Ayub 39:1-30
39 “Tahukah engkau waktunya kambing gunung melahirkan anaknya?+
Pernahkah engkau melihat rusa melahirkan anaknya?+
2 Tahukah engkau berapa lama kambing dan rusa mengandung?
Tahukah engkau saatnya kambing dan rusa melahirkan anak?
3 Kambing dan rusa membongkokkan tubuh apabila melahirkan anak.Selepas itu, rasa sakit pun berhenti.
4 Anak-anak itu membesar dan menjadi kuat di padang;Anak-anak itu meninggalkan induknya dan tidak kembali lagi.
5 Siapakah yang membebaskan keldai liar?+Siapakah yang melepaskan ikatan keldai liar?
6 Aku telah memberikan gurun sebagai tempat kediamannya,Dan Aku sudah memberikan padang garam sebagai tempat tinggalnya.
7 Keldai liar menjauhi kota yang riuh-rendah,Dan tidak menghiraukan jeritan orang yang ingin mengejarnya.*
8 Keldai liar menjelajahi bukit-bukit untuk mencari padang rumput;Keldai itu merayau-rayau mencari tumbuhan hijau untuk dimakan.
9 Mahukah lembu liar bekerja untukmu?+
Mahukah lembu liar bermalam di kandang ternakanmu?
10 Dapatkah engkau mengikat lembu liar dan membawanya ke ladang?Dapatkah engkau menyuruhnya membajak tanah di lembah?
11 Adakah engkau akan bergantung pada kekuatannya yang besar?Adakah engkau akan menyuruhnya membuat kerja yang berat untukmu?
12 Adakah engkau mengharapkannya untuk mengumpulkan hasil tuaianmu?Adakah lembu liar akan membawa hasil tuaian itu ke tempat mengirik* tuaian?
13 Burung unta mengepak-ngepakkan sayapnya dengan riang.Namun adakah hujung sayap dan bulunya setanding dengan hujung sayap dan bulu burung bangau?+
14 Burung unta meninggalkan telurnya di atas tanah,Dan membiarkan debu memanaskan telur itu.
15 Burung itu tidak sedar bahawa mungkin orang akan memecahkan telurnya,Atau mungkin binatang liar akan memijak-mijak telurnya.
16 Burung itu tidak mempedulikan anaknya dan memperlakukan anaknya seolah-olah itu bukan anaknya sendiri;+Burung itu tidak peduli jika usahanya sia-sia sahaja.
17 Aku tidak memberikan hikmat kepada burung unta,Dan Aku tidak mengurniainya pemahaman.
18 Tetapi apabila burung unta berlari sambil mengepak-ngepakkan sayapnya,Burung unta mengalahkan kuda dan penunggangnya.
19 Engkaukah yang memberikan kekuatan kepada kuda?+
Engkaukah yang mengurniakan surai yang indah pada tengkuknya?
20 Dapatkah engkau membuatnya melompat seperti belalang juta?
Sesungguhnya, dengus kuda sangat menakutkan.+
21 Dengan kuat, kuda menghentak tanah di lembah,+Dan berlari menuju ke medan peperangan.+
22 Kuda tidak mengenal erti takut,+
Dan tidak berundur walaupun diancam dengan pedang.
23 Semasa kuda berlari, tempat menyimpan anak panah bergoyang,Dan apabila disinari cahaya, tombak dan lembing berkilauan.
24 Dengan semangat yang menyala-nyala, kuda itu mara ke depan;Kuda itu tidak akan tetap berdiam diri* apabila mendengar tiupan trompet.
25 Apabila trompet ditiup, kuda itu meringkik dengan kuat!
Dari jauh, kuda itu sudah mencium bau peperangan,Dan mendengar laungan perang dan pekikan para panglima.+
26 Adakah kebijaksanaanmu yang membuat burung falkon terbang tinggi,Dan membentangkan sayapnya semasa terbang ke arah selatan?
27 Engkaukah yang memerintahkan burung helang terbang melayang?+Engkaukah yang menyuruhnya membuat sarang di tempat yang tinggi?+
28 Burung helang tinggal di gunung batu yang tinggi,Dan membuat sarang di tebing-tebing batu.
29 Dari situ burung helang mengawasi segala arah,Dan matanya memerhatikan mangsa dari kejauhan.+
30 Anak-anaknya meminum darah mangsa;Di mana ada bangkai, di situlah terdapat burung helang.”+