Ezra 4:1-24

  • Tentangan untuk membina semula Rumah Tuhan (1-6)

  • Musuh mengirim surat tuduhan kepada Raja Artahsasta (7-16)

  • Artahsasta membalas surat (17-22)

  • Pembinaan Rumah Tuhan tergendala (23-24)

4  Musuh orang Yehuda dan Benyamin+ mendapat tahu bahawa orang yang telah pulang daripada pembuangan+ sedang membina semula Rumah Yehuwa, Tuhan orang Israel.  Maka mereka segera pergi berjumpa dengan Zerubabel dan ketua-ketua puak. Mereka berkata, “Benarkanlah kami membina rumah ini bersama-sama kamu. Seperti kamu, kami juga menyembah Tuhan kamu+ dan mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Raja Esar-hadon+ dari Assyria. Dialah yang telah membawa kami ke sini.”+  Namun, Zerubabel dan Yeshua serta ketua-ketua puak Israel yang lain berkata, “Kamu tidak boleh menyertai kami untuk membina sebuah rumah untuk Tuhan kami.+ Kami sendiri akan membinanya untuk Yehuwa, Tuhan orang Israel, seperti yang telah diperintahkan oleh Raja Kores dari Persia.”+  Orang di negeri itu terus menjatuhkan semangat orang Yahudi dan membuat mereka tawar hati, supaya pembinaan itu dihentikan.+  Mereka juga mengupah penasihat-penasihat untuk menggagalkan rancangan orang Yahudi.+ Mereka berbuat demikian sepanjang pemerintahan Raja Kores dari Persia, bahkan sampai masa pemerintahan Raja Darius+ dari Persia.  Pada awal pemerintahan Raja Ahasweros, mereka menulis sepucuk surat yang mengandungi tuduhan terhadap penduduk Yehuda dan Yerusalem.  Pada masa pemerintahan Raja Artahsasta dari Persia pula, Bislam, Mitredat, Tabeel, dan rakan-rakannya, menulis sepucuk surat kepada Raja Artahsasta. Mereka menterjemahkan surat itu ke dalam bahasa Aram+ lalu mencatatkannya dalam huruf Aram.*  * Rehum, seorang pegawai tinggi kerajaan, dan Simsai, seorang jurutulis, menulis sepucuk surat kepada Artahsasta. Surat itu mengandungi tuduhan terhadap orang Yerusalem. Isi surat itu adalah seperti yang berikut:  (Surat ini daripada Rehum, iaitu pegawai tinggi kerajaan, Simsai, iaitu jurutulis, dan rakan-rakan mereka, iaitu para hakim, pembantu pegawai, para setiausaha, orang Erekh,+ orang Babilon, dan penduduk Susa,+ iaitu orang Elam.+ 10  Selain itu, surat ini juga daripada bangsa-bangsa yang telah ditawan oleh Asenapar yang agung dan mulia lalu dipindahkan ke kota-kota Samaria,+ dan daripada orang lain yang tinggal di wilayah seberang Sungai Efrat.* 11  Inilah kandungan* surat yang dikirimkan oleh mereka.) “Kepada Raja Artahsasta, surat ini daripada hamba-hamba tuanku dari wilayah seberang Sungai Efrat. 12  Hendaklah tuanku maklum bahawa orang Yahudi yang meninggalkan tuanku telah datang ke tempat kami. Mereka sudah tiba di Yerusalem dan sedang membina semula kota yang derhaka dan jahat itu. Mereka hampir selesai membina tembok kota itu+ dan memperkukuh asas kota itu. 13  Kami ingin memberitahu tuanku bahawa jika kota itu selesai dibina semula dan temboknya selesai dibangunkan, mereka tidak akan membayar cukai.*+ Oleh itu, pendapatan kerajaan* akan berkurangan. 14  Kami juga memaklumkan hal ini kepada tuanku kerana pendapatan kami datangnya dari istana* dan kami tidak mahu kepentingan tuanku diketepikan. 15  Jika tuanku memeriksa buku sejarah nenek moyang tuanku,+ tuanku akan mendapati bahawa penduduk kota ini ialah orang yang derhaka dan sering merugikan para pemerintah dan wilayah-wilayah pemerintahan tuanku. Sejak dahulu lagi, terdapat para pemberontak di dalam kota ini, dan itulah sebabnya kota ini dimusnahkan.+ 16  Hamba sekalian ingin memaklumkan kepada tuanku bahawa jika kota ini selesai dibina semula dan temboknya siap dibangunkan, tuanku pasti tidak akan berkuasa lagi atas wilayah di seberang Sungai Efrat.”+ 17  Raja membalas surat Rehum, iaitu pegawai tinggi kerajaan, Simsai, iaitu jurutulis, dan rakan-rakan mereka yang tinggal di Samaria, serta orang lain yang tinggal di seberang Sungai Efrat. Inilah kandungan surat itu: “Salam sejahtera! 18  Surat rasmi yang tuan-tuan kirim sudah dibacakan dengan jelas* di hadapan beta. 19  Beta telah memerintah agar perkara itu disiasat. Memang benar bahawa sejak dahulu penduduk di kota itu menentang pemerintah-pemerintahnya, dan terdapat pemberontak dan perusuh di kota itu.+ 20  Dahulu raja-raja yang perkasa pernah memerintah Yerusalem dan seluruh wilayah di seberang Sungai Efrat, dan mereka juga memungut cukai.* 21  Oleh itu, keluarkanlah perintah agar semua orang itu berhenti membina semula kota itu sehingga beta memberikan perintah yang selanjutnya. 22  Janganlah abaikan hal ini dan bertindaklah supaya kerajaan beta tidak menanggung kerugian yang lebih besar.”+ 23  Selepas salinan surat rasmi dari Raja Artahsasta dibacakan di hadapan Rehum, Simsai, dan rakan-rakan mereka, mereka segera berangkat ke Yerusalem untuk memaksa orang Yahudi berhenti bekerja. 24  Maka pembinaan Rumah Tuhan di Yerusalem tergendala sehingga tahun kedua pemerintahan Raja Darius dari Persia.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Surat itu ditulis dalam bahasa Aram lalu diterjemahkan.”
Pada asalnya, Ez 4:8 sehingga 6:18 ditulis dalam bahasa Aram.
Wilayah ini merujuk kepada kawasan-kawasan di sebelah barat Sungai Efrat.
Atau “salinan.”
Dalam bahasa asal, cukai yang dimaksudkan di sini merangkumi tiga jenis cukai, iaitu cukai kepala, cukai barang, dan cukai yang dikenakan atas pengguna jalan.
Harfiah, “raja-raja.”
Harfiah, “kerana kami makan garam dari istana.”
Atau mungkin, “sudah diterjemahkan dan dibacakan.”
Lihat nota kaki bagi Ez 4:13.