Ayub 34:1-37

  • Elihu menjunjung keadilan Tuhan (1-37)

    • “Tuhan enggan menegakkan keadilan bagiku” (5)

    • Tuhan tidak melakukan hal yang jahat (10)

    • Ayub kurang pengetahuan (35)

34  Elihu meneruskan kata-katanya,  2  “Hai orang yang bijaksana, dengarlah kata-kataku;Hai orang yang berilmu, dengarlah ucapanku,  3  Kerana telingalah yang menguji kata-kata,Sebagaimana lidah mengecap makanan.  4  Biarlah kita bersama-sama menentukan apa yang benar;Biarlah kita bersama-sama memutuskan apa yang baik.  5  Ayub telah berkata, ‘Aku tidak bersalah,+Tetapi Tuhan enggan menegakkan keadilan bagiku.+  6  Haruskah aku berdusta dan mengatakan bahawa aku tidak menginginkan keadilan? Meskipun aku tidak bersalah, lukaku masih tidak dapat disembuhkan.’+  7  Siapakah yang seperti Ayub,Yang menelan segala hinaan seperti menelan air?  8  Mungkin tidak lama lagi, Ayub akan berteman dengan orang jahat,Dan dia akan bergaul dengan orang durjana,+  9  Kerana dia telah berkata,‘Apa gunanya seseorang berusaha menyenangkan hati Tuhan?’+ 10  Maka, hai orang yang berpengertian, dengarlah kata-kataku: Mustahil bagi Tuhan yang benar untuk melakukan hal yang jahat;+Dia Yang Maha Kuasa pasti tidak akan berbuat salah!+ 11  Tuhan akan memberikan ganjaran kepada manusia sesuai dengan perbuatannya.+Dia akan membalas manusia setimpal dengan haluan yang ditempuhnya, 12  Kerana Tuhan sama sekali tidak akan berbuat jahat;+Tuhan Yang Maha Kuasa tidak akan memutarbalikkan keadilan.+ 13  Siapakah yang menyuruh-Nya memelihara bumi?Siapakah yang melantik-Nya menguasai seluruh dunia? 14  Jika Tuhan memilih untuk memusuhi manusia;Jika Dia mengambil semula nyawa dan nafas kehidupan mereka,+ 15  Maka semua manusia pasti akan lenyap,Dan mereka akan kembali menjadi debu.+ 16  Oleh itu, jika kamu berpengertian, tumpukanlah perhatianDan dengarlah dengan teliti apa yang akan kukatakan. 17  Patutkah seseorang yang tidak adil menjadi penguasa?Atau, patutkah pemerintah yang baik dan adil dipersalahkan? 18  Adakah kamu akan berkata kepada raja, ‘Tuanku tidak berguna,’ Atau kepada para pembesar, ‘Kamu semua berbuat jahat’?+ 19  Tuhan tidak menyebelahi orang kenamaan,Dan Dia tidak mengutamakan orang kaya daripada orang miskin,+Kerana mereka semua ialah ciptaan-Nya.+ 20  Manusia mungkin mati secara tiba-tiba+ pada waktu tengah malam;+Mereka menggeletar ketakutan lalu meninggal;Bahkan orang yang berkuasa akan disingkirkan, tetapi bukan oleh manusia.+ 21  Tuhan memperhatikan perbuatan manusia,+Dia mengawasi setiap langkah mereka. 22  Tiada kekelaman atau kegelapan yang pekat,Yang dapat menyembunyikan orang jahat.+ 23  Tuhan tidak perlu menentukan waktu bagi manusiaUntuk datang menghadap-Nya dan diadili. 24  Dia menggulingkan penguasa tanpa perlu menyiasat terlebih dahulu,Lalu melantik orang lain sebagai pengganti mereka,+ 25  Kerana Dia tahu apa yang dilakukan oleh mereka;+Dia menggulingkan mereka pada malam hari, lalu mereka pun musnah.+ 26  Tuhan menghukum mereka di khalayak ramai,Kerana mereka telah melakukan hal yang jahat,+ 27  Kerana mereka telah berpaling daripada-Nya,+Dan kerana mereka tidak mengikut haluan yang dikehendaki-Nya.+ 28  Mereka juga menyebabkan orang miskin berseru kepada Tuhan,Dan Tuhan mendengar seruan orang yang tidak berdaya itu.+ 29  Jika Tuhan berdiam diri, siapakah yang dapat mengutuk-Nya? Jika Dia menyembunyikan diri, siapakah yang dapat melihat-Nya? Tidak kira Dia menyembunyikan diri daripada satu bangsa atau satu orang, tujuan-Nya sama sahaja: 30  Supaya orang jahat tidak terus memerintah+Atau mencelakakan rakyat. 31  Hai Ayub, adakah kamu akan berkata kepada Tuhan,‘Aku dihukum meskipun aku tidak melakukan kesalahan.+ 32  Beritahulah aku apa yang tidak kuketahui.Jika aku telah berbuat salah, aku tidak akan melakukannya lagi’? 33  Kamu berfikir bahawa kamu diperlakukan dengan tidak adil, dan kamu menolak penghakiman Tuhan. Maka mana mungkin Tuhan akan mengabulkan kehendakmu? Kamulah yang harus membuat keputusan, bukan aku. Beritahulah aku apa yang kamu tahu. 34  Orang bijaksana yang mendengar kata-katakuDan orang yang berpengertian akan berkata kepadaku, 35  ‘Ayub bercakap tanpa pengetahuan,+Dan kata-katanya membuktikan bahawa dia tidak berpengertian.’ 36  Biarlah Ayub diuji* habis-habisan,Kerana dia berbicara seperti orang jahat! 37  Bukan sahaja dia berdosa, malah dia memberontak;+Dia bertepuk tangan untuk mengejek kami,Dan melontarkan kata-kata tuduhan terhadap Tuhan yang benar!”+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Ya Bapaku, biarlah Ayub diuji.”