Ayub 40:1-24

  • Yehuwa terus bertanya (1-24)

    • Ayub tidak dapat menjawab (3-5)

    • ‘Adakah engkau mempersoalkan keadilan-Ku?’ (8)

    • Tuhan menerangkan kekuatan Behemot (15-24)

40  Yehuwa berfirman lagi kepada Ayub,  2  “Patutkah manusia menentang dan menyalahkan Tuhan Yang Maha Kuasa?+ Biarlah orang yang ingin membantah Tuhan memberikan jawapan.”+  3  Maka Ayub berkata kepada Yehuwa,  4  “Siapakah aku ini?+ Apakah yang dapat aku katakan kepada-Mu? Dengan tanganku, aku menutup mulutku.+  5  Sudah berkali-kali aku bercakap,Tetapi aku tidak akan menjawab atau berkata-kata lagi.”  6  Kemudian dari angin ribut, Yehuwa berfirman lagi kepada Ayub,+  7  “Bersedialah seperti lelaki yang gagah;Aku akan bertanya kepadamu, dan engkau mesti menjawab.+  8  Adakah engkau hendak mempersoalkan keadilan-Ku? Adakah engkau mahu menyalahkan Aku supaya engkau terbukti benar?+  9  Adakah kuasamu sebesar kuasa Tuhan yang benar?+Dapatkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?+ 10  Tunjukkanlah kemuliaan dan kekuasaanmu;Perlihatkanlah keagungan dan keunggulanmu. 11  Curahkanlah kemarahanmu yang menyala-nyala;Perhatikanlah semua orang yang sombong, dan rendahkanlah mereka. 12  Ya, lihatlah semua orang yang angkuh dan tundukkanlah mereka;Remukkanlah orang jahat sekarang juga! 13  Kuburkanlah mereka di dalam debu,Kurunglah mereka di tempat yang gelap. 14  Maka Aku sendiri akan mengakui bahawa*Engkau dapat menyelamatkan dirimu dengan kekuatanmu sendiri. 15  Sekarang perhatikanlah Behemot,* yang makan rumput seperti lembu. Seperti engkau, Behemot juga merupakan ciptaan-Ku. 16  Lihatlah kekuatan pada kakinya,Dan tenaga pada otot perutnya! 17  Ekornya keras seperti kayu sedar,Dan urat-urat ototnya berjalinan. 18  Tulangnya seperti tiub tembaga,Dan kakinya seperti batang besi. 19  Behemotlah yang paling menonjol antara ciptaan-Ku.Hanya Aku, Penciptanya, yang dapat menangkap atau membunuhnya. 20  Gunung-gunung menghasilkan makanan baginya.Di sanalah semua binatang liar bermain-main. 21  Behemot berbaring di bawah belukar berduri,Dan bersembunyi di antara rumput-rumput tinggi di paya. 22  Belukar berduri menaunginya,Dan pokok poplar di lembah* mengelilinginya. 23  Meskipun arus sungai sangat deras, Behemot tidak takut. Biarpun arus Sungai Yordan+ melanda mukanya, Behemot tetap tenang. 24  Dapatkah sesiapa datang kepadanya dan menangkapnya?Dapatkah sesiapa menusuk hidungnya dengan cangkuk?

Nota Kaki

Atau “akan memujimu kerana.”
Mungkin merujuk kepada badak air.
Atau “wadi.”