Hakim-Hakim 14:1-20

  • Simson tertarik kepada gadis Filistin (1-4)

  • Membunuh singa dengan kuasa Yehuwa (5-9)

  • Teka-teki Simson semasa perkahwinan (10-19)

  • Isteri Simson diberikan kepada orang lain (20)

14  Kemudian Simson pergi ke Timna. Di situ, dia nampak seorang gadis Filistin. 2  Maka dia pulang dan memberitahu ibu bapanya, “Saya tertarik kepada seorang gadis Filistin di Timna. Pinanglah dia untuk saya supaya saya dapat mengahwininya.” 3  Tetapi ibu bapa Simson berkata kepadanya, “Tidak adakah seorang wanita dalam kalangan saudara-maramu atau bangsa kita?+ Mengapakah kamu harus mencari seorang isteri dalam kalangan orang Filistin, bangsa yang tidak bersunat itu?” Simson berkata kepada bapanya, “Gadis itulah yang sesuai untuk saya.* Pinanglah dia untuk saya.” 4  Ibu bapanya tidak tahu bahawa keputusan Simson dibimbing oleh Yehuwa, kerana Dia sedang mencari peluang untuk menentang orang Filistin. Pada waktu itu, orang Filistin memerintah orang Israel.+ 5  Maka Simson pergi ke Timna bersama ibu bapanya. Semasa dia tiba di ladang anggur di Timna, seekor singa datang ke arahnya sambil mengaum. 6  Kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat+ sehingga dia mencabik singa itu dengan tangan kosong, sebagaimana orang mencabik anak kambing. Tetapi dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang apa yang dilakukannya. 7  Selepas itu dia pergi ke Timna dan bercakap-cakap dengan gadis itu. Simson masih tertarik kepadanya.+ 8  Beberapa lama kemudian, Simson kembali ke tempat itu untuk membawa gadis tersebut pulang.+ Dalam perjalanannya, dia pergi melihat bangkai singa itu. Dia mendapati ada satu kawanan lebah dan juga madu di dalam bangkai singa itu. 9  Dia mengambil madu itu dengan tangannya dan memakan madu itu sambil berjalan. Apabila dia berjumpa semula dengan ibu bapanya, dia memberi mereka sedikit madu untuk dimakan. Tetapi dia tidak memberitahu mereka bahawa dia telah mengambil madu itu dari dalam bangkai seekor singa. 10  Bapa Simson pergi berjumpa dengan gadis itu, lalu Simson mengadakan jamuan di sana kerana begitulah kebiasaan pemuda pada masa itu. 11  Apabila orang di sana nampak Simson, mereka menyuruh 30 orang pengapit untuk menemaninya. 12  Kemudian Simson berkata kepada mereka, “Dengarlah teka-tekiku. Jika dalam masa tujuh hari perjamuan ini kamu dapat memberitahu aku jawapannya, aku akan memberikan 30 helai pakaian linen dan 30 pasang pakaian kepada kamu. 13  Tetapi jika kamu tidak dapat menjawabnya, kamu mesti memberikan 30 helai pakaian linen dan 30 pasang pakaian kepadaku.” Mereka berkata, “Beritahulah kami teka-tekimu itu. Kami ingin mendengarnya.” 14  Maka dia berkata kepada mereka, “Daripada yang memakan, terdapat makanan,Daripada yang kuat, terdapat manisan.”+ Selepas tiga hari, mereka masih belum dapat menjawab teka-teki itu. 15  Pada hari keempat, mereka berkata kepada isteri Simson, “Adakah kamu menjemput kami ke sini kerana hendak mengambil harta milik kami? Perdayalah suamimu+ supaya dia memberitahu kami jawapan bagi teka-teki itu. Jika tidak, kami akan membakar kamu dan rumah bapamu.” 16  Oleh itu isteri Simson menangis di hadapannya dan berkata kepadanya, “Kamu membenci aku dan tidak mencintaiku.+ Kamu memberikan teka-teki kepada orang yang sebangsa denganku, tetapi kamu tidak memberitahu aku jawapannya.” Simson berkata kepadanya, “Aku tidak memberitahukan jawapannya bahkan kepada ibu bapaku. Jadi mengapakah aku harus memberitahukannya kepadamu?” 17  Tetapi isteri Simson terus menangis di hadapannya selama tujuh hari perjamuan itu. Akhirnya Simson memberitahukan jawapannya kepada isterinya pada hari ketujuh, kerana dia terus mendesak Simson. Kemudian, isterinya memberitahukan jawapan itu kepada orang yang sebangsa dengannya.+ 18  Maka, sebelum matahari terbenam* pada hari ketujuh, penduduk kota itu berkata kepada Simson, “Apakah yang lebih manis daripada madu?Apakah yang lebih kuat daripada singa?”+ Simson menjawab, “Jika isteriku tidak membantu kamu,*+Kamu tidak akan dapat menjawab teka-tekiku.” 19  Kemudian kuasa suci Yehuwa menjadikan Simson kuat,+ lalu dia pergi ke Askelon+ dan membunuh 30 orang lelaki di situ. Dia mengambil pakaian mereka dan memberikannya kepada orang yang telah menjawab teka-tekinya.+ Selepas itu dia pulang ke rumah bapanya dengan perasaan yang sangat marah. 20  Isteri Simson+ kemudiannya diberikan kepada salah seorang pengapit yang menemani Simson.+

Nota Kaki

Harfiah, “sesuai dalam pandangan saya.”
Atau mungkin, “sebelum dia masuk ke dalam bilik.”
Harfiah, “Jika kamu tidak membajak dengan anak lembuku.”