Ayub 41:1-34
-
Tuhan menyatakan kehebatan Lewiatan (1-34)
41 “Dapatkah engkau menangkap Lewiatan*+ dengan mata kail?Dapatkah engkau mengikat lidahnya dengan tali?
2 Dapatkah engkau memasang tali pada muncungnya?Dapatkah engkau menusukkan kail pada rahangnya?
3 Mungkinkah Lewiatan akan bercakap lemah lembut kepadamu,Dan memohon belas kasihan daripadamu?
4 Mungkinkah Lewiatan membuat perjanjian denganmu,Dan bersetuju menjadi hambamu untuk seumur hidup?
5 Adakah engkau akan bermain dengannya seperti dengan burung,Atau mengikat dan menjadikannya seperti bahan hiburan bagi anak-anak perempuanmu?
6 Mungkinkah para nelayan memperdagangkan Lewiatan?
Mungkinkah para saudagar membahagi-bahagikannya antara mereka?
7 Dapatkah engkau menusuk kulitnya dengan lembing?+Dapatkah engkau menikam kepalanya dengan tombak?
8 Sentuhlah Lewiatan; engkau pasti tidak akan melupakan perlawanan itu,Dan engkau pasti tidak akan mencuba lagi!
9 Sia-sia sahaja engkau mencuba menangkapnya.
Semua orang yang melihatnya pasti dicengkam ketakutan.
10 Tiada seorang pun yang berani mengusiknya!
Jika demikian, siapakah yang berani menentang Aku?+
11 Siapakah yang pernah memberi Aku sesuatu terlebih dahulu, sehingga Aku mesti membalasnya?+
Sesungguhnya, segala sesuatu yang ada di bawah langit merupakan milik-Ku.+
12 Aku akan terus memberitahu engkau tentang kekuatan Lewiatan,Tentang kakinya, dan tentang badannya yang dicipta dalam cara yang menakjubkan.
13 Siapakah yang dapat mengoyakkan baju zirahnya?
Siapakah yang dapat menghampiri muncungnya?
14 Siapakah yang dapat membuka mulutnya,
Yang mempunyai gigi yang menakutkan?
15 Sisik pada belakangnya seperti perisai yang tersusun,Yang terlekat dengan rapat dan rapi.*
16 Sisiknya tindih-menindih dan terikat erat,Sehingga angin pun tidak dapat masuk di antaranya.
17 Semuanya terlekat dan tercantum rapat,Sehingga tidak dapat dipisahkan.
18 Cahaya berkilau semasa Lewiatan bersin,Dan matanya bersinar seperti matahari yang terbit.
19 Kilat terpancar daripada mulutnya,Dan bunga api berterbangan.
20 Asap berkepul-kepul keluar daripada hidungnya,Seperti rumput yang dibakar di dalam relau.
21 Nafasnya menyalakan bara,Dan nyala api keluar daripada mulutnya.
22 Lehernya sangat kuat,Dan semua orang yang melihatnya dicengkam ketakutan.
23 Kulit pada bahagian perutnya sangat keras,Seperti kepingan besi yang sangat kukuh.
24 Hatinya seteguh batu.Ya, hatinya sangat keras seperti batu kisaran.
25 Apabila Lewiatan bangun, orang yang perkasa pun gementar;Libasan ekornya membuat orang cemas dan takut.
26 Tiada pedang atau tombak yang dapat mengalahkannya;Tiada panah atau lembing+ yang dapat menewaskannya.
27 Besi dianggapnya seperti jerami,Dan tembaga seperti kayu reput.
28 Tiada anak panah yang dapat membuatnya lari;Batu yang dilemparkan kepadanya hanyalah seperti serpihan jerami.
29 Belantan dianggapnya seperti rumput kering,Dan Lewiatan tertawa apabila mendengar desingan lembing.
30 Perutnya seperti tembikar yang kasar dan tajam;Apabila Lewiatan bergerak di lumpur, jejaknya jelas kelihatan.+
31 Air yang dalam dikacaunya sehingga menjadi seperti air mendidih;Laut dikocaknya sehingga menjadi seperti minyak yang berbuih-buih di dalam periuk.
32 Semasa Lewiatan berenang, air laut di belakangnya berbuih;
Buih-buih putih itu kelihatan seperti kepala yang beruban.
33 Lewiatan tidak kenal erti takut;Di atas bumi, tiada makhluk yang dapat menandinginya.
34 Lewiatan memandang hina terhadap binatang yang sombong;
Sesungguhnya, Lewiatanlah raja antara semua binatang buas.”