Ayub 36:1-33

  • Elihu memuji keagungan Tuhan (1-33)

    • Orang yang taat hidup makmur; orang murtad ditolak (11-13)

    • Tiada guru yang sehebat Tuhan (22)

    • Ayub harus memuliakan Tuhan (24)

    • Siapa yang tahu segala-galanya tentang Tuhan? (26)

    • Tuhan dapat mengawal hujan dan kilat (27-33)

36  Elihu berkata lagi,  2  “Bersabarlah sebentar sementara aku berbicara,Kerana masih ada banyak yang ingin kukatakan atas nama Tuhan.  3  Aku akan menyatakan secara terperinci apa yang aku tahu,Dan aku akan menunjukkan bahawa keadilan merupakan milik Penciptaku.+  4  Sesungguhnya apa yang kukatakan benar,Kerana kata-kataku berasal daripada Dia Yang Maha Mengetahui.+  5  Tuhan amat perkasa+ dan maha bijaksana,Tetapi Dia tidak menghina sesiapa pun.  6  Dia akan menegakkan keadilan untuk orang yang menderita,+Tetapi Dia tidak akan membiarkan orang jahat terus hidup.+  7  Dia sentiasa memperhatikan orang yang melakukan apa yang benar;+Dia menabalkan mereka sebagai raja,*+ dan mereka sentiasa disanjung tinggi.  8  Jika mereka dibelenggu,Dan diikat dengan rantai penderitaan,  9  Tuhan akan memberitahu mereka tentang kesalahan mereka,Yang telah dilakukan mereka kerana didorong oleh sikap angkuh. 10  Dia membuka telinga mereka supaya menerima teguran,Dan menasihati mereka agar berhenti melakukan kejahatan.+ 11  Jika mereka mematuhi Tuhan dan mengabdi kepada-Nya,Mereka akan hidup sejahtera setiap hari;Ya, mereka akan hidup makmur sepanjang hayat.+ 12  Namun jika mereka enggan mentaati Tuhan, mereka akan dibunuh dengan pedang,+Dan mereka akan mati tanpa memperoleh pengetahuan yang tepat. 13  Orang jahat marah terhadap Tuhan; Walaupun Tuhan membelenggu mereka, mereka enggan meminta tolong kepada-Nya. 14  Mereka hidup* bersama para pelacur lelaki di kuil,+Dan mereka mati ketika masih muda.+ 15  Tetapi Tuhan menyelamatkan orang yang menderita,Dia mendorong mereka untuk mengikut bimbingan-Nya. 16  Hai Ayub, Tuhan akan melepaskan kamu daripada kesusahan;+Dia akan membawa kamu ke tempat yang luas dan lapang;+Dia akan menggembirakan hatimu dengan makanan yang berlimpah-limpah.+ 17  Kamu akan melihat orang jahat dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.+Ya, keadilan pasti akan ditegakkan dan dilaksanakan. 18  Tetapi berwaspadalah! Jangan biarkan kemarahanmu mendorong kamu untuk berbuat jahat,*+Dan jangan biarkan dirimu disesatkan oleh rasuah, 19  Kerana jika kamu berbuat demikian, seruanmu untuk meminta tolong sia-sia sahaja,Dan usahamu untuk menyelamatkan diri daripada kesusahan tidak akan berhasil.+ 20  Jangan rindukan malam hari,Iaitu waktunya orang kembali ke tempat tidur mereka. 21  Berhati-hatilah agar kamu tidak mengikut haluan yang jahat;Jangan pilih untuk berbuat jahat, sebaliknya pilihlah untuk bertabah semasa menderita.+ 22  Ketahuilah! Tuhan sangat berkuasa dan perkasa.Pernahkah kamu melihat guru yang sehebat Dia? 23  Siapakah yang dapat menentukan* perbuatan Tuhan?+Atau, siapakah yang dapat berkata kepada-Nya, ‘Apa yang Engkau lakukan itu salah’?+ 24  Orang menyanyi untuk memuji perbuatan Tuhan,+Maka kamu juga harus sentiasa memuji-Nya.+ 25  Manusia fana telah melihat perbuatan Tuhan,Tetapi mereka hanya dapat melihat perbuatan-Nya dari kejauhan. 26  Siapakah yang mengetahui segala-galanya tentang keagungan Tuhan?+Siapakah yang dapat memahami keabadian-Nya?+ 27  Dia menyebabkan air naik ke langit,+Lalu terbentuklah kabus dan titisan air 28  Yang akan mencurah dari awan,+Sebagai hujan yang turun ke atas semua manusia. 29  Dapatkah sesiapa memahami bagaimana awan tersebar?Dapatkah sesiapa mengetahui bagaimana guruh mengguntur di langit?*+ 30  Lihatlah bagaimana Tuhan memancarkan kilat+ dari awan,Dan bagaimana Dia memenuhi samudera dengan air. 31  Dengan melakukan semua ini, Dia memelihara umat manusia,*Dan menyediakan makanan yang berlimpah-limpah untuk mereka.+ 32  Tuhan menggenggam kilat dengan tangan-Nya,Lalu menyuruhnya menyambar sasaran.+ 33  Guruh menyatakan kehadiran Tuhan,Dan binatang menyatakan kedatangan-Nya.*

Nota Kaki

Atau mungkin, “Dia menabalkan raja-raja.”
Atau mungkin, “lenyap.”
Harfiah, “untuk bertepuk tangan,” iaitu sebagai tanda mengejek atau memandang rendah terhadap seseorang.
Atau mungkin, “menghakimi; mencela.”
Atau “mengguntur dari tempat kediaman Tuhan?”
Atau mungkin, “Dia memperjuangkan hak manusia.”
Atau mungkin, “menyatakan apa yang akan datang.”