Ester 3:1-15

  • Raja menaikkan pangkat Haman (1-4)

  • Rancangan jahat Haman untuk melenyapkan orang Yahudi (5-15)

3  Beberapa lama kemudian, Raja Ahasweros menaikkan pangkat Haman+ anak Hamedata, seorang lelaki daripada keturunan Agag.+ Raja memberi Haman kedudukan yang lebih tinggi daripada semua pembesar yang ada bersamanya.+  Raja memberikan perintah supaya semua pegawai raja yang berada di pintu gerbang istana membongkok dan bersujud di hadapan Haman. Mereka semua berbuat demikian kecuali Mordekhai.  Oleh itu, mereka bertanya kepada Mordekhai, “Mengapakah kamu mengingkari perintah raja?”  Tiap-tiap hari, mereka akan menanyakan soalan yang sama, tetapi Mordekhai tidak menghiraukan mereka. Maka mereka melaporkan hal itu kepada Haman untuk mengetahui sama ada Mordekhai boleh dibiarkan untuk terus berbuat demikian atau tidak.+ Sebelum ini, Mordekhai pernah memberitahu mereka bahawa dia berbangsa Yahudi.+  Apabila Haman mengetahui bahawa Mordekhai enggan membongkok dan bersujud di hadapannya, Haman pun naik darah.+  Setelah Haman mendapat tahu tentang bangsa Mordekhai, dia tidak berasa puas hati jika dia menyingkirkan Mordekhai seorang sahaja. Jadi dia mula mencari peluang untuk menghapuskan semua orang Yahudi, iaitu semua orang yang sebangsa dengan Mordekhai, yang tinggal di seluruh wilayah pemerintahan Ahasweros.  Pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan,* pada tahun ke-12+ pemerintahan Raja Ahasweros, mereka membuang Pur+ (iaitu, membuang undi) di hadapan Haman untuk menentukan hari dan bulan yang sesuai.* Akhirnya, masa yang dipilih jatuh pada bulan ke-12, iaitu bulan Adar.*+  Haman berkata kepada Raja Ahasweros, “Ada satu bangsa yang hidup dalam kalangan bangsa-bangsa lain di setiap wilayah pemerintahan tuanku.+ Bangsa ini tercerai-berai dan tersebar luas.+ Hukum mereka berlainan dengan hukum bangsa-bangsa lain, dan mereka tidak mematuhi undang-undang tuanku. Tidak baik jika tuanku membiarkan mereka bertindak sesuka hati.  Jika tuanku berkenan, keluarkanlah surat perintah untuk membinasakan mereka. Hamba akan membayar 342,000 kilogram* perak kepada para pegawai untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan raja.”* 10  Oleh itu, raja menanggalkan cincin mohor+ dari jarinya lalu memberikan cincin itu kepada Haman+ anak Hamedata, orang Agag+ yang merupakan musuh orang Yahudi. 11  Kemudian raja berkata kepada Haman, “Lakukanlah apa yang kamu inginkan dengan wang perak dan bangsa itu kerana beta telah menyerahkan semua itu ke dalam tanganmu.” 12  Raja memanggil para setiausahanya+ pada hari ke-13 bulan pertama. Mereka mencatatkan+ segala perintah Haman dalam bahasa yang dituturkan oleh setiap bangsa dan dalam tulisan setiap wilayah. Kemudian surat-surat itu diberikan kepada ketua-ketua gabenor wilayah, para gabenor wilayah, dan pembesar-pembesar setiap bangsa. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasweros dan dimeterai dengan cincin mohornya.+ 13  Surat-surat itu dihantar oleh utusan raja ke semua wilayah pemerintahannya. Kandungan surat itu menyatakan bahawa semua orang Yahudi, tua dan muda, kanak-kanak dan wanita, mesti dibunuh, dihapuskan, dan dilenyapkan. Segala harta milik mereka juga harus dirampas.+ Hal ini haruslah dilaksanakan dalam masa satu hari, pada hari ke-13 bulan ke-12, iaitu bulan Adar.+ 14  Kandungan surat itu haruslah disalin dan dikuatkuasakan sebagai undang-undang di setiap wilayah. Kemudian undang-undang itu mesti diumumkan kepada semua rakyat agar mereka dapat bersiap sedia sebelum hari itu tiba. 15  Atas perintah raja, para utusan segera berangkat.+ Undang-undang itu juga diumumkan di kota berkubu* Susan.*+ Sementara itu, raja dan Haman duduk untuk minum-minum, tetapi seluruh kota Susan kucar-kacir.

Nota Kaki

Iaitu, masa yang sesuai bagi Haman untuk melaksanakan rancangannya.
Harfiah, “10,000 talenta.” Lihat Lampiran B14.
Atau mungkin, “Hamba akan memasukkan 342,000 kg perak ke dalam perbendaharaan raja untuk diberikan kepada mereka yang melaksanakan rancangan ini.”
Atau “di istana.”
Atau “Susa.”