Ayub 6:1-30
6 Kemudian Ayub menjawab,
2 “Seandainya keperitanku+ dapat ditimbang,Dan seandainya kesusahanku dapat disukat,
3 Pastilah semua itu lebih berat daripada pasir samudera!
Itulah sebabnya aku mengucapkan kata-kata yang melulu.+
4 Anak-anak panah Tuhan Yang Maha Kuasa telah menembusi tubuhku,Dan racun panah itu meresap ke seluruh badanku.+Tuhan sedang menentang aku, dan aku dicengkam ketakutan.
5 Adakah keldai liar+ meringkik semasa meragut rumput?Adakah lembu melenguh semasa mengunyah rumput?
6 Adakah makanan yang tawar dimakan tanpa dibubuhi garam terlebih dahulu?Adakah putih telur yang mentah mempunyai rasa?
7 Aku tidak mahu menyentuh semua itu,
Kerana semua itu* bagaikan makanan yang memualkan.
8 Alangkah baiknya jika Tuhan mengabulkan permohonanku!Alangkah baiknya jika Dia memenuhi keinginanku!
9 Kalaulah Tuhan meremukkan aku,Kalaulah Dia menghulurkan tangan-Nya dan membunuh aku,+
10 Sudah tentu aku akan tenteram;Aku akan melompat kegirangan meskipun aku merintih kesakitan,Kerana aku tidak pernah menentang firman Tuhan Yang Maha Suci.+
11 Adakah aku berupaya untuk terus menunggu?+
Apakah yang sedang menantiku sehingga aku harus terus menempuh kehidupan?
12 Adakah badanku sekuat batu?
Adakah tubuhku ini tembaga?
13 Aku tidak berupaya menyelamatkan diriku;Segala bantuan yang aku harapkan kini sudah diambil daripadaku.
14 Jika seseorang tidak mengasihi saudaranya dengan setia,+Dapatkah dia berkata bahawa dia takut akan Tuhan Yang Maha Kuasa?+
15 Sahabat-sahabatku tidak dapat dipercayai;+Mereka bagaikan air sungai musim sejuk yang sudah membeku.
16 Ais menjadi cair dan air menjadi keruh;Di bawahnya, salji tersembunyi.
17 Namun pada musim panas, air sungai itu lenyap;Ketika bahang mentari menyengat, air sungai menjadi kering.
18 Air sungai mengubah alirannya,Dan mengalir ke padang gurun lalu hilang.
19 Pengembara dari Tema+ mengharapkannya,Dan perantau dari Syeba+ mencarinya.
20 Namun ketika tiba di sana, mereka diselubungi kehampaan;Kerana terlalu mengharapkannya, mereka sangat kecewa.
21 Demikianlah kalian dalam pandanganku.+Ketika melihat betapa dahsyatnya bencana yang menimpaku, kalian menjadi takut.+
22 Adakah aku meminta sesuatu daripada kamu?
Pernahkah aku menyuruh kamu memberikan hadiah kepada orang lain demi kepentinganku?
23 Pernahkah aku minta dibebaskan daripada tangan musuh,Atau diselamatkan daripada tangan para penindas?
24 Ajarlah aku dan tunjukkanlah kesilapanku,Lalu aku akan berdiam diri.+
25 Kata-kata yang tulus sungguh menyenangkan!+
Namun dapatkah aku meraih apa-apa manfaat daripada kata-kata kalian?+
26 Kata-kata orang yang patah semangat+ bagaikan tiupan bayu.Maka mengapakah kamu mencuba mencaci kata-kataku?
27 Kamu sanggup membuang undi untuk menentukan nasib anak yatim,+Dan kamu sanggup menjual sahabat kamu untuk mendapatkan sesuatu.+
28 Berpalinglah dan pandanglah wajahku,Kerana aku tidak akan berdusta terhadap kamu.
29 Pertimbangkanlah semua itu dan janganlah salah faham terhadapku.Ya, berfikirlah semula, kerana aku tidak bersalah.
30 Adakah aku mengucapkan sesuatu yang tidak benar?
Tidakkah aku memahami sebab penderitaanku?
Nota Kaki
^ Mungkin merujuk kepada penderitaan Ayub atau kata-kata para sahabatnya.