Surat kepada Sidang di Filipi 2:1-30
2 Jika kamu dapat saling menggalakkan kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, jika kamu dapat melegakan hati orang lain kerana kamu didorong oleh kasih, jika kamu dapat mengambil berat terhadap satu sama lain, dan jika kamu dapat menunjukkan belas kasihan dan kasih yang mendalam,
2 maka jadikanlah sukacitaku sempurna dengan hidup seia sekata, dengan menunjukkan kasih yang sama, dengan bersatu padu, dan dengan menunjukkan fikiran yang sama.+
3 Janganlah suka bertengkar+ atau bersikap sombong.+ Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.+
4 Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.+
5 Hendaklah kamu memiliki fikiran dan sikap yang juga dimiliki Kristus Yesus.+
6 Walaupun dia seperti Tuhan,+ dia tidak pernah berfikir untuk merebut kedudukan Tuhan agar menjadi setara dengan-Nya.+
7 Sebaliknya dia melepaskan segala-gala yang dimilikinya dan menjadi seperti seorang hamba.+ Ya, dia menjadi seorang manusia.+
8 Bukan itu sahaja, semasa dia datang sebagai seorang manusia, dia merendahkan diri dan menunjukkan kepatuhan sampai mati,+ ya, sehingga dia mati pada tiang seksaan.*+
9 Itulah sebabnya Tuhan meninggikan dia kepada kedudukan yang lebih tinggi,+ dan Tuhan dengan baik hati memberinya nama yang lebih tinggi daripada segala nama yang lain.+
10 Dengan itu, atas nama Yesus, semua yang ada di syurga, di atas bumi, dan di bawah bumi harus berlutut,+
11 dan setiap orang harus mengaku di hadapan umum bahawa Yesus Kristus ialah Tuan kita.+ Dengan demikian Tuhan, Bapa kita, dimuliakan.
12 Saudara-saudaraku yang dikasihi, kamu sentiasa patuh, bukan sahaja ketika aku ada bersama kamu, tetapi lebih-lebih lagi sekarang, semasa aku tidak ada bersama kamu. Maka, hendaklah setiap seorang daripada kamu berusaha supaya kamu diselamatkan. Teruslah melakukan hal itu dengan rasa takut dan hormat.
13 Tuhan menguatkan kamu untuk melakukan hal-hal yang menyenangkan hati-Nya. Dia memberi kamu keinginan dan kekuatan untuk bertindak.
14 Teruslah melakukan segala sesuatu tanpa bersungut-sungut+ atau bertengkar,+
15 supaya kamu menjadi tulus dan murni, menjadi anak-anak Tuhan+ yang tidak bercela dalam kalangan generasi yang jahat dan menyeleweng,+ dapat bersinar seperti cahaya di dalam dunia ini,+
16 dan dapat terus berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan.+ Dengan demikian, pada hari Kristus, aku akan mempunyai sebab untuk bersukacita kerana aku tahu bahawa aku tidak berlari atau bekerja keras dengan sia-sia.
17 Biarpun aku menjadi seperti korban wain yang dicurahkan+ ke atas korban yang kamu berikan,+ iaitu khidmat suci kamu* yang didorong oleh iman, aku berasa gembira dan bersukacita bersama kamu semua.
18 Dengan cara yang sama, kamu juga harus bergembira dan bersukacita bersamaku.
19 Jika selaras dengan kehendak Tuan Yesus, aku berharap agar aku dapat mengutus Timotius+ kepada kamu tidak lama lagi, supaya aku mendapat galakan semasa aku menerima berita tentang kamu.
20 Dia benar-benar mengambil berat tentang kamu semua, dan aku tidak mempunyai sesiapa lagi yang bersikap sepertinya.
21 Semua orang lain mencari kepentingan sendiri dan bukannya kepentingan Yesus Kristus.
22 Tetapi kamu tahu bahawa Timotius sudah membuktikan kelayakannya. Seperti anak+ yang bekerja keras bersama bapanya, dia bekerja keras bersama aku untuk menyebarkan berita baik.
23 Maka aku berharap agar aku dapat mengutus dia kepada kamu sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku.
24 Ya, jika hal itu selaras dengan kehendak Tuan kita, aku yakin bahawa aku sendiri akan datang kepada kamu tidak lama lagi.+
25 Tetapi sementara itu, aku berpendapat bahawa aku perlu mengutus Epafroditus kepada kamu. Dia ialah saudaraku, rakan sekerjaku, dan rakan seperjuanganku yang telah kamu utus untuk menjaga keperluanku.+
26 Dia ingin sekali berjumpa dengan kamu semua, dan dia menjadi murung kerana kamu sudah mendengar bahawa dia jatuh sakit.
27 Memang benar dia jatuh sakit dan hampir mati. Tetapi Tuhan berbelas kasihan terhadapnya, dan bukan terhadap dia sahaja tetapi terhadap aku juga, supaya aku tidak bertambah sedih.
28 Oleh itu, aku mengutus dia kepada kamu tanpa berlengah-lengah, supaya kamu bersukacita semula apabila berjumpa dengan dia, dan aku pun tidak akan begitu risau lagi.
29 Maka sambutlah dia dengan penuh sukacita seperti yang biasa dilakukan terhadap pengikut Tuan kita yang lain. Hendaklah kamu sentiasa menghargai orang seperti dia,+
30 kerana demi kerja Kristus,* dia telah mempertaruhkan nyawanya dan hampir mati agar dapat memberi aku pertolongan yang tidak dapat kamu berikan.+