Ayub 30:1-31

  • Ayub menggambarkan keadaannya yang telah berubah (1-31)

    • Dihina oleh orang yang tidak berguna (1-15)

    • Tiada bantuan daripada Tuhan (20, 21)

    • “Kulitku sudah menjadi hitam” (30)

30  “Tetapi kini aku diejek+Oleh orang yang lebih muda daripadaku,Padahal bagiku, bapa mereka tidak layak punUntuk menjaga kawananku bersama anjing gembala.   Bagiku mereka langsung tidak berguna, Kerana mereka sudah kehabisan tenaga.   Mereka tidak bermaya dan kelaparanSehingga mereka terpaksa memakan pasir di tanah yang gersang,Tanah yang sudah menjadi tandus dan terbiar.   Mereka memetik daun-daun pokok herba*Dan mengumpulkan akar-akar pokok pahit untuk dimakan.   Seperti pencuri yang ditengking orang,Mereka ditengking dan dihalau daripada masyarakat.+   Mereka terpaksa tinggal di lereng lembah yang dalam,Di lubang-lubang tanah, dan di gua-gua batu.   Mereka meraung-raung di antara semak;Mereka berhimpit-himpit di bawah belukar.   Mereka keturunan orang yang bebal dan tidak berguna;Mereka telah dihalau keluar dari negeri ini.   Tetapi kini mereka menyanyi untuk mengejek aku;+Aku sudah menjadi sasaran hinaan mereka.+ 10  Mereka membenci aku dan menjauhkan diri daripadaku;+Mereka meludahi mukaku tanpa rasa malu.+ 11  Tuhan telah merendahkan aku dan menyebabkan aku menjadi lemah.Itulah sebabnya mereka menentang aku tanpa segan-silu. 12  Mereka menyerang aku secara beramai-ramai;Mereka membiarkan aku melarikan diri,Tetapi mereka sudah meletakkan halangan di depan kakiku untuk membinasakan aku. 13  Mereka menghancurkan semua jalanku;Mereka menyebabkan aku semakin menderita.+Namun tiada seorang pun yang menghalang mereka.* 14  Seperti angin ribut yang memecahkan tembok,Mereka menyerang aku yang hampir binasa. 15  Aku dicengkam kengerian;Kemuliaanku lenyap diterbangkan angin;Seperti awan yang menghilang, demikianlah harapanku untuk diselamatkan. 16  Sekarang aku hampir putus nyawa;+Saban hari aku hidup sengsara.+ 17  Pada malam hari, tulang-tulangku sakit sekali,+Dan kesakitan yang menusuk itu tidak kunjung berhenti.+ 18  Aku berasa seolah-olah jubahku ditarik dengan kuat,*Dan aku berasa seolah-olah leher bajuku sedang mencekik aku. 19  Ya Tuhan, Engkau telah melemparkan aku ke dalam lumpur,Sehingga aku menjadi seperti debu dan abu. 20  Aku berseru meminta tolong, tetapi Engkau tidak mendengarkan seruanku.+Aku berdiri untuk menghadap-Mu, tetapi Engkau tidak mempedulikan aku. 21  Dengan kejam, Engkau memusuhi aku;+Dengan tangan-Mu yang perkasa, Engkau menentang aku. 22  Engkau mengangkat aku dan membiarkan aku diterbangkan angin;Kemudian Engkau menghancurkan aku dalam ribut kencang. 23  Aku tahu bahawa Engkau akan membawa aku ke alam maut,Ke tempat semua manusia akan pergi pada akhirnya. 24  Sesungguhnya tiada sesiapa pun yang akan meremukkan orang yang tidak berdaya,+Terutamanya semasa orang itu berseru meminta tolong kerana ditimpa musibah. 25  Tidakkah aku menangis bersama orang yang dalam kesusahan? Tidakkah aku turut bersedih dengan orang yang miskin?+ 26  Aku mengharapkan kebahagiaan, tetapi kesusahanlah yang kutemui;Aku menantikan cahaya, tetapi kegelapanlah yang kujumpai. 27  Perasaanku berkecamuk;Hari demi hari aku hidup dalam keperitan. 28  Dengan muram,+ aku melangkah dalam kegelapan. Aku berdiri dan merayu meminta tolong dalam kalangan orang ramai. 29  Aku sudah menjadi seperti kerabat serigalaDan seperti teman burung unta.+ 30  Kulitku sudah menjadi hitam dan mengelupas;+Tulangku terasa begitu panas seperti dibakar.* 31  Kini kecapiku hanya dimainkan semasa orang berkabung,Dan bunyi serulingku hanya kedengaran semasa orang meratap.

Nota Kaki

Atau “pokok herba yang masin.”
Atau mungkin, “Mereka melakukan semua ini tanpa bantuan orang lain.”
Atau mungkin, “Penyakitku yang teruk telah mencacatkan aku.”
Atau mungkin, “begitu panas kerana demam.”