Bilangan 18:1-32

  • Tugas para imam dan orang Lewi (1-7)

  • Bahagian yang dikhaskan untuk para imam (8-19)

    • Perjanjian kekal antara Tuhan dengan para imam (19)

  • Orang Lewi menerima persepuluhan dan harus memberikan sepersepuluh daripadanya (20-32)

18  Yehuwa berfirman kepada Harun, “Engkau dan anak-anak lelakimu serta semua keturunanmu harus menanggung akibat kesalahan yang berlaku, yang berkaitan dengan khidmat di khemah suci.+ Engkau dan anak-anak lelakimu juga harus menanggung akibat kesalahan yang berlaku, yang berkaitan dengan tugas imam.+  Panggillah saudara-saudaramu,* iaitu orang Lewi, untuk membantu engkau+ dan anak-anak lelakimu. Suruhlah mereka berkhidmat bersama engkau dan anak-anak lelakimu di khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.+  Mereka harus melakukan kewajipan mereka terhadap kamu. Mereka juga harus melakukan segala pekerjaan yang berkaitan dengan khemah suci.+ Tetapi mereka tidak boleh menghampiri peralatan di mazbah dan di dalam khemah suci supaya kamu dan mereka tidak mati.+  Mereka akan membantu kamu melakukan segala tugas yang berkaitan dengan khemah pertemuan. Tetapi orang biasa tidak boleh mendekati kamu.+  Kamu harus menjalankan tugas yang berkaitan dengan khemah suci+ dan mazbah,+ agar kemurkaan-Ku+ terhadap orang Israel reda.  Aku telah memilih saudara-saudaramu, iaitu orang Lewi, daripada kalangan umat Israel yang lain. Aku sudah mengekhaskan mereka untuk membantu kamu.+ Mereka merupakan milik Aku, Yehuwa, dan mereka harus berkhidmat di khemah pertemuan.+  Engkau dan anak-anak lelakimu harus berkhidmat sebagai imam dan melakukan tugas yang berkaitan dengan mazbah dan benda-benda yang ada di belakang tirai.*+ Ya, kamu harus menjalankan semua tugas ini.+ Aku telah mengurniakan tugas imam kepada kamu sebagai suatu pemberian yang istimewa. Tetapi orang biasa yang menghampiri khemah suci harus dihukum mati.”+  Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Aku sendiri telah melantik engkau untuk menguruskan sumbangan yang diberikan kepada-Ku.+ Sebahagian daripada semua sumbangan suci itu, yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelakimu.+ Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu.  Sebahagian daripada persembahan-persembahan yang dibakar, yang paling suci, akan menjadi milik kamu. Ya, sebahagian daripada semua korban yang dipersembahkan kepada-Ku, termasuk korban bijirin,+ korban dosa,+ dan korban ganti rugi,+ akan menjadi milik kamu. Engkau dan anak-anak lelakimu harus menganggap semua itu sebagai sesuatu yang sangat suci. 10  Semua lelaki dalam keluarga kamu harus memakannya di tempat yang suci,+ kerana semua itu merupakan sesuatu yang sangat suci.+ 11  Selain itu, sebahagian daripada segala persembahan lain+ dan sebahagian daripada korban yang diayunkan ke depan dan belakang,+ yang diberikan oleh orang Israel, akan menjadi milik kamu. Aku telah memberikan semua itu kepada engkau, dan kepada anak-anak lelaki dan perempuanmu.+ Semua anggota keluargamu yang tidak najis boleh memakannya.+ Bahagian itu akan sentiasa dikhaskan untuk kamu. 12  “Aku, Yehuwa, memberi kamu segala hasil pertama+ yang terbaik, yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada-Ku. Ya, segala minyak, bijirin, dan wain yang terbaik, akan Kuberikan kepada kamu.+ 13  Semua hasil pertama tanaman umat Israel yang dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, akan menjadi milik kamu.+ Semua anggota keluargamu yang tidak najis boleh memakannya. 14  “Segala sesuatu di Israel yang telah dikhaskan sebagai sesuatu yang suci* akan menjadi milik kamu.+ 15  “Setiap anak sulung binatang+ yang dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, akan menjadi milik kamu, begitu juga dengan setiap anak sulung manusia+ yang dikhaskan untuk Aku. Tetapi setiap anak sulung manusia dan anak sulung binatang yang dianggap haram* harus ditebus.+ 16  Engkau harus menebus setiap anak sulung manusia yang berumur satu bulan dan ke atas. Setiap anak sulung itu harus ditebus dengan lima syekel* perak,+ menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. Satu syekel sama dengan 20 gera.* 17  Tetapi anak jantan sulung lembu, bebiri, dan kambing, tidak boleh ditebus+ kerana binatang-binatang itu suci bagi Aku, Yehuwa. Percikkanlah darah binatang-binatang itu pada mazbah,+ dan bakarlah lemaknya sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku.+ 18  Daging binatang itu akan menjadi milik kamu, sama seperti dada dan kaki kanan binatang yang dipersembahkan sebagai korban yang diayunkan ke depan dan belakang.+ 19  Sebahagian daripada semua sumbangan suci yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, Yehuwa,+ akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelaki dan perempuanmu. Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu.+ Hal ini merupakan suatu perjanjian yang kekal* antara Aku, Yehuwa, dengan engkau dan keturunanmu.” 20  Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Engkau tidak akan mendapat sebarang tanah sebagai warisan. Tidak ada bahagian tanah di Israel yang akan menjadi milikmu.+ Akulah yang akan menjaga segala keperluanmu.*+ 21  “Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada orang Lewi.+ Itulah ganjaran mereka bagi segala pekerjaan yang dilakukan oleh mereka berkaitan dengan khidmat di khemah pertemuan. 22  Orang Israel lain tidak boleh lagi menghampiri khemah pertemuan. Mereka berdosa jika mereka menghampirinya, dan mereka harus dihukum mati. 23  Hanya orang Lewi yang boleh menjalankan tugas yang berkaitan dengan khemah pertemuan. Merekalah yang harus menanggung akibat kesalahan yang dilakukan oleh orang Israel+ berkaitan dengan khemah pertemuan. Dari generasi ke generasi, orang Lewi tidak boleh memiliki sebarang tanah di Israel sebagai warisan.+ 24  Hal ini demikian kerana Aku telah memberi mereka semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, Yehuwa. Ya, Aku telah berfirman, ‘Orang Lewi tidak akan mendapat sebarang tanah di Israel sebagai warisan.’”+ 25  Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 26  “Beritahulah orang Lewi, ‘Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada kamu.+ Maka, apabila kamu menerima persepuluhan itu, kamu harus mempersembahkan sepersepuluh daripadanya sebagai sumbangan kepada Aku, Yehuwa.+ 27  Sumbangan itu akan dianggap sebagai persembahan kamu, seolah-olah persembahan itu diambil daripada bijirin,+ minyak, dan wain kamu. 28  Dengan demikian, kamu juga dapat memberikan sumbangan kepada Aku, Yehuwa. Semasa kamu menerima persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel, kamu harus memberikan sepersepuluh daripadanya kepada Imam Harun. Sumbangan sepersepuluh ini merupakan milik Aku, Yehuwa. 29  Bahagian yang paling baik+ daripada segala sumbangan suci yang kamu terima harus kamu persembahkan kepada Aku, Yehuwa.’ 30  “Beritahulah orang Lewi, ‘Semasa kamu mempersembahkan bahagian yang paling baik itu, sumbangan itu akan dianggap sebagai persembahan kamu, seolah-olah persembahan itu diambil daripada bijirin, minyak, dan wain kamu. Kamu boleh menyimpan bahagian yang selebihnya. 31  Kamu dan keluarga kamu boleh memakannya di mana-mana sahaja, kerana itulah ganjaran kamu bagi segala pekerjaan yang kamu lakukan berkaitan dengan khidmat di khemah pertemuan.+ 32  Kamu tidak berdosa jika kamu mempersembahkan bahagian yang paling baik kepada Aku. Kamu tidak boleh menajiskan sumbangan suci yang diberikan oleh umat Israel. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dihukum mati.’”+

Nota Kaki

Atau “saudara-saudaramu daripada suku bapa kamu.”
Iaitu, tirai yang ada di depan Bilik Maha Suci.
Iaitu, segala sesuatu yang ditahbiskan untuk Tuhan tanpa syarat dan yang tidak boleh ditebus semula.
Iaitu, binatang yang tidak boleh dipersembahkan sebagai korban kepada Tuhan.
Harfiah, “merupakan perjanjian garam.”
Atau “Akulah warisanmu.”