Bilangan 17:1-13

  • Tongkat Harun bertunas; menjadi tanda peringatan (1-13)

17  Yehuwa berfirman kepada Musa,  “Suruhlah umat Israel untuk memberi engkau 12 batang tongkat. Tongkat-tongkat itu harus diserahkan oleh setiap ketua suku Israel.+ Tuliskanlah nama setiap ketua suku pada tongkat mereka masing-masing.  Nama Harun harus ditulis pada tongkat orang Lewi. Setiap ketua suku harus mempunyai sebatang tongkat.  Letakkanlah tongkat-tongkat itu di depan tabut perjanjian,+ di dalam khemah pertemuan, iaitu di tempat Aku selalu menampakkan diri kepadamu.+  Tongkat orang yang Aku pilih+ akan bertunas. Dengan cara itu, Aku akan menghentikan sungutan orang Israel terhadap-Ku+ dan juga terhadapmu.”+  Maka Musa menyampaikan perkara itu kepada umat Israel. Kemudian setiap ketua suku memberikan tongkat masing-masing kepada Musa. Kesemuanya 12 batang tongkat, iaitu sebatang daripada setiap ketua suku. Tongkat Harun juga diberikan bersama tongkat-tongkat itu.  Selepas itu, Musa meletakkan tongkat-tongkat tersebut di dalam khemah pertemuan,* di hadapan Yehuwa.  Pada keesokan harinya, Musa masuk ke dalam khemah pertemuan. Dia melihat bahawa tongkat Harun, iaitu tongkat yang mewakili orang Lewi, sudah bertunas. Tongkat itu sudah mengeluarkan kuncup dan bunga, serta menghasilkan beberapa biji buah badam yang matang.  Musa membawa semua tongkat itu dari hadapan Yehuwa, lalu menunjukkannya kepada segenap umat Israel. Mereka nampak apa yang sudah terjadi kepada tongkat-tongkat itu. Kemudian setiap ketua suku mengambil tongkat masing-masing. 10  Yehuwa berfirman kepada Musa, “Letakkanlah semula tongkat Harun+ di depan tabut perjanjian. Tongkat itu harus disimpan sebagai suatu tanda peringatan+ bagi orang Israel yang suka memberontak.+ Dengan demikian, mereka akan berhenti bersungut-sungut terhadap-Ku. Jika tidak, mereka akan mati.” 11  Dengan segera, Musa melakukan apa yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. Dia melakukan semuanya seperti yang diperintahkan. 12  Orang Israel berkata kepada Musa, “Sekarang kami tentu akan mati! Kami tentu akan binasa! Ya, kami semua tentu akan binasa! 13  Sesiapa sahaja yang mendekati khemah suci Yehuwa pasti akan mati!+ Adakah kami semua akan mati?”+

Nota Kaki

Atau “khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.”