Daniel 12:1-13

  • “Akhir zaman” dan apa yang akan berlaku kemudian (1-13)

    • Mikhael akan bangkit (1)

    • Orang yang berpengertian akan bersinar terang (3)

    • Pengetahuan yang benar akan berlimpah-limpah (4)

    • Daniel akan bangkit untuk menerima bahagiannya (13)

12  “Pada waktu itu, Mikhael,*+ pemimpin agung+ yang bertindak bagi pihak bangsamu, akan bangkit. Masa kesusahan akan datang, iaitu masa kesusahan yang tidak pernah terjadi sejak pembentukan bangsa sehingga waktu itu. Pada waktu itu, bangsamu akan melarikan diri.+ Ya, sesiapa yang namanya tertulis dalam kitab akan berjaya melarikan diri.+  Ramai orang yang sudah mati* akan bangkit. Ada yang akan menikmati kehidupan kekal, dan ada pula yang akan dimalukan dan dibenci buat selama-lamanya.  “Orang yang mempunyai pengertian akan bersinar terang di ruang angkasa, dan mereka yang memimpin banyak orang ke haluan yang benar adalah seperti bintang, yang akan bersinar buat selama-lamanya.  “Hendaklah kamu, Daniel, merahsiakan kata-kata ini, dan memeterai kitab ini sehingga akhir zaman.+ Ramai orang akan mencarinya* dengan teliti, dan pengetahuan yang benar akan berlimpah-limpah.”+  Kemudian, aku, Daniel, nampak dua malaikat sedang berdiri, satu di tebing sungai sebelah sini, dan satu lagi di tebing sungai sebelah sana.+  Salah satu malaikat berkata kepada seorang lelaki yang berpakaian linen,+ yang sedang berdiri di atas air sungai, “Berapa lamakah hal-hal yang menakjubkan ini akan berlangsung sehingga semuanya berakhir?”  Lelaki yang berdiri di atas air sungai itu mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, lalu dia bersumpah demi Tuhan yang hidup selama-lamanya.+ Aku mendengar dia berkata, “Semua ini akan berlangsung pada waktu yang telah ditentukan, iaitu satu waktu, dua waktu, dan setengah waktu.* Sebaik sahaja kuasa umat suci dihancurkan,+ semua hal ini akan berakhir.”  Aku mendengar semua ini, tetapi aku tidak memahaminya.+ Jadi aku bertanya, “Tuan, apakah kesudahan semua ini?”  Dia menjawab, “Pergilah Daniel, kerana kata-kata ini harus dirahsiakan dan dimeterai sehingga akhir zaman.+ 10  Banyak orang akan membersihkan diri dan menyucikan diri, dan mereka akan dimurnikan.+ Orang jahat akan berbuat jahat, dan tiada seorang pun antara mereka yang akan memahaminya. Hanya orang yang berpengertian akan memahaminya.+ 11  “Sejak korban harian+ dirampas dan benda jijik yang membawa kemusnahan didirikan,+ 1,290 hari akan berlalu. 12  “Berbahagialah orang yang terus menanti-nanti* sehingga 1,335 hari berlalu! 13  “Tetapi Daniel, hendaklah kamu tetap teguh sampai akhir. Kamu akan berehat, tetapi kamu akan bangkit untuk menerima bahagianmu* pada akhir zaman.”+

Nota Kaki

Maksudnya “Siapakah seperti Tuhan?”
Harfiah, “yang tidur dalam tanah.”
Atau “akan mengkajinya [iaitu, kitab ini].”
Iaitu, tiga waktu setengah.
Atau “terus menunggu dengan penuh harapan.”
Atau “ganjaranmu.”