Ezra 10:1-44

  • Perjanjian untuk mengusir isteri berbangsa asing (1-14)

  • Isteri-isteri berbangsa asing diusir (15-44)

10  Ezra berdoa+ dan membuat pengakuan dosa sambil menangis dan bersujud di hadapan rumah Tuhan yang benar. Sementara itu, sekumpulan besar orang Israel yang terdiri daripada lelaki, wanita, dan kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Mereka juga menangis dengan kuat.  Kemudian Sekania anak Yehiel+ daripada keturunan Elam+ berkata kepada Ezra, “Kami tidak setia kepada Tuhan kerana kami telah mengahwini wanita bangsa asing yang tinggal di negeri-negeri di sekeliling kami.+ Walaupun demikian, masih ada harapan bagi Israel.  Marilah kita membuat perjanjian dengan Tuhan+ bahawa kita akan mengusir semua isteri berbangsa asing itu dan anak-anak mereka. Kita akan mematuhi perintah Yehuwa dan mengikut nasihat orang yang menghormati perintah-Nya.+ Marilah kita mematuhi Hukum Tuhan.  Wahai Ezra, bangunlah. Ini memang tanggungjawabmu, dan kami akan menyokongmu. Tabahkanlah hatimu dan bertindaklah!”  Oleh itu, Ezra bangun dan menyuruh semua ketua imam, orang Lewi, dan orang Israel untuk bersumpah bahawa mereka akan melakukan apa yang telah dikatakan itu.+ Maka mereka pun mengangkat sumpah.  Setelah itu, Ezra bangun dan meninggalkan rumah Tuhan yang benar lalu pergi ke bilik* Yehohanan anak Eliasib. Di sana, dia tidak makan atau minum apa-apa pun kerana dia sangat sedih atas ketidaksetiaan orang yang pulang daripada pembuangan.+  Kemudian mereka mengumumkan di seluruh Yehuda dan Yerusalem bahawa semua orang yang telah pulang daripada pembuangan harus berkumpul di Yerusalem.  Menurut perintah para pembesar dan pemimpin, sesiapa yang tidak datang dalam masa tiga hari, semua hartanya akan dirampas, dan dia tidak lagi dianggap sebagai anggota masyarakat Israel.+  Oleh itu, dalam masa tiga hari sahaja, iaitu pada hari ke-20 bulan kesembilan, semua penduduk Yehuda dan Benyamin berkumpul di Yerusalem. Mereka semua duduk di halaman rumah Tuhan yang benar sambil menggigil kerana hujan lebat dan juga kerana perhimpunan itu sangat penting. 10  Imam Ezra berdiri lalu berkata kepada mereka, “Kamu tidak setia kerana kamu telah berkahwin dengan wanita-wanita asing.+ Perbuatan kamu ini telah menambah dosa Israel. 11  Oleh itu, akuilah dosa kamu kepada Yehuwa, Tuhan nenek moyang kamu, dan lakukanlah kehendak-Nya. Pisahkanlah diri kamu daripada bangsa-bangsa asing di sekeliling kamu, dan daripada isteri kamu yang berbangsa asing.”+ 12  Semua orang yang berkumpul di situ menjawab dengan suara yang kuat, “Kami pasti melakukan apa sahaja yang kamu katakan. 13  Tetapi ada banyak orang di sini, lagipun sekarang musim hujan dan kami tidak tahan berdiri di luar. Tambahan lagi, hal ini bukannya dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua hari kerana kami semua telah memberontak dan melakukan dosa yang berat. 14  Jadi benarkanlah para pembesar kami mewakili kami semua+ untuk menguruskan hal ini. Kemudian pada waktu yang telah ditetapkan, semua penduduk kota yang telah berkahwin dengan wanita asing akan datang ke sini bersama para pemimpin dan hakim kota mereka. Dengan demikian, Tuhan tidak akan murka lagi terhadap kami kerana perkara ini.” 15  Yonatan anak Asael dan Yahzeya anak Tikwa membantah cadangan itu. Mereka disokong oleh dua orang Lewi, iaitu Mesulam dan Sabetai.+ 16  Tetapi semua orang yang kembali daripada pembuangan bersetuju untuk melakukan apa yang telah dicadangkan. Maka Imam Ezra dan semua ketua puak yang namanya telah disenaraikan, berkumpul pada hari pertama bulan ke-10 untuk menyiasat perkara itu. 17  Pada hari pertama bulan pertama, mereka selesai membuat penyiasatan terhadap semua lelaki yang berkahwin dengan wanita berbangsa asing. 18  Mereka mendapati bahawa beberapa orang daripada keturunan imam telah berkahwin dengan wanita berbangsa asing.+ Mereka ialah Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalia. Mereka berasal daripada keturunan Yeshua+ anak Yehozadak dan saudara-saudara lelakinya. 19  Tetapi mereka berjanji untuk mengusir isteri mereka, dan memandangkan mereka telah berdosa, setiap orang akan mempersembahkan seekor biri-biri jantan untuk dosa mereka.+ 20  Inilah senarai orang yang telah berdosa juga: Hanani dan Zebadia, daripada keturunan Imer;+ 21  Maaseya, Elia, Semaya, Yehiel, dan Uzia, daripada keturunan Harim;+ 22  dan Elioenai, Maaseya, Ismael, Netanel, Yozabad, dan Eleasa, daripada keturunan Pasyhur.+ 23  Selain itu, terdapat Yozabad, Simei, Kelaya (iaitu, Kelita), Petahia, Yehuda, dan Eliezer, daripada keturunan Lewi; 24  Eliasib daripada kumpulan penyanyi; dan Salum, Telem, dan Uri, daripada kumpulan penjaga pintu gerbang. 25  Daripada kalangan orang Israel: Ramia, Izia, Malkia, Miyamin, Eleazar, Malkia, dan Benaya, daripada keturunan Paros;+ 26  Matania, Zakharia, Yehiel,+ Abdi, Yeremot, dan Elia, daripada keturunan Elam;+ 27  Elioenai, Eliasib, Matania, Yeremot, Zabad, dan Aziza, daripada keturunan Zatu;+ 28  Yehohanan, Hanania, Zabai, dan Atlai, daripada keturunan Bebai;+ 29  Mesulam, Malukh, Adaya, Yasub, Sheal, dan Yeremot, daripada keturunan Bani; 30  Adna, Kelal, Benaya, Maaseya, Matania, Bezaleel, Binui, dan Manasye, daripada keturunan Pahat-moab;+ 31  daripada keturunan Harim,+ terdapat Eliezer, Yisiya, Malkia,+ Semaya, Shimeon, 32  Benyamin, Malukh, dan Shemariah; 33  daripada keturunan Hasum,+ terdapat Matenai, Matatah, Zabad, Elifelet, Yeremai, Manasye, dan Simei; 34  daripada keturunan Bani, terdapat Maadai, Amram, Uel, 35  Benaya, Bedeya, Keluhi, 36  Wania, Meremot, Eliasib, 37  Matania, Matenai, dan Yaasu; 38  daripada keturunan Binui, terdapat Simei, 39  Syelemia, Natan, Adaya, 40  Makhnadebai, Sasai, Syarai, 41  Azarel, Syelemia, Shemariah, 42  Salum, Amaria, dan Yusuf; 43  dan dari Nebo, terdapat Yeiel, Matitia, Zabad, Zebina, Yadai, Yoel, dan Benaya. 44  Semua lelaki ini telah berkahwin dengan wanita berbangsa asing,+ tetapi mereka mengusir anak isteri mereka itu.+

Nota Kaki

Atau “bilik makan.”