Ayub 7:1-21

  • Ayub menjawab lagi (1-21)

    • Hidup manusia seperti kerja paksa (1, 2)

    • “Mengapakah Engkau menjadikan aku sasaran-Mu?” (20)

7  “Bukankah hidup manusia di bumi seperti kerja paksa?Bukankah hidup manusia seperti hidup seorang buruh?+  2  Manusia seperti seorang hamba yang mendambakan tempat teduh,Dan seperti seorang buruh yang menanti-nantikan upahnya.+  3  Berbulan-bulan aku terpaksa hidup dalam kehampaan,Dan saban malam aku dirundung derita.+  4  Semasa aku berbaring, aku tertanya bila aku akan bangun.+ Malam terasa begitu panjang, dan aku membolak-balikkan badan sehingga fajar menyingsing.  5  Tubuhku penuh dengan cacing dan gumpalan debu;+Kulitku penuh dengan keruping dan nanah.+  6  Hidupku berlalu dengan cepat sekali,+Dan berakhir begitu sahaja tanpa harapan.+  7  Ya Tuhan, ingatlah bahawa hidupku bagaikan hembusan bayu,+Dan mataku tidak akan menatap kebahagiaan lagi.  8  Mata yang sedang memandangku tidak akan melihatku lagi;Engkau akan mencari aku, namun aku sudah tiada lagi.+  9  Seperti awan yang melayang hilang,Orang yang turun ke Kuburan* tidak akan kembali lagi.+ 10  Dia tidak akan kembali ke rumahnya,Dan dia tidak akan dikenang lagi di kawasan tempat tinggalnya.+ 11  Oleh itu, aku tidak akan menutup mulutku; Aku akan meluahkan keperitan jiwaku,Dan menyatakan kepahitan hidupku.+ 12  Adakah aku ini laut atau raksasa di dalam lautSehingga aku perlu sentiasa diawasi? 13  Ketika aku berkata, ‘Tempat berbaringku akan melegakan aku;Katilku akan meringankan penderitaanku,’ 14  Engkau menakutkan aku dengan mimpi,Dan mengerikan aku dengan penglihatan. 15  Itulah sebabnya aku lebih rela mati kerana sesak nafas.Ya, aku lebih rela mati daripada hidup di dalam tubuh ini.+ 16  Aku membenci hidupku;+ aku tidak mahu hidup lagi. Biarkan aku bersendirian, kerana hidupku ini sesingkat hembusan nafas.+ 17  Mengapakah Engkau memperhatikan manusia fana,Dan memberikan tumpuan kepada mereka?+ 18  Mengapakah Engkau memeriksa mereka setiap hari,Dan menguji mereka setiap saat?+ 19  Bolehkah Engkau berpaling daripadaku,Dan membiarkan aku berseorangan agar aku sempat menelan air liurku?+ 20  Hai Sang Pemerhati manusia,+ meskipun aku telah berdosa, dapatkah aku mencederakan Engkau? Mengapakah Engkau menjadikan aku sasaran-Mu? Adakah aku ini beban yang berat bagi-Mu? 21  Mengapakah Engkau tidak mengampunkan dosaku,Dan memaafkan kesalahanku? Tidak lama lagi, aku akan kembali menjadi debu.+Engkau akan mencari aku, namun aku sudah tiada lagi.”

Nota Kaki

Lihat Kamus.