Hakim-Hakim 6:1-40

  • Israel ditindas orang Midian (1-10)

  • Malaikat meyakinkan Hakim Gideon (11-24)

  • Gideon merobohkan mazbah Baal (25-32)

  • Gideon menerima kuasa suci Tuhan (33-35)

  • Bulu biri-biri sebagai tanda (36-40)

6  Sekali lagi umat Israel melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ Maka Yehuwa menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Midian selama tujuh tahun.+  Oleh sebab umat Israel ditindas oleh orang Midian,+ mereka membuat tempat persembunyian* di gunung, gua, dan tempat lain yang tidak mudah diserang.+  Setiap kali umat Israel menabur benih, orang Midian, orang Amalek,+ dan orang dari sebelah timur+ akan menyerang umat Israel.  Mereka akan berkhemah di negeri Israel untuk menyerang umat itu dan memusnahkan semua tanaman di sana sampai ke Gaza, sehingga umat Israel tidak mempunyai apa-apa makanan lagi. Mereka juga merampas semua biri-biri, lembu, dan keldai.+  Apabila mereka datang untuk memusnahkan negeri Israel, mereka akan membawa ternakan dan khemah yang banyak sekali seperti kawanan belalang.+ Selain itu, jumlah mereka dan unta mereka juga banyak sehingga tidak dapat dihitung.+  Orang Midian menyebabkan umat Israel menjadi sangat miskin sehingga mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong.+  Ketika umat Israel merayu agar Yehuwa membebaskan mereka daripada orang Midian,+  Yehuwa mengutus seorang nabi kepada mereka. Nabi itu berkata, “Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel, ‘Aku telah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba.+  Aku menyelamatkan kamu daripada tangan orang Mesir dan daripada semua orang yang menindas kamu. Aku mengusir mereka dari hadapan kamu dan memberi kamu tanah mereka.+ 10  Aku juga telah berfirman, “Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.+ Kamu tidak boleh menyembah tuhan-tuhan orang Amori meskipun kamu mendiami negeri mereka.”+ Tetapi kamu tidak mentaati-Ku.’”*+ 11  Kemudian malaikat Yehuwa datang+ dan duduk di bawah pokok besar di Ofra yang dimiliki Yoas daripada keturunan Abi-ezer.+ Pada masa itu, anaknya Gideon+ sedang mengirik* gandum di tempat memeras anggur agar tidak dilihat oleh orang Midian. 12  Malaikat Yehuwa menampakkan diri kepada Gideon lalu berkata, “Hai pahlawan yang gagah, Yehuwa menyertaimu.”+ 13  Gideon berkata, “Tuan, benarkanlah aku bertanya. Jika Yehuwa menyertai kami, mengapakah segala perkara ini berlaku kepada kami?+ Nenek moyang kami pernah memberitahu kami,+ ‘Yehuwalah yang membawa kami keluar dari Mesir,’+ tetapi di manakah semua perbuatan-Nya yang menakjubkan itu? Sekarang Yehuwa telah meninggalkan kami+ dan menyerahkan kami ke dalam tangan orang Midian.” 14  Yehuwa* memandangnya dan berfirman, “Pergilah dengan segenap kekuatanmu, dan engkau akan menyelamatkan orang Israel daripada tangan orang Midian,+ kerana Akulah yang telah mengutus engkau.” 15  Gideon berkata, “Ya Yehuwa, maafkanlah aku. Bagaimana mungkin aku dapat menyelamatkan umat Israel? Lihatlah! Dalam suku Manasye, puak akulah yang paling kecil. Lagipun, akulah yang paling tidak penting dalam keluarga bapaku.” 16  Tetapi Yehuwa berfirman kepadanya, “Aku akan menyertaimu,+ dan itulah sebabnya engkau akan mengalahkan orang Midian seolah-olah engkau berhadapan dengan satu orang sahaja.” 17  Kemudian Gideon berkata, “Jika aku mendapat perkenan-Mu, berilah aku satu tanda untuk menunjukkan bahawa Engkaulah yang sedang berfirman kepadaku. 18  Tolong jangan beredar dari sini sehingga aku membawa pemberianku untuk dipersembahkan di hadapan-Mu.”+ Dia menjawab, “Baiklah, Aku akan tunggu di sini sehingga engkau kembali.” 19  Maka Gideon pulang lalu memasak seekor anak kambing. Dia juga mengambil satu kantung* tepung untuk membuat roti tidak beragi.+ Dia memasukkan daging ke dalam bakul dan kuah daging ke dalam periuk. Kemudian dia membawa semua itu kepada malaikat tersebut dan menghidangkannya di bawah pokok besar. 20  Malaikat Tuhan yang benar berkata kepada Gideon, “Letakkanlah daging dan roti tidak beragi di atas batu besar di situ, dan tuangkan kuah daging ke atasnya.” Gideon pun berbuat demikian. 21  Kemudian malaikat Yehuwa menghulurkan tongkat yang dipegangnya, dan menyentuh daging dan roti tidak beragi dengan hujung tongkat itu.+ Ada api keluar dari batu itu lalu menghanguskan daging dan roti tidak beragi itu. Kemudian malaikat Yehuwa hilang daripada pandangan Gideon. 22  Barulah Gideon sedar bahawa itulah malaikat Yehuwa.+ Gideon segera berseru, “Aduhai ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Aku telah bersemuka dengan malaikat-Mu, ya Yehuwa!”+ 23  Tetapi Yehuwa berfirman, “Bertenanglah,* janganlah takut.+ Engkau tidak akan mati.” 24  Oleh itu, Gideon membina sebuah mazbah di situ untuk Yehuwa. Mazbah itu dikenali dengan nama Yehuwa-shalom*+ sehingga hari ini, dan terletak di Ofra yang dimiliki oleh keturunan Abi-ezer. 25  Pada malam itu, Yehuwa berfirman kepada Gideon, “Ambillah anak lembu jantan milik bapamu, iaitu anak lembu jantan kedua yang berumur tujuh tahun. Robohkan mazbah Baal yang dimiliki bapamu, dan tebanglah tiang suci* yang terletak di sisi mazbah itu.+ 26  Selepas itu, susun satu baris batu sebagai sebuah mazbah untuk Tuhanmu Yehuwa di atas kubu itu. Kemudian, ambillah anak lembu jantan yang kedua itu dan persembahkannya sebagai korban bakar. Gunakan tiang suci yang engkau tebang itu sebagai kayu api.” 27  Maka Gideon membawa 10 orang hambanya dan melakukan apa yang disuruh oleh Yehuwa. Tetapi Gideon tidak berani bertindak pada siang hari, kerana dia sangat takut terhadap keluarga bapanya dan penduduk kotanya. Oleh itu, dia berbuat demikian pada waktu malam. 28  Apabila penduduk kota itu bangun awal keesokan pagi, mereka nampak bahawa mazbah Baal telah dirobohkan dan tiang suci di sisi mazbah itu telah ditebang. Mereka juga nampak bahawa anak lembu jantan yang kedua telah dipersembahkan di atas mazbah yang baru dibina itu. 29  Mereka bertanya kepada satu sama lain, “Perbuatan siapakah ini?” Mereka menyiasat lalu berkata, “Gideon anak Yoas yang melakukan hal ini.” 30  Maka penduduk kota itu berkata kepada Yoas, “Bawalah anakmu keluar! Dia harus mati kerana dia telah merobohkan mazbah Baal dan menebang tiang suci yang ada di sisi mazbah itu.” 31  Yoas+ berkata kepada mereka yang mencabarnya, “Perlukah kamu membela Baal? Perlukah kamu menyelamatkan dia? Sesiapa yang membela Baal patut dibunuh pada pagi ini.+ Jika Baal itu memang tuhan, biarlah dia membela dirinya sendiri,+ kerana mazbahnya telah dirobohkan.” 32  Pada hari itu dia menamakan Gideon sebagai Yerubaal* dan berkata, “Biarlah Baal membela dirinya sendiri kerana mazbahnya telah dirobohkan.” 33  Selepas itu semua orang Midian,+ orang Amalek,+ dan orang dari sebelah timur berkumpul.+ Mereka menyeberangi sungai lalu berkhemah di Lembah* Yizreel. 34  Kemudian kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Gideon+ dan dia membunyikan trompet.+ Orang daripada keturunan Abi-ezer+ pun berkumpul lalu mengikutnya. 35  Dia mengirim utusan-utusan kepada seluruh suku Manasye dan mereka mengikutnya. Dia juga mengirim utusan-utusan kepada suku-suku Asyer, Zebulon, dan Naftali, lalu mereka juga datang untuk berjumpa dengannya. 36  Kemudian Gideon berkata kepada Tuhan yang benar, “Jika Engkau akan menggunakan aku untuk menyelamatkan orang Israel, seperti yang telah Engkau janjikan,+ 37  berilah aku satu tanda. Aku akan meletakkan bulu biri-biri di tempat mengirik gandum. Jika terdapat embun pada bulu biri-biri itu tetapi tanah di sekitarnya kering, maka aku akan tahu bahawa Engkau memang akan menggunakan aku untuk menyelamatkan orang Israel, seperti yang telah Engkau janjikan.” 38  Hal itu benar-benar berlaku. Semasa dia bangun awal keesokan pagi, dia memerah bulu biri-biri itu dan mendapat air embun sebanyak satu mangkuk yang besar. 39  Namun, Gideon berkata kepada Tuhan yang benar, “Janganlah murka terhadapku. Benarkanlah aku membuat satu lagi permohonan. Izinkanlah aku membuat satu lagi ujian untuk memastikan bahawa Engkau memang menyertai aku. Kali ini biarlah bulu biri-biri itu kering tetapi tanah di sekitarnya dibasahi embun.” 40  Demikianlah yang dilakukan oleh Tuhan pada malam itu. Tuhan menyebabkan bulu biri-biri itu kering, tetapi tanah di sekitarnya dibasahi embun.

Nota Kaki

Atau mungkin, “tempat penyimpanan bawah tanah.”
Harfiah, “mendengarkan suara-Ku.”
Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Iaitu, malaikat yang mewakili Yehuwa.
Harfiah, “1 efa.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “Sejahteralah engkau.”
Maksudnya “Yehuwa ialah Kesejahteraan.”
Lihat Kamus.
Maksudnya “Biarlah Baal Membela Dirinya Sendiri.”
Atau “Dataran Rendah.”