Bilangan 8:1-26

  • Harun menyalakan tujuh buah pelita (1-4)

  • Orang Lewi disucikan, mula berkhidmat (5-22)

  • Had umur bagi khidmat di khemah suci (23-26)

8  Yehuwa berfirman kepada Musa,  “Beritahulah Harun, ‘Apabila engkau menyalakan tujuh buah pelita itu, pastikan bahawa cahaya daripada pelita-pelita itu menerangi bahagian depan kaki pelita.’”+  Maka inilah yang dilakukan oleh Harun: Dia memastikan agar pelita-pelita yang dinyalakan itu menerangi bahagian depan kaki pelita,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.  Kaki pelita itu diperbuat daripada emas tempaan, dari batang sampai ke kelopak bunganya.+ Kaki pelita itu dibuat menurut contoh yang diberikan oleh Yehuwa kepada Musa melalui suatu penglihatan.+  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa,  “Pisahkanlah orang Lewi daripada umat Israel dan sucikanlah mereka.+  Beginilah caranya kamu melakukan upacara penyucian: Percikkanlah air ke atas orang Lewi untuk menyucikan mereka daripada dosa, lalu suruhlah mereka mencukur seluruh badan. Mereka juga harus mandi dan membasuh pakaian mereka.+  Kemudian orang Lewi harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda+ berserta korban bijirin,+ yang berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak. Engkau juga harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban dosa.+  Selepas itu, bawalah orang Lewi ke hadapan khemah pertemuan dan kumpulkanlah seluruh umat Israel.+ 10  Engkau harus membawa orang Lewi ke hadapan Aku, Yehuwa. Kemudian umat Israel harus meletakkan tangan mereka ke atas orang Lewi.+ 11  Harun harus menyerahkan orang Lewi sebagai suatu pemberian* kepada Aku, Yehuwa.+ Ya, mereka merupakan pemberian daripada orang Israel kepada Aku. Dengan demikian, orang Lewi akan berkhidmat kepada Aku, Yehuwa.+ 12  “Kemudian orang Lewi harus meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu-lembu jantan itu.+ Seekor daripada lembu itu harus dipersembahkan sebagai korban dosa dan seekor lagi sebagai korban bakar. Lembu-lembu itu harus dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, untuk memohon pengampunan dosa+ bagi pihak orang Lewi. 13  Selepas itu, suruhlah orang Lewi berdiri di hadapan Harun dan anak-anak lelakinya. Serahkanlah mereka sebagai pemberian* kepada Aku, Yehuwa. 14  Dengan cara ini, orang Lewi dipisahkan daripada orang Israel yang lain supaya menjadi milik-Ku.+ 15  Kemudian orang Lewi boleh berkhidmat di khemah pertemuan. Demikianlah caranya engkau harus menyucikan dan menyerahkan mereka sebagai pemberian* kepada Aku. 16  Ya, mereka merupakan pemberian daripada orang Israel kepada Aku. Mereka akan menggantikan semua anak lelaki sulung orang Israel+ dan menjadi milik-Ku. 17  Hal ini demikian kerana ketika Aku membunuh semua anak sulung orang Mesir,+ Aku telah mengekhaskan setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan mereka,+ untuk menjadi milik-Ku. 18  Aku telah mengambil orang Lewi untuk menggantikan semua anak sulung orang Israel. 19  Aku telah memilih orang Lewi daripada kalangan orang Israel dan memberikan mereka kepada Harun dan anak-anak lelakinya. Orang Lewi harus berkhidmat di khemah pertemuan+ dan membantu imam memohon pengampunan dosa bagi pihak orang Israel. Dengan demikian, orang Israel tidak akan ditimpa bencana+ semasa mereka menghampiri khemah suci.” 20  Musa, Harun, dan segenap umat Israel melakukan semua itu terhadap orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 21  Orang Lewi menyucikan diri dan membasuh pakaian mereka.+ Kemudian Harun menyerahkan mereka sebagai suatu pemberian* kepada Yehuwa.+ Harun juga memohon pengampunan dosa bagi pihak orang Lewi supaya mereka menjadi suci.+ 22  Setelah itu, orang Lewi pergi berkhidmat di khemah pertemuan, di bawah pimpinan Harun dan anak-anak lelakinya. Orang Israel melakukan semua itu terhadap orang Lewi, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 23  Yehuwa berfirman kepada Musa, 24  “Inilah peraturan mengenai orang Lewi: Setiap orang Lewi harus memulakan khidmatnya di khemah pertemuan apabila dia berumur 25 tahun. 25  Apabila seorang Lewi berumur 50 tahun, dia harus dibebaskan daripada tugasnya dan tidak lagi berkhidmat di khemah pertemuan. 26  Dia sendiri tidak lagi mempunyai tugas tetap, tetapi dia boleh membantu sesama orang Lewi yang bertugas di khemah pertemuan. Begitulah caranya engkau harus mengatur tugas orang Lewi.”+

Nota Kaki

Atau “sebagai korban yang diayunkan.”
Atau “sebagai korban yang diayunkan.”
Atau “sebagai korban yang diayunkan.”
Atau “sebagai korban yang diayunkan.”