Bilangan 26:1-65

  • Suku Israel dibanci buat kali kedua (1-65)

26  Selepas wabak itu berhenti,+ Yehuwa berfirman kepada Musa dan Eleazar anak Harun,  “Kamu harus membanci semua lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar Israel.+ Kamu harus membanci mereka menurut puak-puak mereka.”  Maka Musa dan Imam Eleazar+ bercakap kepada segenap umat di padang gurun Moab,+ di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+ Mereka berkata,  “Hitunglah semua lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa.”+ Inilah senarai orang Israel yang keluar dari Mesir:  Suku Ruben.+ (Ruben ialah anak sulung Israel. Dia mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Ruben.) Terdapat beberapa puak dalam suku Ruben, iaitu puak Hanokh, puak Palu,  puak Hezron, dan puak Karmi.  Inilah puak-puak dalam suku Ruben. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 43,730 orang.+  Anak lelaki Palu ialah Eliab.  Anak-anak lelaki Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram merupakan orang kenamaan yang telah menentang Musa+ dan Harun. Mereka berdua telah menentang Yehuwa+ bersama Korah dan para penyokongnya.+ 10  Tanah terbelah dan menelan mereka. Korah pula mati ketika api membinasakan 250 orang yang menyokongnya.+ Hal yang terjadi kepada mereka semua menjadi amaran kepada umat Israel.+ 11  Tetapi anak-anak lelaki Korah tidak dibinasakan.+ 12  Simeon mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Simeon. Terdapat beberapa puak dalam suku Simeon, iaitu puak Nemuel, puak Yamin, puak Yakhin, 13  puak Zerah, dan puak Shaul. 14  Inilah puak-puak dalam suku Simeon. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 22,200 orang.+ 15  Gad mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Gad. Terdapat beberapa puak dalam suku Gad, iaitu puak Zefon, puak Hagi, puak Syuni, 16  puak Ozni, puak Eri, 17  puak Arodi, dan puak Areli. 18  Inilah puak-puak dalam suku Gad. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 40,500 orang.+ 19  Anak-anak lelaki Yehuda+ ialah Er dan Onan.+ Mereka mati di tanah Kanaan.+ 20  Yehuda mempunyai beberapa orang anak lelaki, dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Yehuda. Terdapat beberapa puak dalam suku Yehuda, iaitu puak Selah,+ puak Perez,+ dan puak Zerah.+ 21  Terdapat beberapa puak kecil dalam puak Perez, iaitu puak Hezron+ dan puak Hamul.+ (Anak-anak lelaki Perez ialah Hezron dan Hamul.) 22  Inilah puak-puak dalam suku Yehuda. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 76,500 orang.+ 23  Isakhar mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Isakhar. Terdapat beberapa puak dalam suku Isakhar, iaitu puak Tola,+ puak Pua, 24  puak Yasub, dan puak Simron. 25  Inilah puak-puak dalam suku Isakhar. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 64,300 orang.+ 26  Zebulon mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Zebulon. Terdapat beberapa puak dalam suku Zebulon, iaitu puak Sered, puak Elon, dan puak Yahleel. 27  Inilah puak-puak dalam suku Zebulon. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 60,500 orang.+ 28  Anak-anak lelaki Yusuf+ ialah Manasye dan Efraim.+ 29  Anak lelaki Manasye+ ialah Makhir.+ Terdapat satu puak dalam suku Manasye, iaitu puak Makhir. Anak lelaki Makhir ialah Gilead.+ Terdapat satu puak kecil dalam puak Makhir, iaitu puak Gilead. 30  Terdapat puak-puak yang lebih kecil dalam puak Gilead, iaitu puak Iezer, puak Helek, 31  puak Asriel, puak Sikhem, 32  puak Semida, dan puak Hefer. 33  (Zelafehad ialah anak lelaki Hefer. Tetapi Zelafehad tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.+ Anak-anak perempuannya+ ialah Mahla, Noa, Hogla, Milkah, dan Tirza.) 34  Inilah puak-puak dalam suku Manasye. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 52,700 orang.+ 35  Efraim mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Efraim. Terdapat beberapa puak dalam suku Efraim, iaitu puak Shutelah,+ puak Bekher, dan puak Tahan. 36  Terdapat satu puak kecil dalam puak Shutelah, iaitu puak Eran. (Anak lelaki Shutelah ialah Eran.) 37  Inilah puak-puak dalam suku Efraim. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 32,500 orang.+ Inilah keturunan Yusuf daripada suku Manasye dan suku Efraim. 38  Benyamin mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Benyamin. Terdapat beberapa puak dalam suku Benyamin, iaitu puak Bela,+ puak Asybel, puak Ahiram, 39  puak Sefufam, dan puak Hufam. 40  Terdapat beberapa puak kecil dalam puak Bela, iaitu puak Ared dan puak Naaman. (Anak-anak lelaki Bela ialah Ared dan Naaman.)+ 41  Inilah puak-puak dalam suku Benyamin. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 45,600 orang.+ 42  Anak lelaki Dan+ ialah Suham. Terdapat satu puak dalam suku Dan, iaitu puak Suham. 43  Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak Suham ialah 64,400 orang.+ 44  Asyer mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Asyer. Terdapat beberapa puak dalam suku Asyer, iaitu puak Yimna, puak Yiswi, dan puak Beria. 45  Terdapat beberapa puak kecil dalam puak Beria, iaitu puak Heber dan puak Malkiel. (Anak-anak lelaki Beria ialah Heber dan Malkiel.) 46  Anak perempuan Asyer ialah Serah. 47  Inilah puak-puak dalam suku Asyer. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 53,400 orang.+ 48  Naftali mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Naftali. Terdapat beberapa puak dalam suku Naftali, iaitu puak Yahzeel, puak Guni, 49  puak Yezer, dan puak Syilem. 50  Inilah puak-puak dalam suku Naftali. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 45,400 orang.+ 51  Jumlah keseluruhan orang Israel yang didaftarkan ialah 601,730 orang.+ 52  Selepas itu, Yehuwa berfirman kepada Musa, 53  “Bahagikanlah tanah itu kepada mereka sebagai warisan. Tanah yang dibahagikan harus sesuai dengan saiz suku mereka.+ 54  Suku yang lebih besar harus diberi bahagian tanah yang lebih besar, tetapi suku yang lebih kecil harus diberi bahagian tanah yang lebih kecil.+ Tanah yang diberikan sebagai warisan harus sesuai dengan saiz suku masing-masing. 55  Bahagikanlah tanah itu dengan membuang undi.+ Kemudian setiap puak harus diberi tanah sebagai warisan mengikut suku masing-masing. 56  Tanah warisan itu haruslah dibahagikan kepada setiap suku, sama ada yang kecil ataupun yang besar, dengan membuang undi.” 57  Terdapat beberapa puak dalam kalangan orang Lewi yang didaftarkan,+ iaitu puak Gerson, puak Kehat,+ dan puak Merari. 58  Puak-puak kecil dalam kalangan orang Lewi ialah puak Libni,+ puak Hebron,+ puak Mahli,+ puak Musi,+ dan puak Korah.+ Kehat ialah bapa Amram.+ 59  Isteri Amram ialah Yokhebed,+ anak perempuan Lewi, yang dilahirkan di Mesir. Yokhebed melahirkan Harun, Musa, dan Miryam. (Miryam ialah kakak Harun dan Musa.)+ 60  Anak-anak lelaki Harun ialah Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.+ 61  Tetapi Nadab dan Abihu telah dihukum mati kerana mereka mempersembahkan api yang haram kepada Yehuwa.+ 62  Bilangan orang Lewi yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan ialah 23,000 orang.+ Orang Lewi tidak didaftarkan bersama orang Israel yang lain+ kerana mereka tidak diberi tanah warisan di Israel.+ 63  Musa dan Imam Eleazar mendaftarkan umat Israel semasa mereka berada di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho. 64  Tetapi orang yang didaftarkan oleh Musa dan Imam Harun di padang belantara Sinai+ tidak ada dalam kalangan mereka, 65  kerana Yehuwa telah berfirman, “Mereka pasti akan mati di padang belantara.”+ Semua orang itu telah mati kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.+

Nota Kaki