Ester 4:1-17
4 Apabila Mordekhai+ mengetahui segala yang telah berlaku,+ dia mengoyakkan jubahnya lalu mengenakan kain guni dan menaburkan abu* di atas kepalanya. Kemudian dia berjalan-jalan di tengah kota sambil menangis dengan kuat dan pilu.
2 Tetapi dia hanya berjalan sampai ke pintu gerbang istana raja kerana tiada sesiapa pun yang mengenakan kain guni dibenarkan untuk masuk melalui pintu itu.
3 Di setiap wilayah,+ di mana sahaja perintah raja disampaikan, orang Yahudi mula berkabung. Mereka berpuasa,+ menangis, dan meraung-raung. Ramai yang mengenakan kain guni sambil berbaring di atas abu.+
4 Apabila dayang-dayang dan sida-sida Ester memberitahu Ester apa yang sedang berlaku, dia menjadi sangat gelisah. Kemudian dia menghantar pakaian kepada Mordekhai supaya Mordekhai tidak memakai kain guni lagi, tetapi Mordekhai menolak pemberiannya.
5 Maka Ester memanggil Hatah, salah seorang sida-sida yang ditugaskan oleh raja untuk melayani Ester. Ester menyuruh Hatah untuk bertanya kepada Mordekhai apa yang telah terjadi dan mengapa hal itu terjadi.
6 Maka Hatah pergi berjumpa dengan Mordekhai di lapangan kota, di hadapan pintu gerbang istana raja.
7 Mordekhai memberitahu Hatah apa yang telah berlaku kepada dirinya, dan jumlah wang+ yang telah dijanjikan oleh Haman untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan raja agar orang Yahudi dibinasakan.+
8 Mordekhai memberi Hatah salinan surat yang telah dikeluarkan di Susan,*+ yang mengandungi perintah raja untuk melenyapkan bangsanya. Dia menyuruh Hatah untuk menunjukkan surat itu kepada Ester dan menjelaskan kandungannya.+ Dia juga meminta supaya Ester pergi menghadap raja dan merayu raja untuk menunjukkan belas kasihan kepada bangsanya.
9 Maka Hatah kembali kepada Ester dan menyampaikan kata-kata Mordekhai kepadanya.
10 Ester mengutus Hatah kepada Mordekhai+ dengan jawapan berikut:
11 “Semua pembesar dan setiap rakyat di seluruh wilayah pemerintahan raja tahu bahawa raja telah menetapkan satu hukum, iaitu sesiapa yang memasuki halaman dalam istana+ tanpa jemputan raja akan dihukum mati. Namun jika raja menghulurkan tongkat emasnya kepada orang itu, orang itu akan terus hidup.+ Tetapi sudah 30 hari raja tidak memanggil aku.”
12 Apabila Mordekhai mendengar tentang apa yang dikatakan oleh Ester,
13 dia mengirim pesanan kepada Ester, “Jangan fikir bahawa kamu lebih selamat daripada orang Yahudi yang lain hanya kerana kamu tinggal di istana.
14 Jika kamu berdiam diri pada masa ini, orang Yahudi tetap ditolong dan dibebaskan dengan cara yang lain,+ tetapi kamu dan keturunan ayahmu akan binasa. Siapa tahu, mungkin kamu telah dipilih menjadi permaisuri untuk membantu bangsamu pada saat-saat seperti ini.”+
15 Kemudian Ester membalas kata-kata Mordekhai,
16 “Kumpulkanlah semua orang Yahudi yang ada di Susan dan berpuasalah+ bagi saya. Jangan makan atau minum selama tiga hari+ dan tiga malam. Saya dan dayang-dayang saya pun akan berpuasa. Selepas itu, saya akan menghadap raja walaupun hal itu melanggar undang-undang. Jika saya harus mati, biarlah saya mati.”
17 Kemudian Mordekhai pergi melakukan semua yang telah dikatakan oleh Ester.