Ayub 4:1-21

  • Elifas bercakap buat kali pertama (1-21)

    • Meragui kesetiaan Ayub (7, 8)

    • Menceritakan suatu penglihatan (12-17)

    • ‘Tuhan tidak mempercayai hamba-Nya’ (18)

4  Elifas+ orang Teman itu berkata,   “Adakah kamu akan marah jika aku bercakap? Aku tidak tahan berdiam diri lagi.   Memang benar kamu telah menasihati banyak orang,Dan kamu telah menguatkan orang yang tidak bermaya.   Kata-katamu telah menggalakkan orang yang tersandung,Dan kamu telah meneguhkan orang yang lemah.   Tetapi sekarang, kamu pula yang ditimpa kesusahan, dan kesusahan itu melemaskan kamu.Kamu dilanda bencana, dan kamu berasa resah.   Bukankah kamu menghormati Tuhan dan setia kepada-Nya?+ Jadi mengapakah kamu hilang keyakinan dan putus harapan?   Fikirkanlah: Pernahkah orang yang tidak bersalah dibinasakan? Pernahkah orang yang tulus hati dimusnahkan?   Aku telah melihat orang yang membajak ladang kejahatanDan orang yang menabur benih kekejian menuai akibatnya.   Dengan hembusan nafas Tuhan, mereka binasa,Dan dengan hembusan kemurkaan-Nya, mereka lenyap. 10  Singa mengaum, dan anak singa menggeram,Tetapi bahkan gigi singa yang kuat pun akan patah. 11  Singa mati kerana tiada mangsa,Dan anak-anak singa tercerai-berai. 12  Suatu perkhabaran telah disampaikan kepadaku secara rahsia,Dan hal itu dibisikkan di telingaku. 13  Semasa orang tidur nyenyak pada waktu malam,Aku mendapat penglihatan yang mengganggu fikiranku. 14  Aku dicengkam ketakutan,Sehingga seluruh tubuhku menggigil. 15  Sesuatu* melintas di hadapanku,Dan bulu romaku mula meremang. 16  Suatu bayang-bayang muncul di hadapanku;Lembaga itu berdiri di depanku, Tetapi aku tidak mengenalnya.Suasananya sangat sunyi, lalu aku mendengar suara yang berkata, 17  ‘Dapatkah manusia menjadi lebih adil daripada Tuhan? Dapatkah manusia menjadi lebih suci daripada Penciptanya?’ 18  Lihatlah! Tuhan tidak mempercayai hamba-hamba-Nya,Dan Dia bahkan mencari kesalahan para malaikat-Nya, 19  Apatah lagi dengan manusia berdosa yang bagaikan rumah tanah liat,Yang dibina di atas debu,+Dan yang mudah dihancurkan seperti rama-rama. 20  Manusia hidup pada waktu pagi dan diremukkan pada waktu petang;Mereka lenyap buat selama-lamanya tanpa disedari sesiapa pun. 21  Manusia bagaikan khemah yang jatuh setelah talinya dicabut. Mereka mati tanpa beroleh kebijaksanaan.

Nota Kaki

Atau “Suatu makhluk roh.”