Ayub 8:1-22

  • Bildad bercakap buat kali pertama (1-22)

    • Berkata bahawa anak-anak Ayub berdosa (4)

    • ‘Jika kamu tulus hati, Tuhan akan melindungimu’ (6)

    • Berkata bahawa Ayub lupa akan Tuhan (13)

8  Kemudian, Bildad+ orang Suah+ itu berkata,   “Berapa lama lagi kamu akan terus bercakap begitu?+ Kata-katamu itu hanyalah cakap angin belaka!   Adakah Tuhan akan memutarbalikkan keadilan?Adakah Tuhan Yang Maha Kuasa akan memesongkan apa yang benar?   Mungkin anak-anakmu telah memberontak dan berdosa terhadap-Nya.Itulah sebabnya Dia menghukum mereka.   Namun, jika kamu mencari Tuhan+ Yang Maha KuasaUntuk memohon belas kasihan daripada-Nya,   Dan jika kamu benar-benar tulus hati dan jujur,+Dia pasti akan memperhatikan kamu.Dia akan memulihkan keadaanmu.   Meskipun sekarang kamu dipandang hina,Kamu pasti hidup makmur pada masa depan.+   Belajarlah daripada generasi sebelumnya,Dan perhatikanlah semua perkara yang diselidiki oleh nenek moyang kita,+   Kerana kita baru dilahirkan kelmarin; kita tidak tahu apa-apa,Dan hidup kita di bumi bagaikan bayang-bayang. 10  Mereka pasti akan mengajarmu,Dan memberitahumu segala perkara yang diketahui mereka. 11  Dapatkah papirus* meninggi jika tidak ditanam di kawasan paya? Dapatkah mensiang membesar jika tiada air? 12  Walaupun tanaman itu sedang berbunga dan belum lagi dipotong,Tanaman itu akan menjadi layu, lebih cepat daripada tumbuhan lain. 13  Demikianlah kesudahan orang yang lupa akan Tuhan.Harapan orang yang jahat* akan lenyap. 14  Mereka berharap kepada perkara yang sia-sia;Harapan mereka bagaikan sarang labah-labah yang mudah dihancurkan. 15  Mereka akan bersandar pada rumah mereka, tetapi rumah itu akan roboh;Mereka akan berpegang padanya, tetapi rumah itu tidak akan bertahan. 16  Mereka bagaikan tanaman berair di bawah sinaran mentari,Yang tunasnya tersebar ke serata taman,+ 17  Dan yang akarnya melilit batuUntuk bertapak di antara batu-batu itu. 18  Tetapi setelah tanaman itu dicabut dari tempatnya,Tempat tumbuhnya akan berkata, ‘Aku tidak mengenal kamu!’+ 19  Ya, demikianlah tanaman itu akan lenyap,+Lalu tanaman lain akan muncul dan menggantikan tempatnya. 20  Tuhan pasti menerima orang yang setia;Tetapi Dia tidak akan menolong orang yang jahat. 21  Dia akan membuatmu tertawa,Dan memenuhi bibirmu dengan sorakan sukacita. 22  Namun orang yang membencimu akan dimalukan,Dan khemah orang yang jahat akan dimusnahkan.”

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “murtad.”