Ayub 32:1-22

  • Elihu mula berucap (1-22)

    • Marah terhadap Ayub dan para sahabatnya (2, 3)

    • Menunggu dengan sabar sebelum bercakap (6, 7)

    • “Orang yang tua tidak semestinya bijaksana” (9)

    • Elihu ingin berkata-kata (18-20)

32  Maka tiga orang sahabat Ayub berhenti bercakap, kerana Ayub amat yakin bahawa dia tidak bersalah.+  Tetapi Elihu anak Barakhel, orang Buz,+ daripada puak Ram, menjadi sangat marah terhadap Ayub. Kemarahannya berkobar kerana Ayub tidak menyanjung keadilan Tuhan dan asyik berkata bahawa dia tidak bersalah.+  Dia juga sangat marah terhadap tiga orang sahabat Ayub, kerana mereka tidak dapat menjawab kata-kata Ayub dan bahkan menyatakan bahawa Tuhan itu jahat.+  Elihu menunggu sehingga mereka semua habis bercakap kerana mereka lebih tua daripadanya.+  Apabila dia melihat bahawa tiga orang itu tidak mampu menjawab kata-kata Ayub, dia menjadi semakin marah.  Oleh itu, Elihu anak Barakhel mula bercakap, “Aku masih mudaSedangkan kamu semua sudah tua.+ Maka aku menahan diri dan tidak menyatakan pendapatku.+Aku ingin menunjukkan hormat kepada kalian.   Aku berfikir, ‘Biarlah orang yang tua bercakap,Dan biarlah orang yang lanjut usia memperlihatkan kebijaksanaan mereka.’   Tetapi sebenarnya, kuasa suci* daripada TuhanDan nafas daripada Dia Yang Maha Kuasa yang memberikan kebijaksanaan kepada manusia.+   Orang yang tua tidak semestinya bijaksana,Dan orang yang lanjut usia tidak semestinya memahami apa yang benar.+ 10  Oleh itu, dengarlah semasa aku bercakap.Biarlah aku menyatakan apa yang aku tahu. 11  Aku mendengar dengan sabar semasa kamu bercakap;Aku mendengar dengan teliti semasa kamu menyatakan pendapat kamu,+Dan menunggu sehingga kamu mencari kata-kata yang sesuai.+ 12  Aku memperhatikan kamu semua,Namun kamu tidak dapat membuktikan kesalahan AyubAtau menyangkal hujah-hujahnya. 13  Maka janganlah berkata, ‘Kami tahu segala-galanya;Tuhanlah yang telah membuktikan Ayub bersalah, bukan manusia.’ 14  Ayub tidak menujukan kata-katanya kepadaku,Maka aku tidak akan menggunakan hujah-hujah kamu untuk menjawab kata-katanya. 15  Hai Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;Mereka semua sudah putus akal. 16  Aku menunggu, tetapi mereka berdiam diri;Mereka hanya berdiri di situ tanpa mengatakan apa-apa lagi. 17  Oleh itu, biarlah aku bercakapDan menyatakan apa yang aku tahu, 18  Kerana ada banyak perkara yang ingin kukatakan;Kuasa suci Tuhan mendorong aku untuk bersuara. 19  Sanubariku terasa seperti kirbat wain yang tertutup rapat,Yang akan meletup jika penutupnya tidak dibuka.+ 20  Biarlah aku bercakap agar hatiku lega! Aku hendak membuka mulut dan memberikan jawapan. 21  Aku tidak akan berat sebelah,+Dan aku tidak akan mengampu sesiapa pun, 22  Kerana aku tidak pandai mengampu.Seandainya aku mengampu, Penciptaku akan segera melenyapkan aku.

Nota Kaki

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.