Bilangan 33:1-56

  • Perjalanan umat Israel di padang belantara (1-49)

  • Arahan untuk menakluki tanah Kanaan (50-56)

33  Orang Israel telah keluar dari Mesir+ menurut kelompok+ perkhemahan masing-masing di bawah pimpinan Musa dan Harun.+ Dalam perjalanan itu, mereka telah melalui beberapa tempat  dan Musa telah mencatat setiap tempat yang telah dilalui oleh mereka, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa. Inilah tempat-tempat yang telah dilalui oleh mereka dalam perjalanan mereka:+  Mereka meninggalkan Rameses+ pada hari ke-15 bulan pertama,+ iaitu sehari selepas Perayaan Paska.+ Orang Israel keluar dari Mesir dengan penuh keyakinan di hadapan semua orang Mesir.  Pada masa itu, orang Mesir sedang mengebumikan anak-anak sulung mereka yang telah dibunuh oleh Yehuwa.+ Dengan demikian, Yehuwa telah menghukum tuhan-tuhan orang Mesir.+  Orang Israel meninggalkan Rameses lalu berkhemah di Sukot.+  Kemudian mereka berangkat dari Sukot lalu berkhemah di Etham,+ yang terletak di pinggir padang belantara.  Selepas itu, mereka meninggalkan Etham dan berpatah balik ke Pihahirot yang terletak berdekatan Baal-zefon,+ lalu mereka berkhemah di hadapan Migdol.+  Mereka berangkat dari Pihahirot dan menyeberangi laut+ lalu masuk ke kawasan padang belantara.+ Kemudian mereka meneruskan perjalanan selama tiga hari di padang belantara Etham,+ lalu mereka berkhemah di Mara.+  Mereka berangkat dari Mara lalu tiba di Elim. Di sana terdapat 12 buah mata air dan 70 batang pokok palma. Maka mereka berkhemah di sana.+ 10  Kemudian mereka meninggalkan Elim lalu berkhemah dekat Laut Merah. 11  Selepas itu mereka berangkat dari Laut Merah lalu berkhemah di padang belantara Sin.+ 12  Mereka berangkat dari padang belantara Sin lalu berkhemah di Dofka. 13  Setelah itu mereka berangkat dari Dofka lalu berkhemah di Alus. 14  Mereka meninggalkan Alus lalu berkhemah di Rafidim,+ tetapi di sana tidak ada air minum. 15  Kemudian mereka meninggalkan Rafidim lalu berkhemah di padang belantara Sinai.+ 16  Mereka meninggalkan padang belantara Sinai lalu berkhemah di Kibrot-hataawa.+ 17  Mereka berangkat dari Kibrot-hataawa lalu berkhemah di Hazerot.+ 18  Kemudian mereka berangkat dari Hazerot lalu berkhemah di Ritma. 19  Mereka meninggalkan Ritma lalu berkhemah di Rimon-perez. 20  Setelah itu mereka berangkat dari Rimon-perez lalu berkhemah di Libna. 21  Mereka meninggalkan Libna lalu berkhemah di Risa. 22  Selepas itu mereka berangkat dari Risa lalu berkhemah di Kehelata. 23  Kemudian mereka meninggalkan Kehelata lalu berkhemah di Gunung Syafer. 24  Mereka berangkat dari Gunung Syafer lalu berkhemah di Harada. 25  Mereka meninggalkan Harada lalu berkhemah di Makhelot. 26  Kemudian mereka meninggalkan+ Makhelot lalu berkhemah di Tahat. 27  Mereka berangkat dari Tahat lalu berkhemah di Terah. 28  Selepas itu mereka meninggalkan Terah lalu berkhemah di Mitka. 29  Mereka berangkat dari Mitka lalu berkhemah di Hasmona. 30  Setelah itu mereka meninggalkan Hasmona lalu berkhemah di Moserot. 31  Mereka berangkat dari Moserot lalu berkhemah di Bene-yaakan.+ 32  Kemudian mereka meninggalkan Bene-yaakan lalu berkhemah di Hor-hagidgad. 33  Mereka berangkat dari Hor-hagidgad lalu berkhemah di Yotbata.+ 34  Selepas itu mereka meninggalkan Yotbata lalu berkhemah di Abrona. 35  Mereka berangkat dari Abrona lalu berkhemah di Ezion-geber.+ 36  Setelah itu mereka meninggalkan Ezion-geber lalu berkhemah di Kades yang terletak di padang belantara Zin.+ 37  Mereka berangkat dari Kades lalu berkhemah di Gunung Hor,+ yang terletak di sempadan Edom. 38  Imam Harun naik ke Gunung Hor seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa. Dia meninggal di sana pada hari pertama, bulan kelima, tahun yang ke-40 selepas orang Israel keluar dari Mesir.+ 39  Harun berumur 123 tahun ketika dia meninggal di Gunung Hor. 40  Sementara itu raja Arad,+ orang Kanaan itu, mendengar bahawa orang Israel sedang berada dekat negerinya. Raja itu tinggal di Negeb yang terletak di tanah Kanaan. 41  Beberapa lama kemudian, orang Israel berangkat dari Gunung Hor+ lalu berkhemah di Zalmona. 42  Kemudian mereka meninggalkan Zalmona lalu berkhemah di Punon. 43  Selepas itu mereka berangkat dari Punon lalu berkhemah di Obot.+ 44  Mereka meninggalkan Obot lalu berkhemah di Iye-abarim yang terletak di sempadan Moab.+ 45  Setelah itu mereka berangkat dari Iyim lalu berkhemah di Dibon-gad.+ 46  Mereka meninggalkan Dibon-gad lalu berkhemah di Almon-diblataim. 47  Kemudian mereka berangkat dari Almon-diblataim lalu berkhemah di Abarim+ yang terletak di hadapan Gunung Nebo.+ 48  Mereka meninggalkan Abarim lalu berkhemah di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+ 49  Mereka berkhemah di sepanjang Sungai Yordan, iaitu dari Bet-yesimot sampai ke Abel-sitim,+ dekat padang gurun Moab. 50  Yehuwa berfirman kepada Musa di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho. Dia berfirman, 51  “Beritahulah orang Israel, ‘Kamu akan menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke tanah Kanaan.+ 52  Apabila kamu tiba di sana, kamu mesti menghalau semua penduduk tanah itu. Kamu juga mesti memusnahkan semua berhala mereka yang diperbuat daripada batu+ dan logam.+ Selain itu kamu mesti memusnahkan tempat-tempat pemujaan* mereka.+ 53  Rebutlah tanah itu dan tinggallah di sana, kerana Aku pasti akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu.+ 54  Kamu mesti membahagikan tanah itu kepada setiap suku dengan membuang undi.+ Suku yang lebih besar harus diberi bahagian tanah yang lebih besar, tetapi suku yang lebih kecil harus diberi bahagian tanah yang lebih kecil.+ Setiap orang akan mendapat tanah warisan berdasarkan undi yang dibuat. Setiap orang akan menerima tanah warisan yang dibahagikan menurut suku masing-masing.+ 55  “‘Tetapi jika kamu tidak mengusir penduduk tanah itu,+ mereka akan menjadi seperti selumbar di dalam mata kamu dan seperti duri di rusuk kamu. Mereka akan menyusahkan dan mengacau kamu.+ 56  Jika kamu tidak mengusir mereka, Aku akan melakukan kepada kamu apa yang ingin Aku lakukan terhadap mereka.’”+

Nota Kaki

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.