Bilangan 24:1-25

  • Perkhabaran Bileam yang ketiga (1-11)

  • Perkhabaran Bileam yang keempat (12-25)

24  Apabila Bileam sedar bahawa Yehuwa ingin memberkati umat Israel, dia tidak lagi pergi mencari petanda buruk+ seperti yang dilakukannya sebelum itu. Dia memandang ke arah padang belantara, 2  lalu melihat umat Israel yang sedang berkhemah menurut suku masing-masing.+ Kemudian, kuasa suci Tuhan turun ke atasnya,+ 3  lalu dia mengucapkan perkhabaran berikut:+ “Inilah kata-kata Bileam anak Beor,Inilah ucapan seorang yang matanya telah terbuka,  4  Inilah kata-kata seorang yang telah mendengar firman Tuhan,Yang telah mendapat penglihatan daripada Dia Yang Maha Kuasa,Dan yang telah bersujud ke tanah dengan matanya yang terbuka:+  5  Alangkah indahnya khemah-khemah Yakub!Alangkah cantiknya tempat kediaman Israel!+  6  Khemah-khemah mereka seperti lembah yang terbentang luas,+Seperti taman di tepi sungai,Seperti pokok gaharu yang ditanam oleh Yehuwa,Dan seperti pokok sedar di tepi sumber air.  7  Air terus melimpah dari timba-timba mereka;Mereka akan menanam benih di tepi sumber-sumber air.+ Raja mereka+ lebih agung daripada Agag,+Dan kerajaan mereka akan dimuliakan.+  8  Tuhan telah membawa mereka keluar dari Mesir;Bagi mereka, Dia bagaikan sebuah tanduk lembu jantan liar. Mereka akan membinasakan bangsa-bangsa yang menindas mereka;+Mereka akan menghancurkan tulang-tulang musuh, dan menghapuskan musuh dengan anak panah mereka.  9  Mereka seperti singa yang sedang berehat.Siapakah yang berani mengganggunya? Sesiapa yang memberkati mereka akan diberkati,Dan sesiapa yang mengutuk mereka akan dikutuk.”+ 10  Maka Balak menjadi sangat marah terhadap Bileam. Balak bertepuk tangan sambil menyindir Bileam. Balak berkata, “Beta memanggil kamu untuk mengutuk musuh beta.+ Tetapi kamu memberkati mereka pula sampai tiga kali. 11  Sekarang pulanglah! Sebenarnya beta ingin memberikan ganjaran kepadamu,+ tetapi Yehuwa telah menghalang kamu daripada menerimanya.” 12  Bileam menjawab, “Hamba telah berkata kepada para utusan tuanku, 13  ‘Walaupun Balak memberi saya istananya yang penuh dengan emas dan perak, saya tidak dapat melakukan apa-apa yang bertentangan dengan perintah Yehuwa, sama ada perkara yang baik ataupun perkara yang buruk. Saya hanya boleh mengatakan apa yang difirmankan oleh Yehuwa kepada saya.’+ 14  Sekarang hamba akan pulang kepada bangsa hamba. Tetapi biarlah hamba memberitahu tuanku apa yang akan dilakukan oleh bangsa Israel terhadap bangsa tuanku pada masa hadapan.” 15  Bileam mengucapkan perkhabaran berikut:+ “Inilah kata-kata Bileam anak Beor,Inilah ucapan seorang yang matanya telah terbuka,+ 16  Inilah kata-kata seorang yang telah mendengar firman Tuhan,Yang telah memperoleh pengetahuan daripada Dia Yang Maha Tinggi,Yang telah mendapat penglihatan daripada Dia Yang Maha Kuasa,Dan yang telah bersujud ke tanah dengan matanya yang terbuka: 17  Aku akan melihatnya, tetapi bukan sekarang.Ya, aku akan memandangnya pada masa hadapan. Sebutir bintang+ akan datang daripada Yakub,Dan sebatang tongkat+ kerajaan akan muncul daripada Israel.+ Orang itu akan meremukkan kepala Moab,+Dan menghancurkan tengkorak semua orang yang suka berperang. 18  Semasa Israel menunjukkan keberanian,Edom akan ditawan olehnya,+Dan Seir+ akan menjadi milik musuh-musuhnya.+ 19  Seorang penakluk akan datang daripada Yakub,+Dan dia akan memusnahkan semua orang yang masih hidup dari kota itu.” 20  Apabila Bileam nampak orang Amalek, dia mengucapkan perkhabaran berikut: “Amalek ialah bangsa yang pertama antara semua bangsa,*+Tetapi akhirnya bangsa itu akan lenyap.”+ 21  Apabila Bileam nampak orang Keni,+ dia mengucapkan perkhabaran berikut: “Tempat kediamanmu sungguh kukuh dan selamat, seperti sarang burung di atas bukit batu. 22  Tetapi seseorang akan membakar habis kamu semua. Tidak lama lagi kamu akan ditawan oleh Assyria.” 23  Kemudian Bileam mengucapkan perkhabaran berikut: “Siapakah yang akan terselamat apabila Tuhan mendatangkan bencana ini? 24  Kapal-kapal akan datang dari persisiran Kitim.+Mereka akan menyerang Assyria,+Dan mereka akan menentang Eber. Tetapi mereka sendiri juga akan dibinasakan.” 25  Selepas itu, Bileam+ berangkat dari situ, dan Balak juga kembali ke tempat kediamannya.

Nota Kaki

Iaitu, bangsa pertama yang menyerang Israel selepas umat itu keluar dari Mesir.