Ayub 38:1-41

  • Manusia sangat kecil di sisi Yehuwa (1-41)

    • ‘Di manakah engkau semasa bumi dicipta?’ (4-6)

    • Semua anak Tuhan bersorak-sorak (7)

    • Soalan-soalan tentang kejadian alam (8-32)

    • “Hukum-hukum di cakerawala” (33)

38  Kemudian dari angin ribut, Yehuwa berfirman kepada Ayub,+  2  “Siapakah ini yang mencuba menimbulkan keraguan terhadap firman-Ku,Dan berkata-kata tanpa pengetahuan?+  3  Bersedialah seperti lelaki yang gagah;Aku akan bertanya kepadamu, dan engkau mesti menjawab.  4  Di manakah engkau semasa Aku meletakkan asas bumi?+ Jika engkau berpengertian, beritahulah Aku.  5  Tahukah engkau siapa yang menentukan keluasan bumi?Siapakah yang merentangkan tali penyukat untuk mengukur bumi?  6  Apakah yang menjadi alas bagi tiang-tiang penyangga bumi?Siapakah yang meletakkan batu penjuru bumi ini?+  7  Pada masa itu, bintang-bintang pagi+ berseru dengan sukacita,Dan semua anak Tuhan*+ bersorak-sorak dengan gembira.  8  Siapakah yang menutup pintu untuk membendung samudera+Ketika air laut memancar dari rahim bumi?  9  Di manakah engkau ketika Aku meliputi laut dengan awan,Dan menyelimutinya dengan kegelapan yang pekat? 10  Di manakah engkau semasa Aku menetapkan sempadan laut,Dan memasang pintu dan palangnya?+ 11  Aku berfirman, ‘Hingga di sini sahaja, dan tidak lebih jauh lagi;Di sinilah ombakmu yang kuat mesti berhenti.’+ 12  Pernahkah engkau mendatangkan pagi?Pernahkah engkau memerintahkan agar fajar merekah dari tempat tertentu?+ 13  Adakah engkau yang menyuruh cahaya untuk pergi ke hujung bumi,Dan menghalau orang jahat dari tempat mereka berada?+ 14  Apabila cahaya memancar, bentuk muka bumi jelas kelihatan seperti cap pada tanah liat,Dan semua yang ada padanya kelihatan seperti corak pada pakaian. 15  Kegelapan yang disukai orang jahat sudah hilang,Dan mereka tidak dapat melakukan keganasan lagi. 16  Pernahkah engkau turun ke sumber air laut?Pernahkah engkau menjelajahi lautan yang dalam?+ 17  Pernahkah sesiapa menunjukkan pintu gerbang maut+ kepadamu?Pernahkah engkau melihat gerbang alam maut yang gelap-gelita?+ 18  Tahukah engkau keluasan bumi ini?+ Jika engkau tahu, beritahulah Aku. 19  Tahukah engkau asalnya cahaya?+ Tahukah engkau di mana sumber kegelapan? 20  Dapatkah engkau menghantarnya pulang ke tempat asalnya?Tahukah engkau jalan ke tempat kediamannya? 21  Adakah engkau sudah dilahirkan sejak purbakala sehingga engkau mengetahui semua ini?Adakah engkau sudah hidup begitu lama sehingga engkau memahami semua ini? 22  Pernahkah engkau mengunjungi gudang-gudang salji,+Atau, pernahkah engkau melawat gudang-gudang hujan batu?+ 23  Aku telah menyediakan semua itu untuk hari kesengsaraan.Aku juga menyediakan semua itu untuk hari pertempuran dan peperangan.+ 24  Tahukah engkau di mana sumber cahaya?*Tahukah engkau tempat asal angin timur yang bertiup ke bumi?+ 25  Siapakah yang membuat saluran bagi banjir?Siapakah yang membuka jalan bagi awan ribut petir?+ 26  Siapakah yang menurunkan hujan di tempat yang tidak didiami orang?Siapakah yang menurunkan hujan di padang belantara yang tidak berpenghuni?+ 27  Siapakah yang membasahi tanah yang tandus dan gersang,Sehingga rumput di situ bertunas?+ 28  Adakah hujan mempunyai bapa?+Siapakah bapa kepada titisan embun?+ 29  Siapakah yang memperanakkan ais?Siapakah yang melahirkan embun beku?+ 30  Siapakah yang membuat permukaan air menjadi keras seperti batu?Siapakah yang menyebabkan permukaan laut menjadi beku?+ 31  Dapatkah engkau mengikat bintang Kimah?*Dapatkah engkau meleraikan ikatan bintang Kesil?*+ 32  Dapatkah engkau membimbing bintang-bintang pada waktunya?Dapatkah engkau memimpin gugusan bintang Ash?* 33  Tahukah engkau hukum-hukum di cakerawala?+Dapatkah engkau melaksanakan hukum-hukum itu* di bumi? 34  Dapatkah engkau berseru kepada awanSupaya menurunkan hujan lebat ke atasmu?+ 35  Dapatkah engkau mengutus kilat? Adakah kilat akan datang kepadamu dan berkata, ‘Kami di sini, tuan!’ 36  Siapakah yang memberikan kebijaksanaan kepada awan?*+Siapakah yang mengurniakan pemahaman kepada segala sesuatu yang ada di langit?*+ 37  Siapakah yang cukup bijaksana untuk mengira awan?Siapakah yang dapat menumpahkan air dari tempayan-tempayan di langit?+ 38  Siapakah yang menyebabkan debu menjadi lumpur?Siapakah yang membuat gumpalan-gumpalan tanah melekat? 39  Dapatkah engkau memburu mangsa untuk singaAtau mengenyangkan anak-anak singa+ 40  Semasa singa berehat di dalam gua,Atau semasa singa menunggu mangsa di dalam sarangnya? 41  Siapakah yang menyediakan makanan bagi burung gagak,+Apabila burung itu merayau-rayau mencari makanan,Dan anak-anaknya berseru kepada-Ku meminta tolong?

Nota Kaki

Ungkapan Ibrani bagi “anak Tuhan” merujuk kepada malaikat Tuhan.
Atau mungkin, “sumber kilat?”
Mungkin merujuk kepada bintang-bintang Pleiades dalam buruj Taurus.
Mungkin merujuk kepada buruj Orion.
Mungkin merujuk kepada buruj Beruang Besar (Ursa Major).
Atau mungkin, “hukum-hukum-Ku.”
Atau mungkin, “kepada manusia?”
Atau mungkin, “Siapakah yang mengurniakan minda yang berpengertian kepada manusia?”