Hakim-Hakim 10:1-18
10 Selepas kematian Abimelekh, Tola anak Pua, cucu Dodo daripada suku Isakhar, dilantik untuk menyelamatkan orang Israel.+ Tola tinggal di Samir yang terletak di kawasan pergunungan Efraim.
2 Dia menjadi hakim orang Israel selama 23 tahun. Selepas itu, Tola meninggal lalu dikebumikan di Samir.
3 Selepas Tola, Yair daripada keturunan Gilead menjadi hakim orang Israel selama 22 tahun.
4 Yair mempunyai 30 orang anak lelaki yang menunggang 30 ekor keldai. Anak-anaknya memiliki 30 buah kota di wilayah Gilead. Kota-kota itu masih dipanggil Hawot-yair+ hingga sekarang.
5 Kemudian Yair meninggal dan dikebumikan di Kamon.
6 Sekali lagi umat Israel melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ Mereka mula menyembah Baal,+ patung-patung Asytoret, dewa-dewa dari Aram,* Sidon, dan Moab,+ serta dewa-dewa orang Ammon+ dan Filistin.+ Mereka meninggalkan Yehuwa dan tidak lagi menyembah-Nya.
7 Yehuwa sangat murka terhadap orang Israel, maka Dia menyerahkan* mereka ke dalam tangan orang Filistin dan orang Ammon.+
8 Mulai tahun itu, mereka menindas orang Israel yang tinggal di sebelah timur Sungai Yordan, di kawasan orang Amori yang terletak di wilayah Gilead. Penganiayaan yang kejam itu berlaku selama 18 tahun.
9 Orang Ammon juga menyeberangi Sungai Yordan untuk menyerang suku Yehuda, suku Benyamin, dan suku Efraim. Orang Israel sangat menderita,
10 maka mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong+ dengan berkata, “Kami sudah berdosa terhadap-Mu kerana kami meninggalkan Engkau, Tuhan kami, lalu menyembah Baal.”+
11 Yehuwa berfirman kepada orang Israel, “Aku telah menyelamatkan kamu daripada orang Mesir,+ orang Amori,+ orang Ammon, orang Filistin,+
12 orang Sidon, orang Amalek, dan orang Midian, yang menindas kamu. Semasa kamu berseru kepada-Ku untuk meminta tolong, Aku telah menyelamatkan kamu daripada tangan mereka.
13 Tetapi kamu meninggalkan Aku lalu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Oleh itu, Aku tidak akan menyelamatkan kamu lagi.+
14 Pergilah meminta tolong daripada tuhan-tuhan yang telah kamu pilih.+ Biarlah mereka menyelamatkan kamu sewaktu kamu menderita.”+
15 Tetapi orang Israel berkata kepada Yehuwa, “Kami telah berdosa. Lakukanlah apa sahaja yang Engkau inginkan terhadap kami, tetapi tolonglah selamatkan kami hari ini.”
16 Kemudian mereka menyingkirkan patung-patung dewa bangsa asing yang ada dalam kalangan mereka lalu menyembah Yehuwa.+ Oleh itu, Tuhan tidak lagi sanggup melihat penderitaan orang Israel.+
17 Beberapa lama kemudian orang Ammon+ berkumpul lalu berkhemah di Gilead. Orang Israel pula berkumpul dan berkhemah di Mizpa.
18 Kemudian penduduk Gilead dan para penguasanya berkata kepada satu sama lain, “Siapakah yang akan mengetuai kita untuk melawan orang Ammon?+ Biarlah dia menjadi pemimpin semua penduduk Gilead.”