Bilangan 36:1-13

  • Wanita yang menerima warisan mesti mengahwini lelaki daripada suku yang sama (1-13)

36  Ketua-ketua keluarga keturunan Gilead anak Makhir+ (Makhir ialah anak Manasye; Manasye ialah anak Yusuf) menghadap Musa dan para pemimpin orang Israel.  Mereka berkata, “Yehuwa telah memerintahkan tuan untuk membahagikan tanah kepada orang Israel dengan membuang undi,+ dan tanah itu akan menjadi warisan mereka. Yehuwa juga telah memerintahkan tuan agar memberikan warisan Zelafehad, saudara kami, kepada anak-anak perempuannya.+  Tetapi jika anak-anak perempuannya berkahwin dengan lelaki daripada suku lain, warisan mereka akan menjadi milik suku lelaki yang telah mengahwini mereka. Maka warisan yang telah diberikan kepada kami itu akan diambil daripada kami.  Pada Tahun Pembebasan,+ warisan mereka akan menjadi milik kekal suku lelaki yang telah mengahwini mereka. Dengan demikian, suku kami akan kehilangan tanah warisan itu.”  Kemudian, atas perintah Yehuwa, Musa berkata kepada orang Israel, “Apa yang dikatakan oleh suku keturunan Yusuf itu memang benar.  Inilah perintah Yehuwa mengenai anak-anak perempuan Zelafehad: ‘Mereka boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja, asalkan orang itu berasal daripada suku bapa mereka.  Tanah warisan setiap suku Israel tidak boleh diberikan kepada suku lain. Tanah yang diwarisi oleh setiap suku mestilah tetap menjadi warisan sukunya.  Setiap wanita yang menerima warisan dalam kalangan orang Israel mesti berkahwin dengan lelaki daripada suku bapanya.+ Dengan demikian, tanah warisan mereka akan tetap menjadi milik suku bapa mereka.  Tanah warisan setiap suku Israel tidak boleh diberikan kepada suku lain. Tanah yang diwarisi oleh setiap suku mestilah tetap menjadi warisan sukunya.’” 10  Anak-anak perempuan Zelafehad berbuat seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa.+ 11  Mereka berkahwin dengan saudara lelaki bapa mereka. Ya, anak-anak perempuan Zelafehad itu,+ iaitu Mahla, Tirza, Hogla, Milkah, dan Noa, 12  telah berkahwin dengan lelaki daripada suku Manasye (Manasye ialah anak Yusuf). Dengan itu, tanah warisan mereka tetap menjadi milik suku bapa mereka. 13  Itulah semua perintah dan ketetapan yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada umat Israel melalui Musa di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+

Nota Kaki