Bilangan 5:1-31

  • Orang najis dikeluarkan dari perkhemahan (1-4)

  • Mengakui dosa dan membayar pampasan (5-10)

  • Menguji sama ada isteri berlaku curang (11-31)

5  Yehuwa berfirman kepada Musa,  “Perintahkanlah umat Israel untuk mengeluarkan semua orang berikut dari perkhemahan: Orang yang berpenyakit kusta,+ orang yang mengeluarkan lelehan,+ dan orang yang najis kerana terkena mayat.+  Tidak kira orang itu lelaki atau perempuan, orang itu harus dikeluarkan agar tidak mencemarkan+ perkhemahan, tempat Aku tinggal bersama-sama umat-Ku.”+  Maka, sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa, umat Israel mengeluarkan semua orang seperti itu dari perkhemahan.  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa,  “Beritahulah umat Israel, ‘Jika seorang lelaki atau wanita berbuat jahat terhadap orang lain dan berdosa terhadap Aku, Yehuwa, orang itu sudah bersalah.+  Orang itu haruslah mengakui+ dosa yang dilakukannya. Dia juga harus membayar pampasan kepada orang yang dirugikan itu, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada jumlah itu.+  Tetapi jika orang yang dirugikan itu sudah meninggal dan tidak mempunyai saudara dekat untuk menerima pampasan tersebut, pampasan itu haruslah diberikan kepada Aku, Yehuwa. Sama seperti bebiri jantan yang dikorbankan untuk memohon pengampunan dosa+ bagi pihak orang yang bersalah itu, pampasan tersebut juga akan menjadi milik imam.  “‘Setiap pemberian*+ yang dipersembahkan oleh orang Israel akan menjadi milik imam+ yang menerima pemberian itu. 10  Apa-apa sahaja yang dipersembahkan oleh seseorang akan menjadi milik imam. Ya, apa pun yang diserahkan kepada seorang imam, akan menjadi milik imam itu.’” 11  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 12  “Beritahulah umat Israel, ‘Katakan ada seorang isteri yang tidak setia dan berlaku curang terhadap suaminya 13  kerana bersetubuh dengan lelaki lain.+ Tetapi suami wanita itu tidak mengetahui bahawa isterinya telah mencemarkan diri, kerana wanita itu merahsiakan hal tersebut. Tidak ada saksi yang melihat perbuatannya, dan wanita itu tidak tertangkap basah. Jika hal sebegini berlaku, inilah yang harus dilakukan: 14  Sama ada seorang wanita mencemarkan dirinya atau tidak, jika suami wanita itu menjadi cemburu dan meragui kesetiaan isterinya, 15  suami itu harus membawa isterinya kepada imam. Dia juga harus membawa satu persepuluh efa* tepung barli sebagai persembahan untuk isterinya. Tepung itu tidak boleh dituangi minyak atau dibubuhi kemenyan, kerana tepung itu merupakan persembahan daripada suami yang curiga, dan dipersembahkan supaya Tuhan menghakimi wanita itu jika dia berdosa. 16  “‘Imam akan menyuruh wanita itu maju dan berdiri di hadapan Yehuwa.+ 17  Kemudian imam akan menuangkan air bersih* ke dalam sebuah bekas tanah liat, lalu mengambil sedikit debu dari lantai khemah suci dan memasukkannya ke dalam air itu. 18  Imam harus menyuruh wanita itu berdiri di hadapan Yehuwa. Kemudian imam akan menguraikan rambut wanita itu, lalu meletakkan tepung,* iaitu tepung yang merupakan persembahan daripada suami yang curiga,+ di tapak tangan wanita tersebut. Imam akan memegang bekas tanah liat itu yang berisi air pahit yang mendatangkan kutuk.+ 19  “‘Selepas itu, imam akan menyuruh wanita itu bersumpah dengan berkata kepadanya, “Jika kamu tidak pernah bersetubuh dengan lelaki lain sejak kamu berkahwin dengan suamimu;+ ya, jika kamu tidak mencemarkan diri dan tidak curang terhadapnya, maka kamu akan terlepas daripada kutukan yang dibawa oleh air pahit ini. 20  Tetapi jika kamu mencemarkan diri dan berlaku curang terhadap suamimu kerana bersetubuh dengan lelaki lain—”+ 21  Setelah itu, imam harus berkata kepada wanita itu: “Biarlah Yehuwa menjadikan kamu sebagai contoh semasa kutukan dan sumpahan dibuat dalam kalangan bangsamu. Jika kamu bersalah, Yehuwa akan menyebabkan kamu menjadi mandul* dan perutmu akan mengembung. 22  Air pahit yang membawa kutuk ini akan masuk ke dalam ususmu lalu menyebabkan perutmu mengembung, dan kamu akan menjadi mandul.”* Wanita itu harus menjawab, “Amin! Amin!” 23  “‘Selepas itu, imam harus menuliskan kutuk itu dalam sebuah buku, lalu imam harus memadamkannya dengan air pahit tersebut. 24  Air pahit yang membawa kutuk itu harus diminum oleh wanita itu. Air itu akan masuk ke dalam tubuhnya dan akan menyebabkan rasa sakit. 25  Kemudian imam akan mengambil tepung, iaitu tepung yang merupakan persembahan daripada suami yang curiga,+ daripada tapak tangan wanita itu. Imam harus mengayunkan tepung itu ke depan dan belakang sebagai korban untuk Aku, Yehuwa, lalu membawanya ke mazbah. 26  Setelah itu, imam akan mengambil segenggam tepung itu lalu membakarnya di atas mazbah+ sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu sudah dipersembahkan kepada Aku. Selepas itu, imam akan menyuruh wanita itu meminum air tersebut. 27  Jika wanita itu telah mencemarkan dirinya dengan berlaku curang terhadap suaminya, air pahit yang membawa kutuk itu akan masuk ke dalam tubuhnya dan menyebabkan rasa sakit. Perutnya akan mengembung dan dia akan menjadi mandul.* Wanita itu akan menjadi contoh semasa kutukan dibuat dalam kalangan bangsa Israel. 28  Tetapi jika wanita itu tidak mencemarkan dirinya, dia akan terlepas daripada kutukan yang dibawa oleh air pahit tersebut. Dia masih dapat mengandung dan menghasilkan keturunan. 29  “‘Itulah hukumnya apabila seorang suami menjadi cemburu+ kerana isterinya mencemarkan diri dan berlaku curang terhadapnya, 30  atau apabila seorang suami menjadi cemburu dan meragui kesetiaan isterinya. Suami itu harus membawa isterinya ke hadapan Aku, Yehuwa, dan imam harus menjalankan semua yang ditetapkan dalam hukum ini. 31  Suami itu tidak bersalah, tetapi isterinya akan menanggung akibat perbuatannya.’”

Nota Kaki

Atau “Setiap sumbangan suci.”
Satu persepuluh efa = 2.2 L.
Harfiah, “suci.”
Atau “tepung yang dipersembahkan supaya Tuhan menghakimi perempuan itu jika dia berdosa.”
Atau “menyebabkan pahamu mengecut.” Mungkin melambangkan organ pembiakan.
Atau “dan pahamu akan mengecut.” Mungkin melambangkan organ pembiakan.
Atau “dan pahanya akan mengecut.” Mungkin melambangkan organ pembiakan.