Ezra 8:1-36

  • Senarai orang yang pulang bersama Ezra (1-14)

  • Persiapan untuk perjalanan (15-30)

  • Bertolak dari Babilon dan tiba di Yerusalem (31-36)

8  Berikut ialah senarai keluarga ketua-ketua puak yang telah berangkat bersama aku dari Babilon pada zaman pemerintahan Raja Artahsasta:+  Daripada keturunan Pinehas,+ Gersom; daripada keturunan Itamar,+ Daniel; daripada keturunan Daud, Hatus;  daripada keturunan Sekania (iaitu daripada keturunan Paros), Zakharia bersama 150 orang lelaki;  daripada keturunan Pahat-moab,+ Elieho-enai anak Zerahya bersama 200 orang lelaki;  daripada keturunan Zatu,+ Sekania anak Yahaziel bersama 300 orang lelaki;  daripada keturunan Adin,+ Ebed anak Yonatan bersama 50 orang lelaki;  daripada keturunan Elam,+ Yeshaya anak Atalya bersama 70 orang lelaki;  daripada keturunan Shefatiya,+ Zebadia anak Mikhael bersama 80 orang lelaki;  daripada keturunan Yoab, Obaja anak Yehiel bersama 218 orang lelaki; 10  daripada keturunan Bani, Selomit anak Yosifiah bersama 160 orang lelaki; 11  daripada keturunan Bebai,+ Zakharia anak Bebai bersama 28 orang lelaki; 12  daripada keturunan Azgad,+ Yohanan anak Hakatan bersama 110 orang lelaki; 13  daripada keturunan Adonikam,+ tiga orang yang paling akhir pulang, iaitu Elifelet, Yeiel, dan Semaya, bersama 60 orang lelaki; 14  dan daripada keturunan Bigwai,+ Utai dan Zabbud bersama 70 orang lelaki. 15  Aku mengumpulkan mereka dekat sungai yang mengalir ke Ahawa,+ dan kami berkhemah di situ selama tiga hari. Aku memerhatikan semua orang dan para imam di situ, tetapi aku mendapati bahawa tidak ada orang Lewi dalam kalangan mereka. 16  Maka aku memanggil para pemimpin, iaitu Eliezer, Ariel, Semaya, Elnatan, Yarib, Elnatan, Natan, Zakharia, dan Mesulam. Aku juga memanggil dua orang guru, iaitu Yoyarib dan Elnatan. 17  Kemudian aku memerintahkan mereka untuk berjumpa dengan Ido, iaitu seorang pemimpin di Kasifia. Aku menyuruh mereka untuk memberitahu Ido dan saudara-saudaranya di Kasifia agar mengutus beberapa orang untuk bertugas di Rumah Tuhan. (Saudara-saudara Ido merupakan hamba-hamba Rumah Tuhan.*) 18  Memandangkan Tuhan menyertai kami, mereka mengutus seorang lelaki bijaksana daripada keturunan Mahli+ yang bernama Syerebia.+ (Mahli ialah cucu Lewi, dan Lewi ialah anak Israel.) Syerebia datang bersama anak-anaknya dan saudara-saudara lelakinya. Mereka semua berjumlah 18 orang. 19  Selain itu, mereka juga mengutus Hasabia dan Yeshaya daripada keturunan Merari,+ bersama saudara-saudara Yeshaya dan anak-anak mereka. Mereka semua berjumlah 20 orang. 20  Di samping itu, terdapat 220 orang hamba Rumah Tuhan yang telah didaftarkan nama. Mereka telah ditugaskan oleh Daud dan para pegawainya untuk membantu orang Lewi. 21  Selepas itu, di Sungai Ahawa, aku mengumumkan bahawa kami harus berpuasa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan. Kami memohon agar Tuhan memimpin kami dalam perjalanan, dan melindungi kami, anak-anak kami, dan segala milik kami. 22  Aku segan meminta raja mengutus askar dan pasukan berkudanya untuk melindungi kami daripada musuh sepanjang perjalanan. Hal ini demikian kerana kami pernah berkata kepada raja, “Tuhan menyertai sesiapa sahaja yang mencari-Nya,+ tetapi Dia murka terhadap orang yang meninggalkan-Nya dan akan menggunakan kekuatan-Nya untuk menentang mereka.”+ 23  Itulah sebabnya kami berpuasa dan memohon bantuan daripada Tuhan, dan ternyata Tuhan telah mendengar rayuan kami.+ 24  Aku memilih 12 orang ketua imam, iaitu Syerebia dan Hasabia+ serta 10 orang saudara mereka. 25  Selepas itu, aku menimbang perak, emas, dan perkakas-perkakas yang telah disumbangkan oleh raja, para penasihatnya, para pemimpinnya, dan semua orang Israel di situ. Semua sumbangan itu diberikan untuk kegunaan Rumah Tuhan, dan aku memberikan semuanya kepada ketua-ketua imam itu.+ 26  Inilah jumlah sumbangan yang telah aku timbang dan serahkan kepada mereka: Kira-kira 22 tan* perak, 100 buah perkakas perak yang beratnya kira-kira 68 kilogram,* 3,420 kilogram* emas, 27  20 buah mangkuk kecil emas (setiap mangkuk bernilai 1,000 keping syiling emas*), dan 2 buah perkakas daripada tembaga murni yang berkilau, yang nilainya sama dengan emas. 28  Kemudian aku berkata kepada mereka, “Kamu dikhaskan* bagi Yehuwa.+ Demikian juga dengan perkakas-perkakas ini. Emas dan perak ini pula ialah sumbangan sukarela untuk Yehuwa, Tuhan nenek moyang kamu. 29  Oleh itu, jagalah barang-barang ini dengan cermat sehingga kamu sampai di bilik-bilik* Rumah Yehuwa di Yerusalem.+ Kemudian timbanglah semua barang ini lalu serahkanlah semuanya kepada ketua imam, orang Lewi, dan ketua puak Israel.” 30  Maka para imam dan orang Lewi mengambil emas, perak, dan perkakas-perkakas yang telah ditimbang itu, untuk dibawa ke Rumah Tuhan kami di Yerusalem. 31  Akhirnya, kami berangkat ke Yerusalem dari Sungai Ahawa+ pada hari ke-12 bulan pertama.+ Tuhan menyertai kami sepanjang perjalanan, dan Dia menyelamatkan kami daripada musuh-musuh dan serangan hendap. 32  Kami pun tiba di Yerusalem,+ lalu tinggal di sana selama tiga hari. 33  Pada hari yang keempat, kami pergi ke Rumah Tuhan+ dan menimbang semua perak, emas, dan perkakas-perkakas, lalu menyerahkannya kepada Imam Meremot+ anak Uria. Dia disertai Eleazar anak Pinehas dan dua orang Lewi, iaitu Yozabad+ anak Yeshua dan Noadia anak Binui.+ 34  Semua barang itu dikira dan ditimbang, dan berat barang-barang itu dicatatkan. 35  Orang yang pulang daripada pembuangan di negeri asing mempersembahkan korban bakar kepada Tuhan orang Israel. Mereka mempersembahkan 12 ekor lembu jantan+ bagi semua orang Israel, 96 ekor biri-biri jantan,+ 77 ekor anak biri-biri jantan, dan 12 ekor kambing jantan+ sebagai korban untuk memohon pengampunan dosa. Mereka mempersembahkan semuanya sebagai korban bakar kepada Yehuwa.+ 36  Kemudian kami menyampaikan perintah raja+ kepada ketua gabenor wilayah* dan kepada para gabenor wilayah seberang Sungai Efrat.*+ Mereka pun menyokong rakyat dan memberikan apa yang diperlukan untuk rumah Tuhan yang benar.+

Nota Kaki

Atau “merupakan orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Harfiah, “650 talenta.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “100 talenta.”
Harfiah, “2 talenta.”
Harfiah, “1,000 darik,” iaitu duit syiling emas Persia. Lihat Lampiran B14.
Atau “disucikan.”
Atau “bilik-bilik makan.”
Dalam bahasa asal, gelaran ini bermaksud “pelindung kerajaan,” dan merujuk kepada gabenor empayar Persia.
Lihat nota kaki bagi Ez 4:10.