya-Nya ke atasku,*Semasa Dia menerangi kegelapan yang harus kutempuh,+
4 Ketika aku masih muda dan perkasa,Dan semasa Tuhan menjadi sahabatku yang sentiasa bersamaku.+
5 Pada waktu itu Tuhan Yang Maha Kuasa menyertai aku,Dan semua anakku* ada di sampingku.
6 Pada masa itu, aku hidup mewah dan menikmati susu yang berlimpah-limpah,Bahkan gunung batu mencurahkan minyak zaitun bagiku.+
7 Pada ketika itu, aku selalu pergi ke gerbang kota+Dan mengambil tempat duduk di dataran kota.+
8 Orang muda memberi laluan apabila melihat aku,Bahkan orang tua pun bangun untuk menghormati aku.+
9 Semasa melihat aku, para pemimpin berhenti bercakap;Mereka seolah-olah menutup mulut dengan tangan mereka.
10 Orang kenamaan juga tidak bersuara;Lidah mereka seolah-olah melekat pada lelangit mulut mereka.
11 Semua orang yang mendengar tentangku memuji aku,Dan mereka yang melihat aku memuliakan aku,
12 Kerana aku menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong.+Aku membantu anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan,+
13 Dan aku juga melegakan hati para balu.+Ya, mereka yang menderita sangat menghargai aku.*+
14 Kebaikan bagaikan pakaianku,Dan keadilan bagaikan serban dan jubahku.
15 Aku menjadi mata bagi orang buta,Dan aku menjadi kaki bagi orang tempang.
16 Aku menjadi bapa bagi orang miskin,+Dan aku menegakkan keadilan bagi orang asing.+
17 Aku mematahkan rahang orang jahat,+Dan menyelamatkan orang yang menjadi mangsa mereka.
18 Aku selalu berkata, ‘Bagaikan butir pasir yang banyak, demikianlah jumlah hari kehidupanku.Aku akan mati di rumahku sendiri.+
19 Aku umpama pokok yang akarnya menyerap banyak air,Dan sepanjang malam, embun akan membasahi dahan-dahanku.
20 Orang sentiasa memuliakan aku,Dan kekuatanku tidak pernah berkurang.’
21 Orang sangat berharap untuk mendengar kata-kataku;Mereka berdiam diri dan menantikan nasihatku.+
22 Sehabis aku bercakap, orang tidak akan menambah apa-apa lagi;Bagi mereka, nasihatku bagaikan titisan air hujan yang membasahi tanah yang gersang.
23 Seperti petani yang menantikan hujan, mereka menunggu kedatanganku;Seperti orang yang menantikan hujan musim bunga, mereka teringin sekali mendengar kata-kataku.+
24 Mereka hampir tidak percaya apabila aku senyum kepada mereka;Seri wajahku meyakinkan dan menenangkan jiwa mereka,*
25 Dan sebagai pemimpin, aku membimbing mereka.Aku bagaikan raja dalam kalangan pasukan tenteranya,+Dan bagaikan orang yang melegakan hati orang yang berkabung.+