Ezra 7:1-28

  • Ezra pergi ke Yerusalem (1-10)

  • Surat Artahsasta kepada Ezra (11-26)

  • Ezra memuji Yehuwa (27-28)

7  Semasa pemerintahan Raja Artahsasta+ dari Persia, Ezra*+ telah kembali. Ezra ialah anak Serayah,+ Serayah ialah anak Azarya, Azarya ialah anak Hilkia,+  Hilkia ialah anak Salum, Salum ialah anak Zadok, Zadok ialah anak Ahitub,  Ahitub ialah anak Amaria, Amaria ialah anak Azarya,+ Azarya ialah anak Merayot,  Merayot ialah anak Zerahya, Zerahya ialah anak Uzi, Uzi ialah anak Buki,  Buki ialah anak Abisua, Abisua ialah anak Pinehas,+ Pinehas ialah anak Eleazar,+ dan Eleazar ialah anak Harun,+ seorang ketua imam.  Ezra inilah yang meninggalkan Babilon. Dia ialah seorang jurutulis* yang sangat mahir dalam Hukum Musa,+ iaitu hukum yang telah dikurniakan oleh Yehuwa, Tuhan orang Israel. Raja mengabulkan segala permintaan Ezra kerana Yehuwa, Tuhannya, menyertainya.  Sebilangan orang Israel, imam, orang Lewi,+ penyanyi,+ penjaga pintu gerbang,+ dan hamba-hamba Rumah Tuhan*+ pulang ke Yerusalem pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Artahsasta.  Ezra tiba di Yerusalem pada bulan kelima tahun ketujuh pemerintahan Raja Artahsasta.  Dia berangkat dari Babilon pada hari pertama bulan pertama, dan tiba di Yerusalem pada hari pertama bulan kelima, kerana Tuhannya menyertainya.+ 10  Ezra telah mempersiapkan hatinya* untuk mempelajari Hukum Yehuwa. Dia melakukan apa yang terkandung dalam Hukum itu,+ dan mengajarkan peraturan dan perintah dalamnya kepada orang Israel.+ 11  Inilah salinan surat yang diberikan oleh Raja Artahsasta kepada Ezra, seorang imam dan jurutulis* yang pakar dalam hukum dan perintah Yehuwa yang diberikan kepada orang Israel: 12  * “Daripada Artahsasta,+ raja yang agung, kepada Ezra, seorang imam dan jurutulis* Hukum Tuhan yang berkuasa atas syurga: Salam sejahtera. 13  Beta telah mengeluarkan perintah bahawa imam-imam, orang Lewi, dan semua orang Israel yang lain di seluruh kerajaan beta yang ingin pulang ke Yerusalem, dibenarkan pergi bersama dengan kamu.+ 14  Beta dan tujuh orang penasihat beta mengutus kamu untuk menyiasat sama ada orang Yehuda dan Yerusalem benar-benar mematuhi Hukum Tuhan yang telah diamanahkan kepadamu atau tidak. 15  Bawalah perak dan emas yang beta dan para penasihat beta berikan dengan sukarela untuk dipersembahkan kepada Tuhan orang Israel, yang tinggal di Yerusalem. 16  Bawalah juga semua perak dan emas yang telah kamu terima dari semua wilayah Babilon, dan semua hadiah yang diberikan oleh rakyat dan para imam secara sukarela untuk Rumah Tuhan di Yerusalem.+ 17  Gunakanlah wang ini dengan segera untuk membeli lembu jantan,+ biri-biri jantan,+ dan anak biri-biri,+ berserta bijirin+ dan wain yang dipersembahkan+ bersama binatang-binatang ini. Persembahkanlah semua korban ini di atas mazbah Rumah Tuhan kamu di Yerusalem. 18  “Kamu dan saudara-saudaramu boleh menggunakan perak dan emas yang selebihnya untuk apa sahaja yang kamu anggap baik, asalkan hal itu sesuai dengan kehendak Tuhan kamu. 19  Bawalah semua perkakas yang telah diberikan kepadamu untuk keperluan ibadat di Rumah Tuhanmu, dan letakkanlah semuanya di dalam Rumah Tuhanmu di Yerusalem.+ 20  Selain itu, jika kamu perlu membiayai perbelanjaan lain bagi Rumah Tuhan, kamu boleh menggunakan wang daripada perbendaharaan raja.+ 21  “Beta, Raja Artahsasta, telah memerintahkan supaya segala permintaan Ezra,+ iaitu imam dan jurutulis* Hukum Tuhan yang berkuasa atas syurga, dipenuhi dengan segera oleh semua bendahara di wilayah seberang Sungai Efrat.* 22  Jumlah yang boleh diberikan kepada Ezra boleh sampai sebanyak ini: 3,420 kilogram* perak, 100 buah bekas* gandum, 2,200 liter* wain,+ 2,200 liter minyak,+ dan garam+ seberapa banyak yang diperlukan. 23  Laksanakanlah segala perintah Tuhan yang berkuasa atas syurga bagi Rumah-Nya dengan bersemangat, supaya Tuhan yang berkuasa atas syurga+ tidak murka terhadap rakyat beta ataupun anak-anak beta.+ 24  Kamu tidak boleh memungut cukai*+ daripada para imam dan orang Lewi, pemuzik,+ penjaga pintu gerbang, hamba-hamba Rumah Tuhan,+ dan para pekerja yang lain di rumah itu. 25  “Wahai Ezra, hendaklah kamu menggunakan kebijaksanaan yang telah diberikan oleh Tuhan kepadamu untuk melantik pemerintah kota dan hakim yang akan menghakimi penduduk di wilayah seberang Sungai Efrat, iaitu semua orang yang mengenal hukum-hukum Tuhan kamu. Selain itu, jika ada sesiapa dalam kalangan mereka yang belum mengetahui hukum itu, ajarlah mereka.+ 26  Sesiapa yang tidak mematuhi Hukum Tuhan kamu dan perintah raja akan dihukum dengan serta-merta. Hukumannya sama ada dibunuh, dibuang negeri, didenda, atau dipenjarakan.” 27  Pujilah Yehuwa, Tuhan nenek moyang kita! Dia telah menggerakkan hati raja untuk memperindah Rumah Yehuwa yang terletak di Yerusalem.+ 28  Dia telah menunjukkan kasih setia-Nya kepadaku di hadapan raja,+ para penasihatnya,+ dan semua pegawainya yang gagah. Aku menjadi berani* kerana Yehuwa, Tuhanku, menyertaiku. Maka aku mengumpulkan para pemimpin Israel untuk pulang ke Yerusalem bersamaku.

Nota Kaki

Maksudnya “Bantuan.”
Atau “penyalin hukum Tuhan.”
Atau “dan orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Atau “telah bertekad dalam hatinya.”
Atau “penyalin hukum Tuhan.”
Pada asalnya, Ez 7:12 sehingga 7:26 ditulis dalam bahasa Aram.
Atau “penyalin.”
Atau “penyalin.”
Lihat nota kaki bagi Ez 4:10.
Harfiah, “100 bath.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “100 kor.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “100 talenta.” Lihat Lampiran B14.
Lihat nota kaki bagi Ez 4:13.
Atau “menguatkan diri.”