Bilangan 2:1-34

  • Suku-suku berkhemah mengikut kelompok perkhemahan (1-34)

    • Kelompok perkhemahan Yehuda: Sebelah timur (3-9)

    • Kelompok perkhemahan Ruben: Sebelah selatan (10-16)

    • Orang Lewi: Di tengah-tengah (17)

    • Kelompok perkhemahan Efraim: Sebelah barat (18-24)

    • Kelompok perkhemahan Dan: Sebelah utara (25-31)

    • Jumlah orang lelaki yang didaftarkan (32-34)

2  Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun,  “Orang Israel harus mendirikan khemah mereka di tempat yang ditetapkan bagi kelompok perkhemahan* masing-masing.+ Setiap orang harus berkhemah dekat lambang puaknya. Mereka harus memasang khemah di sekeliling khemah pertemuan. Khemah-khemah mereka harus dipasang menghadap khemah pertemuan.  “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian timur.* Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Yehuda akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Yehuda ialah Nahason+ anak Aminadab.  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 74,600 orang.+  Suku Isakhar berkhemah di sebelah perkhemahan suku Yehuda. Ketua bagi suku Isakhar ialah Netanel+ anak Zuar.  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 54,400 orang.+  Suku yang satu lagi ialah suku Zebulon. Ketua bagi suku Zebulon ialah Eliab+ anak Helon.  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 57,400 orang.+  “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Yehuda ialah 186,400 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok pertama yang berangkat.+ 10  “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian selatan. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Ruben+ akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Ruben ialah Elizur+ anak Shedeyur. 11  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 46,500 orang.+ 12  Suku Simeon berkhemah di sebelah perkhemahan suku Ruben. Ketua bagi suku Simeon ialah Selumiel+ anak Zurishadai. 13  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 59,300 orang.+ 14  Suku yang satu lagi ialah suku Gad. Ketua bagi suku Gad ialah Eliasaf+ anak Rehuel. 15  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 45,650 orang.+ 16  “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Ruben ialah 151,450 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok kedua yang berangkat.+ 17  “Apabila khemah pertemuan dipindahkan,+ orang Lewi harus berangkat dan berjalan di tengah-tengah empat kelompok perkhemahan yang lain. “Sepanjang masa perjalanan, mereka semua harus berada dalam susunan semasa mereka berkhemah,+ iaitu mengikut kelompok perkhemahan masing-masing. 18  “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian barat. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Efraim akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Efraim ialah Elisama+ anak Amihud. 19  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 40,500 orang.+ 20  Suku Manasye+ berkhemah di sebelah perkhemahan suku Efraim. Ketua bagi suku Manasye ialah Gamaliel+ anak Pedazur. 21  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 32,200 orang.+ 22  Suku yang satu lagi ialah suku Benyamin. Ketua bagi suku Benyamin ialah Abidan+ anak Gideoni. 23  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 35,400 orang.+ 24  “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Efraim ialah 108,100 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok ketiga yang berangkat.+ 25  “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian utara. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Dan akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Dan ialah Ahiezer+ anak Amishadai. 26  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 62,700 orang.+ 27  Suku Asyer berkhemah di sebelah perkhemahan suku Dan. Ketua bagi suku Asyer ialah Pagiel+ anak Okhran. 28  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 41,500 orang.+ 29  Suku yang satu lagi ialah suku Naftali. Ketua bagi suku Naftali ialah Ahira+ anak Enan. 30  Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 53,400 orang.+ 31  “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Dan ialah 157,600 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok terakhir yang berangkat.”+ 32  Bilangan orang Israel yang didaftarkan menurut puak masing-masing, yang layak menjadi askar, ialah 603,550 orang.+ 33  Tetapi orang Lewi tidak didaftarkan+ bersama dengan suku-suku yang lain+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 34  Demikianlah caranya umat Israel berkhemah dan cara mereka berangkat.+ Mereka berkhemah menurut kelompok perkhemahan masing-masing.+ Umat Israel melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

Nota Kaki

Tiga buah suku akan membentuk satu kelompok perkhemahan.
Atau “bahagian timur, iaitu arah matahari terbit.”