Ayub 37:1-24

  • Kuasa alam menyingkapkan kebesaran Tuhan (1-24)

    • Tuhan dapat menghentikan pekerjaan manusia (7)

    • ‘Fikirkanlah segala perbuatan Tuhan’ (14)

    • Kita tidak dapat memahami segala-galanya tentang Tuhan (23)

    • Jangan anggap diri bijaksana (24)

37  “Oleh itu, hatiku berdebar-debarDan berdegup kencang.  2  Dengarlah dengan teliti deruan suara Tuhan;Dengarlah suara-Nya yang bagaikan guruh.  3  Guruh daripada Tuhan kedengaran di merata tempat,Dan kilat+ daripada-Nya memancar ke hujung bumi.  4  Selepas pancaran kilat, kedengaran dentuman guruh;Itulah suara Tuhan; suara-Nya sangat mengagumkan.+Sementara suara-Nya kedengaran, kilat sabung-menyabung tanpa halangan.  5  Suara Tuhan yang bagaikan guruh+ amat menakjubkan;Perbuatan-Nya yang hebat tidak dapat kita fahami dengan sepenuhnya.+  6  Dia berfirman kepada salji, ‘Jatuhlah ke atas bumi,’+ Dan kepada hujan, ‘Turunlah dengan lebat.’+  7  Dia menghentikan segala pekerjaan manusia fana,Supaya semua orang dapat mengetahui apa yang dilakukan-Nya.  8  Binatang liar masuk ke dalam sarang,Lalu berlindung di dalam sarang itu.  9  Angin ribut bertiup dengan kencang,+Dan angin sejuk datang dari utara.+ 10  Dengan nafas Tuhan, terbentuklah ais,+Dan seluruh permukaan air membeku.+ 11  Dia memenuhi awan dengan wap air,Dan dari awan, Dia memancarkan kilat.+ 12  Awan melayang ke tempat yang diperintahkan Tuhan,Dan melakukan segala yang diarahkan oleh-Nya+ di seluruh muka bumi. 13  Tuhan memerintahkan awan untuk menghukum manusia,+ untuk membasahi tanah,Dan untuk menunjukkan kesetiaan dan kasih-Nya.+ 14  Hai Ayub, dengarlah kata-kataku;Fikirkanlah dengan teliti segala perbuatan Tuhan yang menakjubkan.+ 15  Tahukah kamu bagaimana Tuhan memberikan perintah kepada awan?Tahukah kamu bagaimana Dia menyebabkan kilat terpancar dari awan? 16  Tahukah kamu bagaimana awan terapung-apung di langit?+ Dia Yang Maha Mengetahui melakukan perbuatan yang luar biasa ini.+ 17  Tahukah kamu bagaimana angin selatan yang bertiupMenyebabkan pakaianmu menjadi panas dan membuat bumi menjadi sunyi?+ 18  Dapatkah kamu menolong Tuhan membentangkan langit,+Dan menjadikannya kukuh seperti kepingan logam yang berkilat? 19  Beritahulah kami apa yang harus dikatakan kepada Tuhan.Kami tidak tahu menjawab kerana kami berada dalam kegelapan. 20  Perlukah Tuhan diberitahu bahawa ada sesuatu yang ingin kukatakan kepada-Nya? Atau, adakah sesiapa yang mempunyai sesuatu yang begitu penting sehingga harus diberitahukan kepada-Nya?+ 21  Biarpun cahaya* bersinar terang di langit,Orang masih tidak dapat melihatnya,Sehinggalah awan di langit hilang ditiup angin. 22  Sinar keemasan kelihatan di utara,Dan kemuliaan Tuhan+ mengagumkan manusia. 23  Kita tidak dapat memahami segala-galanya tentang Dia Yang Maha Kuasa.+Dia sangat berkuasa,+Dan apa yang dilakukan-Nya sentiasa adil+ dan benar.+ 24  Maka setiap manusia harus takut dan hormat kepada Tuhan,+ Kerana Dia tidak berkenan kepada sesiapa pun yang menyangka dirinya bijaksana.”+

Nota Kaki

Iaitu, cahaya matahari.