Ayub 35:1-16

  • Elihu menunjukkan bahawa fikiran Ayub salah (1-16)

    • “Aku lebih adil daripada Tuhan” (2)

    • Tuhan tidak rugi jika orang berdosa (5, 6)

    • Ayub patut menantikan Tuhan (14)

35  Elihu meneruskan kata-katanya,   “Adakah kamu begitu yakin bahawa kamu benarSehingga kamu berkata, ‘Aku lebih adil daripada Tuhan’?+   Kamu juga berkata, ‘Apa gunanya berbuat baik?* Apa kelebihannya jika aku tidak berdosa?’+   Tetapi aku akan memberikan jawapan kepadamu,Dan kepada sahabat-sahabatmu.+   Pandanglah ke langit,Dan perhatikanlah betapa tingginya awan.+   Jika kamu berdosa, adakah hal itu merugikan Tuhan?+ Jika kamu melakukan banyak kesalahan, apakah kesannya terhadap Tuhan?+   Jika kamu berbuat benar, adakah hal itu berfaedah bagi Tuhan?Apakah yang dapat kamu berikan kepada-Nya?+   Kejahatanmu hanya membawa kerugian kepada manusia seperti dirimu sendiri,Dan kebaikanmu hanya mendatangkan keuntungan kepada manusia fana.   Orang meraung semasa ditindas;Mereka merayu agar dibebaskan daripada cengkaman para penguasa.+ 10  Tetapi mereka tidak mencari Tuhan, Pencipta Agung mereka,+Yang menyebabkan lagu pujian kedengaran pada waktu malam.+ 11  Tuhan membuat manusia lebih berpengetahuan+ daripada binatang;+Dia menjadikan manusia lebih bijaksana daripada burung-burung. 12  Orang berseru kepada Tuhan, tetapi Dia tidak menjawab seruan mereka,+Kerana mereka jahat dan sombong.+ 13  Tuhan pasti tidak mendengarkan seruan orang yang tidak ikhlas;+Dia Yang Maha Kuasa tidak akan mengendahkan seruan orang sebegitu. 14  Apatah lagi jika kamu berkata bahawa Tuhan tidak mempedulikanmu!+ Ketahuilah bahawa perkaramu ada di hadapan-Nya, maka tunggulah dengan sabar sehingga Dia bertindak.+ 15  Kamu telah mengucapkan kata-kata yang melulu,Tetapi Tuhan tidak menghakimi kamu atau murka terhadapmu.+ 16  Hai Ayub, sia-sia sahaja kamu terus berbicara,Kamu bercakap banyak tanpa pengetahuan yang tepat.”+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Adakah Tuhan peduli jika aku berbuat baik?”